Khamis, 29 Mac 2012

HIJRAH (FOKUS 2012)


Masjid Nabawi

SPM 2005.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan dua konsep Hijrah.
F1 perpindahan orang Islam Makkah ke Madnah
F2 perpindahan secara sukarela

Jelaskan sebab berlakunya peristiwa Hijrah.
F1 penentangan hebat orang Quraisy di Makkah
F2 untuk menyebarkan agama Islam
F3 jemputan daripada orang Madinah
F4 wahyu daripada Tuhan

Nyatakan dua kepentingan Hijrah kepada penduduk Madinah ?
F1 menyatukan penduduk Madinah
F2 tercipta kalendar Islam
F3 menyelesaikan perbalahan antara suku Aus dan Khazraj
F4 pembentukan kerajaan Islam Madinah
F5 menyatukan masyarakat Madinah yang pelbagai kaum

Huraikan dengan ringkas pembaharuan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. membina Masjid Nabawi
F2 menubuhkan kerajaan Islam
F3 Madinah sebagai pusat pemerintahan
F4 Piagam Madinah telah digubal
  
Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
F1 dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 menjalinkan hubungan persadaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
H3a orang Islam Makkah tidak yang berhijrah tidak berasa asing dan rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berpindah ke Madinah
H3d golongan Ansar kepada orang Islam Madinah

F4 menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
H4b ini melahirkan kehidupan harmoni di Madinah
H4c dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama

F5 membina sebuah masjid
H5a iaitu Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c masjid dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang masalah, kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli

F6 wujud takwin Islam
H6a berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b takwin ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
H7b menjadikan Madinah sebaga ipusat tamadun Islam

F8 menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
H8a orang Islam Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah

F9 pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar as-Siddiq sanggup bergadai harta dan nyawa
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan harta

F10 menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy

F11 menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.
H11a baginda sanggup berkorban meninggalkan kesenangan hidup
H11b tidak pernah berputus asa
H11c bersembunyi di Gua Thur dan mencari jalan lain ke Madinah
[mana-mana 10 x 1m = 10m]






Tiada ulasan:

Catat Ulasan