RAMALAN SEJARAH SPM 2012 - PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
Nyatakan peristiwa-peristiwa yang membuktikan orang Quraisy Makkah telah melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 134)
- Orang Quraisy Makkah tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
- Mereka tidak menghormati Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
- Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah.
B. PERISTIWA PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH
Apakah faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. bertindak menyerang kota Makkah pada tahun 630 Masehi ?
- Pihak Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
- Mereka tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui
- Mereka membunuh orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
- Merangka strategi meneruskan penyebaran Islam
- Untuk memperkuatkan kerajaan Islam Madinah
Nyatakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menawan kota Makkah.
- Merancang memasuki kota Makkah secara bijaksana
- Berpegang kepada prinsip aman
- Memberi jaminan keselamatan kepada penduduk
- Tidak menggunakan kekerasan
- Menyediakan empat pasukan tentera
- Memasuki Makkah melalui empat arah berlainan
Terangkan peristiwa pembukaan semula kota Makkah oleh tentera Islam pada tahun 630 Masehi.
- Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tentera Islam menyerang Makkah
kerana orang Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
- Nabi Muhammad s.a.w. membentuk empat pasukan tentera
Diketuai Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin Awwam.
- Tentera Islam mengepung kota Makkah
Mereka memasuki kota Makkah dari empat penjuru
- Tentera Islam berpegang kepada prinsip aman
Penduduk Makkah tidak dicederakan jika tidak melawan
- Keselamatan penduduk Makkah terjamin
Jika berlindung di dalam rumah, di rumah ibadat atau di rumah Abu Sufyan dan Abbas
- Tentera Islam berjaya menawan kota Makkah
Tidak berlaku pertumpahan darah
Terangkan faktor yang menyebabkan tentera Islam berjaya menawan kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
- Prinsip yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda berpegang kepada prinsip aman.
Baginda tidak akan menggunakan kekerasan.
- Strategi ketenteraan yang berkesan.
Baginda menyediakan empat pasukan tentera – pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
Memasuki Makkah melalui empat arah
- Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Dikepung dari empat arah
- Semangat jihad yang tinggi
Memberi keyakinan kepada tentera Islam
- Ketakwaan orang Islam
Menimbulkan kekaguman kepada orang Quraisy
- Pengislaman Abu Suffian dan Abbas.
- Jaminan keselamatan kepada mereka yang berlindung di rumah mereka
- Jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.
menyebabkan orang Quraisy tidak menentang
Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.
- Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam
Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan
Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan
- Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan penduduk Makkah.
Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
- Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
Amalan menyembah berhala terhapus
- Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam
Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam
- Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia
- Negara Islam Madinah begitu kukuh
Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam
- Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman
· Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
Wilayah Islam semakin luas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan