Ahad, 18 Mac 2012

TUN OMAR ONG YOKE LIN


KUALA LUMPUR: Tun Omar Ong Yoke Lin, 92, yang memainkan peranan penting dalam pencapaian kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, meninggal dunia di sini hari ini kerana sakit tua.
Menurut seorang pembantu kepada isteri beliau, Toh Puan Datin Paduka Hajah Dr Aishah, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di No. 44, Persiaran Duta pada jam 8.15 pagi.
Jenazahnya akan dikebumikan di Makam Pahlawan, sebelah Masjid Negara pada pukul 4.30 petang hari ini.
Allahyarham adalah salah seorang pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam arena politik negara sebelum dan selepas kemerdekaan.
Beliau terbabit dalam penubuhan perikatan Umno dan MCA, dan menyertai delegasi Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk rundingan di London mengenai pencapaian Kemerdekaan pada tahun 1957.
Allahyarham yang pernah memegang pelbagai portfolio dalam Kabinet, juga salah seorang daripada mereka yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada 1963.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh…ameen…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan