Khamis, 29 Mac 2012

ZAMAN GELAP (FOKUS 2012)

 Raja/King berada pada kedudukan yang paling tinggi

Apakah maksud Zaman Gelap ?

F1 berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom di Eropah
F2 peringkat awal zaman pertengahan
F3 masyarakat Eropah berada di zaman kemunduran
F4 mengalami kemerosotan dalam bidang politik/ekonomi/sosial
F5 merosot dalam ilmu pengetahuan/perdagangan/pembandaran
 
Senaraikan golongan atasan dalam hierarki masyarakat feudal di Eropah.
F1 raja/king
F2 bangsawan lapisan pertama/baron
F3 bangsawan lapisan kedua/knight
F4 ahli agama/gereja/paderi
 
Nyatakan ciri-ciri ekonomi pada Zaman Gelap.
F1 kegiatan ekonomi merosot
F2 kegiatan ekonomi terhad
F3 mata wang terhad
F4 perniagaan kecil-kecilan
F5 perniagaan hasil barang secara tukar barang
F6 tumpuan dalam bidang pertanian
F7 kegiatan perdagangan tidak meluas
F8 perdagangan diganggu oleh orang gasar
F9 kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam
 
Berikan ciri Zaman Gelap di Eropah.
F1 kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
F2 perdagangan tidak berkembang
F3 kegiatan ekonomi terhad
F4 golongan petani bergantung kepada golongan tuan tanah/baron
F5 golongan gereja merupakan golongan yang sangat berpengaruh
F6 keadaan politik tidak stabil
F7 tiada kerajaan pusat yang berkesan
 
Sistem Feudal dalam Zaman Gelap
 
 Nyatakan keadaan politik di Eropah pada Zaman Gelap ?
F1 keadaan politik tidak stabil
F2 tiada pentadbiran pusat yang berkesan
F3 berlakunya huru-hara
F4 wujudnya sistem feudal
F5 adanya golongan baron/tuan tanah yang sangat berkuasa
F6 keadaan hidup yang tidak selamat
F7 menyebabkan petani terpaksa mencari perlindungan dari tuan tanah
F8 petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
F9 ada petani yang tidak mampu akan menyerahkan tanah kepada tuan tanah
F10 ada petani yang menjadi hamba kepada tuan tanah
F11 tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja
F12 sebagai balasannya tuan tanah hendaklah memberi khidmat kepada raja/membayar cukai kepada raja
 
 
 
 
 
 

GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA (FOKUS 2012)

JOSE RIZAL
Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina.

Nasionalisme tahap pertama
F1 dipimpin oleh Jose Rizal
F2 menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
F3 menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
F4 menubuhkan Liga Filipina
F5 mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
F5 Jose Rozal dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao
F6 beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh

Nasionalisme tahap kedua
F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio
F2 berhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol
F3 beliau menubuhkan Katipunan
F4 menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyebarkan fahaman revolusi
F5 melancarkan revolusi bersenjata
F6 Andres Bonifacio dihukum mati
F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo
F8 menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol dan Amerika
F9 bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol
F10 mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
F11 meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat
F12 Emilio Aguinaldo ditangkap pada 1901
F13 nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika Syarikat menggunakan saluran undang-undang

JULIUS CAESAR DALAM PEMERINTAHAN ROM


 


1- Nyatakan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom.

F1 meluaskan kuasa ke Mecedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britian) dan beberapa kawasan di Jerman
F2 menjalankan pemerintahan bercorak empayar
F3 membentuk pemerintahan berpusat
F4 menyatukan wilayah kecil yang ditalukinya
F5 menamatkan pemerintahan republik
F6 menguasai angkatan tentera dan senat
F7 mengisytiharkan dirinya dikator
F8 menggunakan gelaran Maharaja

KERAJAAN ABBASIYAH

Ceritakan proses pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah. [5m]
F1 kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah
F2 gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara sulit
F3 bermula secara terbuka dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz
F4 mereka meneruskan kampen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a..w.) untuk mendapatkan sokongan
F5 mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi menentang Kerajaan Umaiyah
F6 gerakan ini dikukuhkan oleh Abu Salama al-Khallal
F7 Abu Muslim al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan


Terangkan faktor yang membolehkan kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. [10m]
F1 menjadi pusat penulisan karya ke dalam bahasa Arab
H1a kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
H1b tahap pertama mencatat segala idea atau percakapan
H1c tahap kedua mengumpulkan idea yang serupa/hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam buku
H1d tahap ketiga mengarang
F2 menubuhkan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan
H2a institusi keilmuan ini diasaskan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid
H2b berkembang semasa Khalifah al-Makmun
H2c menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab
F3 melibatkan golongan ulama dalam penulisan pelbagai bidang agama
H3a ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir dan sejarah
H3b contoh Imam Malik/Imam Abu Hanafiah/Imam Ahmad bin Hanbal
F4 usaha penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani
H4a orang Islam bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya ke bahasa Arab
H4b mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan
H4c mereka memuatkan keterangan dan ulasan
F5 menubuhkan institusi pengajian tinggi
H5a mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
H5b hasil dapatan sarjana Islam itu tersebar ke Eropah/kajian ini turut diterjemahkan ke bahasa asing
H5c menyumbang kepada kelahiran zaman Renaissance di Eropah
H5d kegigihan para ulama dan ilmuan Islam dalam penulisan
H5e mempertingkatkan pengetahuan manusia sezaman dengan mereka
H5f meninggalkan warisan yang ternilai kepada generasi kemudian
F6 keterbukaan dan kesediaan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber asing
H6a cendekiawan Islam menterjemah karya
H6b membaiki dan meningkatkan mutu karya asalnya.

Jelaskan kegiatan baitulhikmah dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
F1 menterjemahkan karya falsafah dan sains terutamanya daripada Bahasa Yunani
F2 penterjemahan juga dilakukan ke atas Bahasa Sanskrit dan Bahasa Suriani
F3 merupakan pusat pengajian tumpuan para ilmuan
F4 penterjemahan dijalankan secara sistematik
F5 penterjemahan diawasi oleh seorang penyelaras
F6 selain menterjemah, penambahbaikan terhadap karya asal juga dilakukan
F7 membuat ulasan dan keterangan ke atas karya yang diterjemahkan menggunakan Bahasa Arab
F8 orang Islam waktu ini dapat memelihara warisan ilmu daripada lenyap, walau pun ketika ini Eropah sedang mengalami Zaman Gelap
F9 kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap
F10 mencatat segala idea/percakapan
F11 mengumpul idea yang serupa/hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah buku
F12 mengarang dengan mengatur segala yang dicatat ke dalam bahagian/bab tertentu
F13 golongan ulama terlibat dalam penulisan
F14 ramai ulama menyusun hadis
F15 ulama turut menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, taksir dan sejarah

GERAKAN ISLAH(KAUM MUDA) FOKUS 2012


Apakah maksud Gerakan Islah ?
F1 gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
F2 membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
F3 dikenali sebagai Kaum Muda
Berikan dua akhbar dan majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah.
F1 al-Imam
F2 Neracha
F3 Idaran Zaman
F4 Pengasuh
Senaraikan tokoh yang mengasaskan Gerakan Islah.
F1 Sheikh Tahir Jalaludin
F2 Syed Syeikh al-Hadi
F3 Dr. Burhanuddin al-Helmy

Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.
F1mendorong orang Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam
F2 menyampaikan idea/menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F3 menggesa ekonomi Melayu dimajukan
F4 menggesa pendidikan/sosial Melayu dimajukan
F5 menggesa politik Melayu dimajukan
F6 menyematkan sikap kritik penjajah dalam kalangan orang Islam
F7 mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
F8 menubuhkan madrasah
F9 menjalankan pendidikan Islam meliputi dunia dan akhirat
F10 menjalankan pendidikan fardu ain
F11 menjalankan pendidikan Ilmu Hisab
F12 menjalankan pendidikan Bahasa Inggeris
F13 memberi peluang pelajar perempuan mendapatkan pendidikan

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh gerakan ini.
F1 ditentang oleh Kaum Tua
F2 dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja
F3 dihalang pengaruhnya di negeri-negeri lain/undang-undang dikeluarkan
F4 kegiatan dakwah Islam dilarang sekiranya tanpa kebenaran sultan
F5 risalah/buku Kaum Muda tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri-negeri lain

MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN (FOKUS 2012)

Emas telah diperdagangkan di Melaka

Nyatakan sebab-sebab kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15.
F1 faktor perdagangan mempercepatkan proses penyebaran Islam di Melaka
F2 kedudukan Melaka yang strategik
F3 kehadiran pedagang asing
F4 pentadbiran yang licin
F5 pelbagai kemudahan kepada pedagang menyebabkan perdagangan berjalan lancar
F6 wujudkan jawatan laksamana untuk menjaga urusan di laut
F7 wujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua di pelabuhan
F8 Undang-Undang Laut Melaka digubal
F9 peraturan pelayaran/tugas nahkoda/jurumudi
F10 kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapat 84 bahasa dipertuturkan
F11 Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca/bahasa perantaraan
F12 sistem timbang/sukat diperkenalkan
F13 menggunakan sistem tahil/kati
F14 digunakan untuk emas/perak/bahan wangian/batu permata
F15 menggunakan sistem bahara
F16 untuk menimbang rempah ratus
F17 alat timbangan yang digunakan ialah dacing
F18 urusan perdagangan menggunakan sistem pertukaran barang dan berjual beli
F19 urusan perdagangan diletakkan di bawah tanggungjawab syahbandar

EMPAYAR MAURYA DALAM TAMADUN INDIA

EMPAYAR MAURYA 

1- Jelaskan perkembangan pembentukan Empayar Maurya dalam tamadun India.
F1 pengasas Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya
F2 cara membentuk empayar ialah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F3 Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharja
F4 kawasan Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
F5 ibu negara terletak di Pataliputra
F6 zaman kegemilangan Empayar Maurya ialah pada zaman Maharaja Asoka
F7 sebab kegemilangan kerana Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara
F8 Asoka berjaya menaluki negeri Kalinga
F9 kesan Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial
F10 dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F11 pembaharuan Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan

2- Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan Empayar Maurya.
F1 menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F2 mengubah status raja kepada Maharaja
F3 meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Kush
F4 menjadikan Pataliputra sebagai ibu kota

3- Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan Empayar Maurya.
F1 menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya
F2 menaluki negeri Kalinga
F3 menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F4 menjalankan penalukan melalui penyebaran agama Buddha
F5 membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahan

HIJRAH (FOKUS 2012)


Masjid Nabawi

SPM 2005.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan dua konsep Hijrah.
F1 perpindahan orang Islam Makkah ke Madnah
F2 perpindahan secara sukarela

Jelaskan sebab berlakunya peristiwa Hijrah.
F1 penentangan hebat orang Quraisy di Makkah
F2 untuk menyebarkan agama Islam
F3 jemputan daripada orang Madinah
F4 wahyu daripada Tuhan

Nyatakan dua kepentingan Hijrah kepada penduduk Madinah ?
F1 menyatukan penduduk Madinah
F2 tercipta kalendar Islam
F3 menyelesaikan perbalahan antara suku Aus dan Khazraj
F4 pembentukan kerajaan Islam Madinah
F5 menyatukan masyarakat Madinah yang pelbagai kaum

Huraikan dengan ringkas pembaharuan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah.
F1 Nabi Muhammad s.a.w. membina Masjid Nabawi
F2 menubuhkan kerajaan Islam
F3 Madinah sebagai pusat pemerintahan
F4 Piagam Madinah telah digubal
  
Terangkan kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
F1 dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu

F2 mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam

F3 menjalinkan hubungan persadaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
H3a orang Islam Makkah tidak yang berhijrah tidak berasa asing dan rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berpindah ke Madinah
H3d golongan Ansar kepada orang Islam Madinah

F4 menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
H4b ini melahirkan kehidupan harmoni di Madinah
H4c dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama

F5 membina sebuah masjid
H5a iaitu Masjid al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c masjid dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu dan berbincang masalah, kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli

F6 wujud takwin Islam
H6a berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b takwin ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab

F7 menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah
H7b menjadikan Madinah sebaga ipusat tamadun Islam

F8 menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
H8a orang Islam Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah

F9 pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar as-Siddiq sanggup bergadai harta dan nyawa
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf memberi sumbangan harta

F10 menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy

F11 menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.
H11a baginda sanggup berkorban meninggalkan kesenangan hidup
H11b tidak pernah berputus asa
H11c bersembunyi di Gua Thur dan mencari jalan lain ke Madinah
[mana-mana 10 x 1m = 10m]






DAKWAH ISLAM DI MAKKAH


Sebahagian daripada Bukit Safa                .
  
 SPM 2006.

Nyatakan dua pihak yang menerima Islam secara rahsia.
F1 ahli keluarga
F2 sahabat yang rapat seperti Abu Bakar
F3 segelintar golongan bangsawan seperti Uthman bin Affan
F4 golongan bawahan seperti hamba

Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia ?
F1 strategi penyebaran Islam
F2 mengelakkan penentangan
F3 bimbang Islam dihancurkan
F4 bilangan penganut Islam masih sedikit
F5 Islam baru dikenali

Bagaimanakah penyebaran dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
F1 mengadakan majlis ceramah
F2 perjumpaan dengan orang ramai di Bukit Safa
F3 menerangkan tentang Islam
F4 bermusyawarah dengan para sahabat

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang dakwah Islamiah oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
F1 konsep persaudaraan Islam
F2 larangan tentang akhlak yang keji
F3 tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.
F4 perbezaan dari segi kepercayaan/amalan
F5 menjejaskan ekonomi orang Arab Quraisy Makkah