Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan
dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan
pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara
adalah seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Kesetiaan kepada Raja dan Negara
•Keluhuran Perlembagaan
•Kedaulatan Undang-Undang
•Kesopanan dan Kesusilaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan