Sejak
kebelakangan ini banyak kisah pasal pejuang kemerdekaan dan
pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris di
blog-blog pembangkang
. Bagaimana rasanya jika diantara pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris suatu ketika dahulu yang tercatat dalam buku sejarah adalah moyang kita yang pernah dihukum bunuh oleh Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu?.
. Bagaimana rasanya jika diantara pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris suatu ketika dahulu yang tercatat dalam buku sejarah adalah moyang kita yang pernah dihukum bunuh oleh Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu?.
Datuk
nenek moyang isteri dan anak-anakku adalah dari keturunan Dato
Maharaja Lela yang suatu masa dahulu sangat berkuasa di Pasir Salak,
Perak. Walaupun peristiwa itu berlaku 136 tahun dahulu sudah dilupai
oleh kebanyakkan kita dan kini hanya menjadi bahan sejarah.
Dalam buku sejarah tempatan mencatatkan beliau dihukum gantung di Matang, Perak seperti yang dilakukan Inggeris kepada Mat Indera.
Tetapi pembesar yang lain seperti Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim dan
beberapa pembesar Perak kesemuanya yang seramai 47 orang telah dibuang
ke Pulau Seychelles yang terletak berhampiran Pulau Maldives dan
Mauritius.
Kenapa
pembesar Perak yang lain dibuang negeri sedangkan Dato Maharaja Lela
dan Si Puntum (orang asli) dihukum bunuh? Mungkin agaknya mereka yang
lain tidak terlibat semasa pembunuhan Birch tetapi berkomplot dalam
rancangan untuk membunuh JWW Birch yang angkuh.
SEJARAH RINGKAS
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal
dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang
keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal
dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta
dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau
merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di
Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang
Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah
terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak
oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di
Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
Orang
Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab
mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak
sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai
kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.
Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim
mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris.
Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung
menghapuskan agen British JWW Birch.
Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak
Pembunuhan
J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan
Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk
Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di
Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan
untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai
daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan
Abdullah.
Pada
20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah
menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada
takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa
tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch
dan menandatangani surat perjanjian tersebut.
Rentetan
daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan
oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi
membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan
Mac hingga September 1875.
Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber gambar: Amir Hamidi)
Dalam
mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana
Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela
pula mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan
menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri
mencadangkan agar Birch disihir.
Dalam
mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada
30hb Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk
membunuh Birch di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa
membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada
Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.
Sultan
Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba
Birch), Dato’ Laksamana, Swettenham dan Dato’ Syahbandar. Dato’ Sagor
(bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di
Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir Hamidi.
Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak
J.W.W
Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya.
Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk
melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil
alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum
pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.
Pandak
Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah
tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam
sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan
dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch
dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan
harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.
Kematian
Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang
besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk
menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut
Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan
Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota
pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang
habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di
sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun
kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak
masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota
Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir
setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch
ditangkap dan dibicarakan.
J.W.W
Birch merupakan seorang Residen Inggeris yang paling angkuh, suka
memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan
api dendam yang membara di dalam dada orang-orang besar Perak,
sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W Birch. Diantara
perangai buruknya, suka mengacau perempuan Melayu dan melarikan isteri
orang. Itu yang membuat orang Melayu nekad menghapuskan Birch selain
dari gila kuasa untuk meluaskan penguasaan di negeri Perak.
TEMPAT BIRCH DIBUNUH
terima kasih utk kami yg gemarkan cerita2 sejarah lama .....
BalasPadamASSALAMUALAIKUM...Boleh x tolong berikan latar belakang Dato Maharaja Lela (bila beliau dilahirkan,di mana beliau dilahirkan dan pada tahun bila beliau dilantik menjadi mufti Perak).
BalasPadamterima kasih saya dapat banyak isi penting dalam ini
BalasPadamAda tak siapa2 tahu bila beliau dilahirkan? sebab anak saya ada nak buat folio sejarah.. so kena ada tarikh lahir.. mohon pertolongan..
BalasPadamtu la kau bodo
Padambila hari lahir beliau ? saya dan kwan2 nak buat folio sejarah nihh . minta tolong bgi info sikit psl beliau :)
BalasPadamAssalamualaikum saya nak tahu iktibar yang boleh diambil daripada kisah dato maharaja lela dan sebab kegagalan beliau menentang British saya nak buat folio
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtarikh lahir apa niii? nak buat folio
BalasPadamBole x bagi tarikh lahir dato Maharaja lela nii sbb nk buat folio nie
BalasPadamassalamualaikum..jadi mksudnya dato maharajalela nie di namakan pejuang kmerdekaan ke? akibat mmbunuh jww Birch??
BalasPadamtolong beri tarikh lahir beliau
BalasPadamsebab nak buat folio
BalasPadamCuba tgk dlm buku teks sejarah ting 2 bab 7...
BalasPadamDi mana lokasi kubu Dato Maharajalela
BalasPadamApa tarikh lahir beliau?
BalasPadamAssalamualaikum,saya cuma nk cakap thanks sebab dengan baca ni kerja sekolah saya siap😇
BalasPadamSaya ada soalan. Ada tuduhan orang zaman sekarang bahawa raja yang mengkhianati Dato Maharajalela. Apakah komen tuan sebagai keturunan Dato Maharajalela terhadap tuduhan ini?
BalasPadam