Peristiwa Di Malam Bersejarah
Menjelang
malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur
dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera
Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas,
beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama
melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam
penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan
sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga
larut malam.
Sebuah pentas khas didirikan di
padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana
juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang
bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union
Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala
berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di
sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu
ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar
dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari
seluruh negeri.
Rentetan Peristiwa / Acara
10.00 malam
Di padang, wakil ahli-ahli
Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri
Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3
bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki,
seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.
10.30 malam
300 Pemuda Perikatan membentuk
perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap
Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.
11.55 malam
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi
30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2
polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan
bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul
Rahman.
Apabila tiba, YTM Tunku telah
disambut oleh Dato' Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua
Pemuda UMNO), Dato' Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T.
Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas
menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.
11.58 malam
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita.
12.00 malam
Lampu dipasang semula apabila
jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan
laungan 'Merdeka' oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang.
[secara spontan]
Sepasukan 12 orang Pemuda dan
Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA,
2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi
bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi
bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan
Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik
Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab.
Bendera Union Jack mula
diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The
Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya
pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack
disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan 'Merdeka' yang
menggegarkan seluruh padang. [secara spontan]
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan
Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam
bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke
puncak tiang, sorakan 'Merdeka' telah dilaungkan sebanyak tujuh kali.
Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan
Tanah Melayu dinaikkan.
12.10 malam
Tunku Abdul Rahman menerima
tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan
memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian
Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan
UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan
Singapura.
Tunku Abdul Rahman mengambil
tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang
diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi
rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir
peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di
tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air,
iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku.
Kalung emas dikalungkan ke leher
Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan "Bapa Kemerdekaan
Tanah Air" sebanyak tiga kali.
12.25 malam
Tunku Abdul Rahman berucap.
12.55 malam
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.
1.10 malam
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.
1.25 malam
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.
1.30 malam
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan