Sabtu, 24 Mac 2012

TAJUK PERBINCANGAN 5

RAMALAN SEJARAH SPM 2012 - PENINGKATAN TAMADUN

TEMA 7 : PENINGKATAN TAMADUN
                 (PENINGKATAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN)


SOALAN STRUKTUR

(a)       Apakah punca yang menyebabkan hampir semua negara kota di Yunani       
            memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan ?
[2 markah]

(b)       Berikan dua faktor yang membolehkan tamadun India mencapai kemajuan dalam 
            bidang perdagangan.
[2 markah]

(c)        Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh tamadun China dalam bidang   pertanian.
[2 markah]

(d)       Bagaimanakah sistem pendidikan awam dilaksanakan dalam tamadun          China ?
[2 markah]

(e)       Pendidikan di India pada Zaman Vedik memberikan penekanan kepada      
            pendidikan agama. Pada pendapat anda, mengapakah kita juga perlu berbuat
            demikian ?
[2 markah]


JAWAPAN

(a)       Punca Yang Menyebabkan Hampir Semua Negara Kota Di Yunani       
            Memberikan Tumpuan Kepada Kegiatan Perdagangan

·        Muka bumi Yunani bergunung-ganang

  • Tanahnya tidak sesuai untuk pertanian
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Perlu mendapatkan bekalan makanan dari luar
  • Wujudnya perdagangan dengan luar
  • Menguasai jalan laut
  • Kemunculan Athens sebagai pusat pengumpulan barangan dari Timur
  • Memiliki pelabuhan yang baik


(b)       Faktor Yang Membolehkan Tamadun India Mencapai Kemajuan Dalam Bidang
            Perdagangan

  • Hubungan perdagangan dengan luar
  • Kemunculan pusat perdagangan
  • Bekalan dagangan yang banyak
  • Terdapat pelabuhan
  • Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
  • Pelaksanaan undang-undang yang menggalakkan perdagangan
  • Penggunaan mata wang
  • Kepesatan perusahaan membuat barangan
  • Pelaksanaan sistem cukai


(c)       Kemajuan Tamadun China Dalam Bidang Pertanian

  • Penggunaan tenggala
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan kolar kuda
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian
  • Pengenalan teknik tanaman bergilir
  • Pengenalan sistem teres
  • Pembinaan terusan


 (d)      Pelaksanaan Sistem Pendidikan Awam Dalam Tamadun China

·        Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat tinggi
·        Pendidikan peringkat rendah belajar mengenal dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal buah buku suci
·        Pendidikan peringkat menengah belajar menulis karangan dan mempelajari sastera
·        Pendidikan peringkat tinggi belajar menterjemah buku suci.
·        Dikehendaki lulus peperiksaan awam


(e)       Sebab Kita Perlu Memberikan Penekanan Kepada Pendidikan Agama

  • Melahirkan masyarakat yang bermoral
  • Menjaga keharmonian masyarakat
  • Melahirkan masyarakat yang mematuhi agama
  • Membolehkan masyarakat mengamalkan nilai moral yang baik
  • Sebagai persediaan menghadapi kematian
  • Membentuk masyarakat yang patuh kepada Tuhan
  • Mewujudkan masyarakat yang beragama
  • Mana-mana jawapan munasabah



SOALAN STRUKTUR

(a)       Apakah prinsip yang ditekankan dalam falsafah pendidikan Athens ?
[1 markah]

(b)       Mengapakah pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang  ketenteraan ?
[2 markah]

(c)        Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh tamadun Rom hasil daripada penekanannya
            terhadap ilmu yang praktikal.
[2 markah]

(d)       Bagaimanakah tahap peperiksaan awam berikut dilaksanakan dalam  tamadun
           China ?
            i.   Tahap pertama (Hsiu Tai)
            ii.  Tahap kedua (Chun Jen)
            iii. Tahap ketiga (Chin Shih)
 [3 markah]

(e)       Berikan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk      
            meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita ?
[2 markah]


JAWAPAN

(a)       Prinsip Yang Ditekankan Dalam Falsafah Pendidikan Athens

·        Melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
·        Melahirkan manusia cemerlang
·        Melahirkan manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negara
·        Mementingkan kemahiran semua aspek


(b)       Sebab pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang  ketenteraan

·        Melahirkan tentera yang gagah
·        Melahirkan tentera yang berani
·        Melahirkan tentera yang mahir menggunakan senjata
·        Melahirkan masyarakat yang setia kepada negara
·        Melahirkan masyarakat yang sanggup mempertahankan negara


(c)       Kejayaan Tamadun Rom Hasil Daripada Penekanannya Terhadap Ilmu Yang
            Praktikal

·        Munculnya sekolah-sekolah falsafah
·        Berkembangnya bidang falsafah
·        Athens menjadi pusat cendekiawan
·        Lahirnya sejarawan
·        Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi
·        Banyak infrastruktur awam dibina
·        Masyarakat hidup sejahtera
·        Lahir ramai jurutera


(d)       Pelaksanaan Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China
           
            i.   Tahap pertama (Hsiu Tai)

  • Dijalankan di peringkat daerah
  • Layak menjadi pegawai kerajaan
  • Diadakan dua kali dalam tiga tahun.
  • Dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab


                ii.  Tahap kedua (Chun Jen)

  • Dijalankan di ibu kota daerah
  • Lulusan tahap kedua layak mengambil peperiksaan tahap ketiga
  • Diadakan tiga tahun sekali
  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.


                iii. Tahap ketiga (Chin Shih)

  • Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja
  • Lulusan tahap ketiga layak menjadi pendidik
  • Diadakan tiga tahun sekali.
  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.


(e)       Langkah Meningkatkan Kualiti Pendidikan

  • Pendidikan bermula pada usia enam tahun
  • Penekanan kepada semua aspek kemahiran
  • Menekankan aspek kemahiran
  • Meningkatkan latihan praktikal
  • Menambahkan bilangan pusat pengajian tinggi
  • Meningkatkan kemahiran guru
  • Mana-mana jawapan munasabah


SOALAN ESEI

           
(a)       Huraikan faktor yang membantu perkembangan kegiatan perdagangan dalam tamadun
            India.
[10 markah]
           
(b)       Jelaskan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[6 markah]

(c)        Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu memberikan            
            penekanan kepada  pembangunan pendidikan ?
[4 markah]

JAWAPAN
           
(a)       Faktor Perkembangan Kegiatan Perdagangan Dalam Tamadun India

  • Kemunculan pusat perdagangan
  • Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, belian dan mutiara
  • Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa

  • Mengadakan hubungan dengan negara luar
  • Contohnya hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara

  • Mempunyai pelabuhan
  • menghubungkan India dengan negara luar
  • Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul,     Kalyan dan Cambay

  • Kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan (Stresthin)
  • Wujud di setiap bandar
  • Persatuan itu mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Contohnya persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit

  • Pelaksanaan undang-undang
  • Undang-undang diawasi oleh raja

  • Penggunaan mata wang
  • sebagai medium jual beli
  • Contohnya wang emas

  • Perkembangan perusahaan
  • Berpusat di Benares dan Bengal
  • Contohnya perusahaan berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata

  • Pelaksanaan sistem cukai
  • Dikenakan kepada pelbagai jenis hasil perdagangan
  • Contohnya cukai hasil pertanian dan cukai hasil buah-buahan


(b)       Ciri Pendidikan Agama Pada Zaman Vedik

  • Mementingkan ilmu keagamaan
  • Berteraskan agama Hindu
  • Didominasi oleh kaum lelaki
  • Wanita tidak berpeluang menerima pendidikan
  • Mempelajari kitab Veda
  • Menggunakan pengantar Bahasa Sanskrit
  • Menggunakan kaedah hafalan
  • Bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Mempelajari hukum agama
  • Pendidikan diberikan di istana dan di rumah


(c)       Sebab Sesebuah Negara Perlu Memberikan Penekanan
            Kepada  Pembangunan Pendidikan

  • Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
  • Melahirkan manusia berkemahiran tinggi
  • Melahirkan masyarakat berakhlak mulia
  • Melahirkan masyarakat yang boleh membuat keputusan yang tepat
  • Melahirkan manusia yang patuh kepada agama / beriman
  • Melahirkan masyarakat yang adil
  • Mana-mana jawapan munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan