Ahad, 11 Mac 2012

YANG DIPERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan.  Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.  Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

SEJARAH PERLANTIKAN

Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah. Mengikut susunan ini, Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah, tetapi baginda, yang ketika itu berusia 84 tahun, telah menolak pencalonan tersebut disebabkan telah lanjut usia.

Yang kedua dalam turutan, Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang naik takhta pada 1932, juga telah menolak pencalonan. Maka itu, Raja yang ketiga paling lama memerintah iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan telah sebulat suara dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu.  Sebelum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak 1933.

PEMILIHAN YANG DIPERTUAN AGONG
Untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda hendaklah merupakan Raja yang memerintah di salah sebuah daripada sembilan buah negeri persekutuan iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan tatacara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.


SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG


img_agung1_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
D.M.N., S.M.N.


Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960








img_agung2_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kedua

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
D.M.N., D.K.(Brunei)


Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960





img_agung3_2 Yang di-Pertuan Agong Yang Ketiga

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), 
D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak),  
D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna,  Philippines (Noblest Award of Chivalry), 
The Great Cross of the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),
 Cordone Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).


Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965




img_agung4_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Keempat

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).


Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970






img_agung5_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kelima

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.


Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975





img_agung6_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Keenam

Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,
D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei),
 D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).


Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979






img_agung7_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Ketujuh

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).


Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984





img_agung8_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kelapan

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
D.K.
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989









img_agung9_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kesembilan

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,


Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994




img_agung10_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kesepuluh

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)


Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999






img_agung11_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Kesebelas

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.


 Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001





img_agung12_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Keduabelas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.


Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001





img_agung13_2

Yang di-Pertuan Agong Yang Ketigabelas

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).


Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .

1 ulasan:

  1. This website is very helpful. Pls update info posted. For example, any photo of the last Agong? the full name and title. Thanks

    BalasPadam