Khamis, 21 April 2011

LATI TUBI TINGKATAN 3 (SET 1) 2011

501. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan penubuhan Malayan Union?

I Membentuk Bangsa Malayan Union

II Mengukuhkan pertahanan

III Mewujudkan perpaduan kaum

IV Ke arah berkerajaan sendiri


A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


502. Di bawah pentadbiran Malayan Union, Tanah Melayu berubah taraf menjadi
A Negeri bebas

B Tanah jajahan

C Negeri naungan

D Negeri lindung


503. Apakah bidang kuasa raja-raja Melayu di bawah pentadbiran Malayan Union?
I Cukai

II Islam

III Adat istiadat

IV Tanah
A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

504. Kerakyatan diberikan berasaskan tempat kelahiran seseorang
Maklumat di atas berkaitan dengan syarat kerakyatan dalam Malayan Union. Pemberian syarat kerakyatan dalam Malayan Union berasakan prinsip
A Jus Soli

B Naturalisasi

C Permohonan

D Kuatkuasa undang-undang

505. Kerakyatan diberikan berasaskan tempat kelahiran seseorang
Kenapakah orang Melayu menentang syarat kerakyatan berasaskan prinsip di atas?
A Hilang penguasaan politik

B Menghadapi masalah sosial

C Hilang status quo sebagai pribumi

D Hilang penguasaan ekonomi Tanah Melay

506. Pegawai British 1 Orang Melayu dipercayai telah memberikan kerjasama kepada Jepun

Pegawai British 2 Kita harus menghukum mereka
Berdasarkan perbualan di atas, apakah tindakan yang telah diambil oleh British terhadap orang Melayu?
A Mengharamkan akhbar-akhbar Melayu

B Memenjarakan mereka yang bersubahat dengan Jepun

C Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu

D Mahu memberikan kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli


507. Apakah langkah yang diambil oleh British dalam usahanya untuk memastikan gologan imigran memberikan kesetiaan kepada Malayan Union?
A Membentuk sistem ahli

B Melonggarkan syarat kerakyatan

C Menubuhan parti politik mengikut kaum

D Melantik lebih ramai pegawai kerajaan di kalangan mereka


508. Pentadbiran Malayan Union terdiri daripada
I Negeri-negeri Melayu Bersekutu

II Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

III Negeri-negeri Selat

IV Pulau Pinang


A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


509. Apakah muslihat sebenar British menubuhan Malayan Union?
A Memantapkan lagi ekonomi

B Menjamin pertahanan yang kukuh

C Membentuk panjajahan secara mutlak

D Mewujudkan perpaduan antara kaum



510. Apakah yang dapat dirumuskan tentang penglibatan kaum wanita dalam usaha menentang Malayan Union?

A Memperjuangkan hak mereka

B Menunjukkan keberanian yang tinggi

C Bergabung tenaga menentang Malayan Union

D Mengadakan demonstrasi secara besar-besaran


511. Tindakan Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu merupakan antara faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu. Bagaimanakah Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu?
A Menghapuskan hak istimewa orang Melayu

B Memaksa raja-raja Melayu menerima Residen British

C Menghapuskan hak memungut cukai di negeri masing-masing

D Mengancam akan menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta


512. Apakah cara-cara yang digunakan oleh orang Melayu untuk menunjukkan penentangan terhadap Malayan Union?
I Secara individu

II Secara kolektif

III Melalui akhbar

IV Perang gerila


A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


513. Akhbar manakah yang digunakan oleh orang Melayu untuk membantah Malayan Union?
I Majlis

II Warta Negara

III Utusan Melayu

IV Fajar Malaya

A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

514. Siapakah yang menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?
A Raja Melayu

B Residen Jeneral

C Gabenor British

D Pesuruhjaya Tinggi


515. Mengapakah orang Melayu membantah penubuhan Malayan Union?
I Kerakyatan jus soli

II Tindakan Harold MacMichael

III Kedaulatan raja-raja terhapus

IV Penyatuan politik

A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


516. Apakah faktor-faktor yang mendorong segelintir orang Melayu menyokong Malayan Union?

I Penyatuan pentadbiran

II Tidak berasakan kuasa raja

III Hak istimewa terjamin

IV Menyokong kerakyatan terbuka
A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


517. Kenapakah orang bukan Melayu menyokong Malayan Union?
A Penyatuan politik

B Singapura diasingkan

C Kerakyatan yang terbuka

D Peluang ekonomi yang luas


518.

 • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya

• Angkatan Pemuda Insaf

• Angkatan Wanita Sedar

• Barisan Tani Malaya

Apakah persamaan pertubuhan-pertubuhan yang tersenarai di atas?

A Menentang prinsip kerakyatan jus soli

B Menyokong penubuhan Malayan Union

C Membantah penubuhan Malayan Union

D Mendesak kuasa raja-raja Melayu dikembalikan


519. Parti Komunis Malaya Malayan Democratic Union

Apakah persamaan kedua-dua parti di atas?

A Menentang jus soli

B Bergabung dengan UMNO

C Menentang Malayan Union

D Menyokong Malayan Union


520.
• Berpusat di Singapura

• Keahliannya terdiri daripada golongan berpendidikan Inggeris

• Mencadangkan supaya Singapura dimasukkan dalam Malayan Union


Maklumat di atas berkaitan dengan parti

A Malayan Association

B Malayan Joint Action

C Parti komunis Malaya

D Malayan Democratic Union


521. Kongres Melayu yang pertama telah diadakan dari 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Apakah pencapaian terpenting kongres ini?

A UMNO ditubuhkan

B Pelaksanaan Malayan Union

C Persekutuan Tanah Melayu dibentuk

D Kedaulatan raja-raja Melayu dipulihkan


522. Apakah tujuan utama Kongres Melayu kedua yang diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 di Kuala Lumpur?

A Membantah perisytiharaan Malayan Union

B Menggabungkan persatuan-persatuan Melayu

C Menunjukkan sokongan terhadap raja-raja Melayu

D Mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu


523. Apakah tujuan utama penubuhan UMNO pada tahun 1946?

I Menentang Malayan Union

II Menyatupadukan orang Melayu

III Menjamin ketuanan orang Melayu

IV Menuntut kemerdekaan


A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


524. Apakah cogan kata UMNO yang dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1950?

A Merdeka

B Hidup UMNO

C Hidup Melayu

D Hapuskan Malayan Union


525. British telah mengadakan rundingan rasmi dengan raja-raja Melayu dan UMNO. Apakah tujuan rundingan tersebut ?

A Membantah penubuhan UMNO

B Mewujudkan raja berperlembagaan

C Penentangan terhadap Malayan Union

D Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


526. Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946

Apakah tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini?

A Menjamin hak orang Melayu

B Menggantikan Malayan Union

C Mengatasi masalah perkauman

D Menerangkan tentang Malayan Union


527. Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa ini?


I Pegawai kanan British

II Wakil raja-raja Melayu

III Wakil UMNO

IV Wakil bukan Melayu

A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


528. Kenapakah British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu?

A Mahu mewujudkan perpaduan kaum

B Ingin mendapat sokongan orang Cina

C Menghormati perjuangan orang Melayu

D Mengelakkan penentangan secara kekerasan


529. Apakah ciri-ciri utama Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Konsep raja berperlembagaan

II Majlis raja-raja Melayu dibentuk

III Syarat kerakyatan diperketatkan

IV Sebuah persekutuan dibentuk


A I, II dan III

B I, IIdan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


530. Siapakah yang mengetuai pentadbiran dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Residen

B Gabenor

C Raja Melayu

D Pesuruhjaya Tinggi British


531. Karl Marx telah mengasaskan fahaman komunisme pada pertengahan abad ke-19. Bagaimanakah beliau menyebarkan ideologinya?

I The Comunist Manisfesto

II The Communist Ideology

III Das Capital

IV The German Ideologis


A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


532. Apakah prinsip-prinsip asas fahaman komunisme?

I Menentang sistem feudal dan imperialis

II Melakukan penentangan secara kekerasan

III Memiliknegarakan perindustrian

IV Bepegang kepada sistem kelas

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


533. Fahaman komunis disebarkan di Tanah Melayu oleh

I Parti Kuomintang KMT

II Parti Komunis Nanyang

III Parti Komunis Indonesia

IV Parti Komunis Malaya

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV


534. Fahaman komunis tidak mendapat sokongan orang Melayu kerana

A Dilarang oleh Majlis Raja-raja

B Menentang amalan demokrasi

C Bertentangan dengan ajaran Islam

D Fahaman ini disokong oleh orang Cina


535. Apakah prinsip-prinsip fahaman komunis yang tidak diterima oleh masyarakat Melayu?

I Bertentangan dengan adat resam orang Melayu

II Tidak mengakui kewujudan tuhan

III Matlamat dicapai secara kekerasan

IV Dasar sama rata

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


536. Apakah tujuan utama penubuhan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930?


A Mencapai kemerdekaan

B Membentuk ekonomi kapitalis

C Mewujudkan perpaduan kaum

D Menubuhkan Republik Komunis Malaya



537. Apakah arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa kepada parti-parti komunis di Eropah pada bulan Julai 1919?

A Menghapuskan amalan demokrasi

B Mengasaskan pemerintahan komunis

C Mengesyorkan pemberontakan bersenjata

D Menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia


538. Siapakah yang menjadi sasaran ejen komunis untuk menyebarkan dakyah komunis?

I Pertubuhan politik

II Kesatuan sekerja

III Kelas-kelas malam

IV Penerbitan Cina


A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


539. Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di kalangan orang Melayu?

A Parti Komunis Malaya

B Parti Komunis Nanyang

C Parti Komunis Indonesia

D Kesatuan Melayu Muda


540. Bagaimanakah Parti Komunis Malaya menyebarkan fahamannya di Tanah Melayu?

A Melatih ramai kader

B Mengasaskan parti politik

C Menubuhkan sekolah malam

D Mengajar fahaman komunis di sekolah


541. Menjelang tahun 1935 Parti Komunis Malaya telah menjadi semakin agresif. Apakah antara tindakan yang telah dilakukan?


I Melancarkan mogok

II Mensabotaj ekonomi Tanah Melayu

III Menentang pemimpin tempatan

IV Menubuhkan parti politik

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

542. Apakah tujuan utama disebalik tindakan agresif yang mula dilakukan oleh Parti Komunis Malaya menjelang tahun 1935?

A Melumpuhkan ekonomi

B Mewujudkan rusuhan kaum

C Menghapuskan penentangan

D Mendapatkan sokongan rakyat


543. Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa telah bersidang di Calcuta, India pada tahun 1948

Apakah keputusan penting yang telah dicapai semasa persidangan ini?

A Menyusup ke dalam kesatuan sekerja

B Menyeru golongan muda menerima ideologi komunis

C Menggalakkan pemberontakan bagi mencapai matlamat

D Mempengaruhi generasi muda untuk menerima fahaman komunis


544. Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa telah bersidang di Calcuta, India pada tahun 1948

Apakah tindakan yang dilakukan oleh PKM sebagai hasil daripada persidangan tersebut?

A Menubuhkan unit gerila

B Mempengaruhi generasi muda

C Menubukan lebih banyak cawangan

D Mengadakan persidangan di Tanah Melayu


545. Kenapa British berkerjasama dengan PKM semasa Perang Dunia Kedua?

A PKM bersifat sederhana

B PKM didsokong oleh orang Cina

C PKM telah melatih tentera British

D PKM menentang pendudukan Jepun


546. PKM telah melancarkan mogok yang paling besar di Batu Arang, Selangor yang melibatkan 6000 orang buruh.

Apakah punca utama mogok tersebut?

A Melumpuhkan ekonomi

B Menuntut gaji yang lebih

C Menuntut kebajikan dijaga

D Masalah penindasan pemilik


547. PKM telah melancarkan mogok yang paling besar di Batu Arang, Selangor yang melibatkan 6000 orang buruh.

Apakah kesan mogok tersebut?

A PKM diharamkan oleh British

B Pemimpin PKM diberi amaran

C British mengharamkan kesatuan sekerja

D Mereka yang terlibat dihantar pulang ke China


548. Apakah yang dituntut oleh Pentadbiran Tentera British kepada PKM sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua?

I Menyertai pasukan keselamatan

II Membubarkan MPAJA

III Menyerahkan senjata

IV Menubuhkan parti politik

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV


549. Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menggalakkan anggota MPAJA menyerahkan senjata?

I Memberikan jawatan kerajaan

II Menjanjikan kerakyatan mudah

III Diberikan wang sebagai insentif

IV Dibekalkan dengan beras

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV


550. Apakah peritiwa yang menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948?

A Tindakan Min Yuen

B Pembunuhan Sir Henry Gurney

C Mogok pekerja lombong di Batu Arang

D Pembunuhan tiga orang pengurus ladang



SET 1 TING 3

461. Maharaja Mikado Meiji telah melaksanakan dasar pembaharuan di Jepun. Apakah pembaharuan yang dilaksanakan?



I Pemodenan dalam perindustrian

II Mengutamakan pendidikan barat

III Negara barat dijadikan model

IV Bahasa Inggeris diajar di sekolah


A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV


462. Apakah kesan terpenting dasar pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Maharaja Mikado Meiji di Jepun?

A Kegiatan peluasan kuasa dimulakan

B Pendidikan barat diutamakan di sekolah

C Mengasaskan hubungan luar yang lebih terbuka

D Dasar hubungan luar berbentuk pro barat diamalkan


463. Kemenangan Jepun terhadap sebuah kuasa barat, kedudukan Jepun menjadi setaraf dengan kuasa-kuasa besar yang lain. Kuasa barat yang dimaksudkan ialah

A Rusia

B British

C Jerman

D Amerika Syarikat


464.

TAHUN 1895 Perang China-Jepun Pertama

TAHUN 1937 Perang China-Jepun Kedua

Jepun telah berperang dengan China sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1896 dan 1937. Mengapakah Jepun menyerang China?

A China telah menzalimi orang Jepun

B Jepun bermusuhan dengan orang China

C Berpotensi sebagai pasaran untuk barangan Jepun

D China mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Amarika Syarikat


465. Jepun telah menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Kenapakah Jepun mengambil tindakan ini?

A Kesan perang Rusia-Jepun

B Amerika menyokong China

C Jepun menyertai pakatan Axis

D Amerika mengenakan sekatan ekonomi


466.

  • Pertambahan penduduk
  • Tanah pertanian semakin berkurangan
  • Memerlukan pasaran baru

Senarai di atas merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Jepun. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

A Menyertai pakatan Axis

B Menjalankan perluasan kuasa

C Memodenkan sektor ekonomi

D Melaksanakan pertanian komesial


467.
  • ASIA UNTUK ORANG ASIA
  • SEMANGAT ASIA
Slogan di atas digunakan oleh Jepun untuk membantunya dalam dasar perluasan kuasa. Bagaimanakah langkah ini membantu Jepun?

A Membantu dalam usahanya menguasai negara China

B Membolehkan dasar pemerintahan ketenteraan dijalankan

C Menonjolkan dirinya sebagai pembela negara-negara timur

D Membantu dalam usahanya melaksanakan ekonomi kawalan





468.
  • ASIA UNTUK ORANG ASIA
  • SEMANGAT ASIA
Apakah iktibar yang boleh kita peroleh daripada tindakan Jepun menyebarkan slogan di atas?

I Tanpa adanya slogan kejayaan tidak boleh dicapai

II Harus berhati-hati terhadap propaganda dari luar

III Slogan yang baik diperlukan dalam melaksanakan sesuatu misi

IV Slogan ini merupakan faktor utama kejayaan Jepun

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV


469.

• Kelemahan tentera British

• Semangat tentera

• Perancangan awal

• Taktik serangan

X

Senarai di atas merujuk kepada faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. Faktor X ialah

A Bantuan Jerman

B Bantuan Pakatan Axis

C Kerjasama antara kaum

D Pakatan dengan Thailand


470. Apakah bukti yang menunjukkan Jepun mengamalkan prinsip “Asia untuk orang Asia” semasa menyerang Asia Tenggara?

A Mengamalkan jati diri Asia

B Tidak menyerang Thailand

C Mengamalkan dasar anti-barat

D Menghapuskan Bahasa Inggeris


471. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah berlaku dari arah utara ke selatan. Tempat pendaratan tentera Jepun yang paling awal di Tanah Melayu ialah

A Jitra

B Perlis

C Alor Star

D Kota Bharu


472.

Tarikh 16 Disember 1941

Pengkalan tentera Cam Ranh- Vietnam

Sasaran Miri- Sarawak

Berdasarkan jadual di atas kenapakah Miri menjadi sasaran Jepun?

A Pusat pentadbiran British

B Tumpuan pertahanan British

C Pusat perlombongan minyak

D Pangkalan tentera laut British


473. Semasa berundur dari Tanah Melayu tentera British telah memusnahkan jambatan, jalan keretapi, jalan raya serta ladang-ladang dan kawasan perlombongan. Apakah tujuan utama British bertindak demikian?

A Melumpuhkan ekonomi

B Mewujudkan pemberontakan

C Membantu penduduk tempatan

D Mehapuskan sistem perhubungan


474. Kejayaan Jepun menakluki negara kita dalam masa yang singkat telah memeranjatkan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat. Apakah kunci kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat?

A Strategi peperangan

B Sistem pemerintahan

C Peranan kerajaan Jepun

D Kelengkapan tentera Jepun


475. Serangan Jepun ke atas Singapura telah ditentang hebat oleh Rejimen Askar Melayu. Siapakah pemimpin pasukan ini?

A Leftenan Adnan

B Dato’ Onn Jaafar

C Ibrahim Haji Yaacob

D Leftenan Yeop Mahidin


476. Kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun memberikan kesan penting kepada penduduk Tanah Melayu. Apakah iktibar terpenting peristiwa ini?

A Perlu mempunyai bilangan tentera yang ramai dan bersemangat

B Tidak berharap kepada kuasa asing untuk mempertahankan tanah air

C Kukuhkan pertahanan negara pada setiap masa dan sentiasa bersedia

D Mempunyai kelengkapan perang yang cukup untuk menghadapi musuh



477. Jepun telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada tahun 1943. Kenapa Jepun mengambil tindakan ini?


A Membalas jasa kerajaan Siam

B Untuk mendapat sokongan raja Siam

C Mematuhi salah satu syarat Perjanjian Burney

D Siam membekalkan beras kepada tentera Jepun


478. Mengapa Jepun mula memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk Tanah Melayu apabila mendapati bahawa mereka akan kalah?

A Ingin berbuat baik kepada penduduk tempatan

B Ingin membalas jasa orang Melayu yang menyokongnya

C Supaya penduduk tempatan mampu berkerajaan sendiri

D Supaya tidak menyokong British apabila British kembali


479. Kenapa tentera British tidak bersungguh-sungguh serta tidak bersedia menghadapi serangan Jepun ke atas Tanah Melayu?

A Tentera British tidak terlatih

B Bilangan tentera British yang kurang

C Lebih menumpukan peperangan di Eropah

D Tumpuan pertahanan British di Singapura


480. Jepun telah mengeluarkan kad catuan bagi setiap keluarga yang bertujuan merekodkan tarikh, jenis dan kuantiti barang keperluan yang diperoleh. Langkah ini adalah sebahagian daripada bentuk ekonomi

A Kawalan

B Terancang

C Kapitalisme

D Pasaran bebas


481. Jeneral Seishiro Itagaki telah menyerah diri kepada Tentera Bersekutu di Singapura pada 15 Ogos 1945

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas kepada Tanah Melayu?

A Semangat kebangsaan menyemarak

B Parti politik yang radikal ditubuhkan

C Penduduk Tanah Melayu bersatu padu

D Penduduk Tanah Melayu menghargai Jepun


482. Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan semasa menjajah Tanah Melayu. Apakah tujuan utama dasar ini?

A Meningkatkan taraf hidup penduduk

B Mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat

C Menjamin sokongan penduduk Tanah Melayu

D Mewujudkan kesetiaan kepada Maharaja Jepun


483. Pasukan polis rahsia yang bertindak ganas dan kejam terhadap mereka yang disyaki membenci Jepun

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Kaisha

B Kunrenjo

C Kimigayo

D Kampetai


484. Kenapa Kesatuan Melayu Muda telah mengadakan pakatan sulit dengan Jepun dan menyebarkan propaganda kepada orang Melayu?

A Supaya diberikan kemerdekaan

B Supaya orang Melayu tidak dizalimi

C Supaya diberi layanan istimewa oleh Jepun

D Supaya diberikan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan


485. Kedudukan Sultan diiktiraf oleh kerajaan Jepun dan menjadi ketua agama dan adat istiadat Melayu. Kenapakah Jepun bertindak demikian?

A Menghormati institusi beraja

B Diarahkan oleh Maharaja Jepun

C Mematuhi syarat perjanjian Melayu

D Untuk mendapat sokongan orang Melayu


486. Tentera Jepun bertindak zalim serta membunuh orang Cina di Tanah Melayu

Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah Jepun bertindak sedemikian terhadap orang Cina?

A Membantu Parti Komunis Malaya

B Enggan berkerjasama dengan Jepun

C Membantu China semasa perang Cina-Jepun

D Memberikan bantuan kepada tentera British

STRATEGI BELAJAR SEJARAH DENGAN BERKESAN UNTUK PMR

Strategi Berkesan Belajar Sejarah


Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. Guru dan calon PMR perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:
1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian
1.3. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks).
Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.
Tinjau

Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:

a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini
b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan
c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu

Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. Tingkatan III. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6.
Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air
Tema 6 : Pembentukan Persekutuan Malaysia
Tema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu:
Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah
Bab 7: Malaysia yang Berdaulat
Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh
Teks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu
Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan
Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon
Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan
Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan
Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab

Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.
Tanya
Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa ? = Peristiwa Sejarah
Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah
Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah
Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.

Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.
Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat.
Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.
Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR
Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:
Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab

1. Konsep / istilah sejarah

2. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan

3. Kesan peristiwa sejarah

3. Kronologi / urutan peristiwa

4. Tokoh dalam sejarah

5. Perjanjian penting dalam sejarah

6. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa

7. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah

Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah. Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa, puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan.

( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.


Contohnya takrif kata ‘feudal’, ‘imperialis’ (hlm : 87), ‘kader’, ‘kegiatan PKM’ (hlm : 88), ‘Baju Hijau’, ‘Home Guard’, ‘Special Constable’ (hlm : 93), ‘Min Yuen’, ‘Rancangan Briggs’, ‘Kampung Baru’, (hlm : 94), ‘Gerakan Kelaparan’, (hlm : 95), ‘Perang Saraf’ (hlm : 98), ‘Kawasan Hitam’, ‘Kawasan Putih’, ‘Perintah Berkurung’ (hlm : 100), ‘Pertemuan Baling’, (hlm : 104), dan ‘Community Liaison Committee’ (CLC) . Rujuk takrif kata yang disediakan. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks.
Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.

( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.
Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.
( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah
Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep.





Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.
( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik
Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.
( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon meneliti
a) Tahun perjanjian itu ditandatangani

b) Sebab ia ditandatangani

c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu

d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan

e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara

Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun. Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR.
( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah
Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Contohnya:
‘Penubuhan pasukan ‘Home Guard’ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.’
Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks.
Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR 2005, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Akhir kata, Selamat Belajar.
Soalan Kemahiran Berfikir
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan banyak penekanan terhadap aspek Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran pada semua peringkat di sekolah. Pemikiran Kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran, membuat kesimpulan atau keputusan dengan bijak secara kreatif melalui menjana minda. Kemahiran Berfikir merupakan asas dalam strategi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir digunakan secara bersepadu dalam Buku Panduan Guru (BPG) untuk memandu guru dan murid memahami kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan III. Kemahiran ini digunakan oleh guru dan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Yang disediakan dalam latihan.
Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah PMR. Dalam soalan Sejarah, perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan, membandingkan, membezakan, menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah PMR
i. Mencirikan – mengenalpasti kriteria seperti ciri, sifat dan konsep sejarah

ii. Membanding dan membeza – mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah

iii. Membuat urutan – menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi

iv. Menganalisis – memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat

v. Mengesan kecondongan – mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada

vi. Menilai – membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti

vii. Membuat rumusan – membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap

viii. Menghubungkait – membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa

ix. Meramal – menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini
Contoh : Lihat kandungan teks di hlm. 94 – 103.
Persamaan dan Perbezaaan Antara rancangan Briggs dengan Perang Saraf
Persamaan

(a) Membanteras kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu

(b) Dilaksanakan semasa Darurat di Tanah Melayu

(c) Berjaya mencapai matlamat
Rancangan Briggs

Perbezaan

Perang Saraf

(a) 1950

Tarikh

(a) 1951

(b) Sir Harold Rowdon Briggs
Pengasas

(b) Sir Gerald Templer

(c) Menghalang bekalan makanan dan ubatan supaya tidak jatuh ketangan pengganas komunis
Matlamat penubuhan

(c) Menawan hati dan fikiran rakyat supaya menyokong kerajaan membanteras pengganas komunis

Menguntungkan kaum bukan Melayu – penempatan setinggan Cina secara bersistematik
Rumusan

Menguntungkan kaum bukan Melayu – Pemberian pelonggaran syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu

(a) Menyoal punca sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah
Pada tahun 1910 George Maxwell dilantik sebagai Penasihat British di Kedah.

Apakah puca konflik antara beliau dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri Kedah?
A Beliau menyingkirkan Tunku Mahmud

B Beliau memperkenalkan budaya Barat

C Beliau menubuhkan jawatankuasa pentadbiran

D Tunku Mahmud enggan menerima Penasihat British

(b) Menyoal mengenai kesan sesuatu peristiwa sejarah
Pada tahun 1819 Siam mengarahkan Kedah menyerang Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut kepada kerajaan Perak?

I Perak menjadi jajahan Siam

II Sultan Perak dipaksa turun takhta

III Perak menghantar bunga emas ke Siam setiap tahun

IV Perak membenarkan Siam memonopoli perdagangan bijih timah

A I dan II
B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

(c) Menyoal mengenai ciri-ciri, matlamat dan tugas sesuatu perkara atau organisasi
Antara berikut yang manakah tugas Hakim Mahkamah Anak Negeri semasa Syarikat Borneo Utara British memerintah Sabah pada abad ke-19?
I Mengendalikan hukum adat

II Mengendalikan orang tempatan

III Menyelaraskan undang-undang Barat

IV Mengendalikan undang-undang sivil


A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV


(d) Menyoal mengenai sumbangan tokoh
Sir Gerald Templer
Apakah sumbangan tokoh di atas dalam sejarah Tanah Melayu?
I Memupuk perpaduan kaum

II Menentang ancaman komunis

III Menentang gagasan Malayan Union

IV Menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV


(e) Menyoal mengenai perjanjian penting dalam sejarah

Pada tahun 1879 – 1909 British menandatangani beberapa penjanjian dengan Siam. Mengapa?

A Memelihara kedaulatan Siam

B Membantu mengukuhkan pertahanan Siam

C Menghalang campur tangan kuasa Barat lain

D Menghalang peperangan antara Siam dengan Kedah

(f) Menyoal sesuatu peristiwa sejarah secara langsung

Apakah isu hangat dalam Persidangan Durbar Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903?


A Kehilangan kuasa Residen

B Kemerdekaan Tanah Melayu

C Pengenalan syarat kerakyatan

D Pemusatan kuasa ditangan Residen Jeneral


(g) Menyoal persamaan atau perbezaan sesuatu peristiwa, tokoh, organisasi, judul karya sastera atau perkaitan sejarah.
• UNKO

• USNO

• Pasok Momogun.


Apakah persamaan pertubuhan di atas?
A Menyertai gerakan antipenyerahan

B Menggubal perlembagaan Malaysia

C Menentang pembentukan persekutuan Malaysia

D Muncul selepas pengumuman pembentukan Malaysia


PENGGUNAAN BPG DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN III SECARA BERSEPADU

1. Latar belakang penulis (biografi)

2. Kepentingan penulisan

3. Pengalaman penulis (semasa menulis buku ini)

4. Sumber yang dirujuk

5. Respon murid terhadap bahan yang ditulis – korelasi

6. Kepentingan subjek

7. Aspek penting dalam buku teks

8. Aplikasi aras dalam HSP

9. Isu-isu semasa dan penyelesaian

10. Strategi penggunaan buku teks


- Guru mesti menguasai ilmu pedagogi Sejarah yang mantap seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), Kemahiran Berkir, Teori Kecerdasan Pelbagai dan kemahiran ICT

- KPS bertujuan mencapai tiga perkara dasar iaitu a) penjelasan sejarah b) pemahaman sejarah dan c) empati

- KPS merangkumi beberapa kemahiran seperti a) memahami kronologi b) meneroka bukti

c) membuat interpretasi d) membuat imaginasi e) membuat rasionalisasi

- Contoh yang dipilih : mana-mana bab dalam buku teks Sejarah Tingkatan III
11. Mengapa guru mesti menggunakan buku teks sebagai teras ?

12. Pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

13. Pengurusan dan pembahagian masa dalam pengajaran

14. Apakah ciri keistimewaan Buku Teks Sejarah Tingkatan III ?

15. Contoh P & P bagi topik tertentu ‘micro teaching’

SELAMAT BELAJAR

Rabu, 20 April 2011

LATIHAN BAB 1 TINGKATAN 3


BAB 1 ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

  1. Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3)

________________________________________________________________

________________________________________________________________


  1. Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun? (m/s 3)

________________________________________________________________

________________________________________________________________


  1.  Kemenangan Jepun terhadap sebuah kuasa Barat menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar. Nyatakan kuasa Barat tersebut? (m/s 3)

________________________________________________________________

________________________________________________________________


  1. Apakah faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Jepun? (m/s4)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Mengapakah Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kepada Jepun?
(m/s 4)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apakah yang anda faham dengan slogan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”? (m/s 5)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun mempengaruhi penduduk tempatan supaya anti Barat? (m/s 5)
________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Jepun tidak menyerang Thailand kerana tidak dijajah oleh Barat. Keadaan ini dikaitkan dengan slogan …? (m/s 5)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Namakan dua buah kapal perang British yang Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. (m/s 7)
________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Bagaimanakah cara kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu? (m/s 9)
________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Apakah yang anda faham dengan taktik “Bumi Hangus”? (m/s 10)
________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Apakah kesudahan perjuangan Leftenan Adnan, anggota Regimen Askar Melayu di Bukit Gap, Singapura? (m/s 11)
________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Apakah iktibar daripada peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun? (m/s 12)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. (m/s 13)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apakah kunci kejayaan tentera Jepun menakluk Tanah Melayu dalam masa yang singkat? (m/s 14)
________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand. Mengapa? (m/s 16)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apabila pihak Jepun mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua, Jepun mula memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk Tanah Melayu. Mengapa? (m/s 17)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Senaraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Jepun apabila melaksanakan sistem kawalan ekonomi? (m/s 18)
________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Apakah yang terjadi kepada sekolah-sekolah Inggeris dan Cina semasa pemerintahan Jepun? (m/s 18)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Mengapakah orang Cina dilayan dengan buruk oleh pihak Jepun? (m/s 18)
________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Mengapakah orang Melayu dan India di Tanah Melayu mendapat layanan yang baik daripada pihak Jepun? (m/s 18)
________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Apakah tujuan Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengadakan hubungan sulit dengan pihak Jepun? (m/s 22)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Walaupun rata-rata orang Cina dilayan dengan buruk namun ada segolongan yang menyokong Jepun. Mengapa? (m/s 23)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Apakah bantuan yang diberikan oleh pihak British kepada MPAJA semasa kependudukan Jepun? (m/s 25)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Senaraikan empat pertubuhan yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun? (m/s 25)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Sultan Abu Bakar ( Pahang )
Kapten Abdul Razak Hussein ( Tun Abdul Razak )


  1. Kedua-dua tokoh di atas telah menyertai sebuah prtubuhan yang menentang Jepun. Nyatakan pertubuhan tersebut. (m/s 26)
________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apakah tujuan penubuhan Koa Kunrenjo ( Sekolah Latihan Kepimpinan )?
(m/s 30)
________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Apakah tujuan penubuhan pasukan Pembela Tanah Air (PETA)? (m/s 30)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Dr. Burhanuddin al-Helmi
Dato’ Onn Jaafar


  1. Apakah jawatan yang diberikan oleh Jepun kepada tokoh-tokoh di atas? (m/s 31)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Mengapakah tentera MPAJA dikenali sebagai tentera “Bintang Tiga”? (m/s 32)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Mengapakah rancangan Jepun untuk mewujudkan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” tidak kesampaian? (m/s 33)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
  1. Apakah bukti Dasar Ekonomi Kawalan yang dilaksanakan tidak memberi kebaikan kepada penduduk tempatan? (m/s 33)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Keperitan hidup menjadikan pendudk di negara kita lebih kreatif.


  1. Berdasarkan pernyataan di atas, berikan contoh-contoh yang sesuai? (m/s 35)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Apakah tugas Kempeitai? (m/s 36)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
BAB 6 : PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK DAN SABAH
(1) Sarawak diserah kepada British
Charles Vyner Brooke
1. Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak.
2. Tidak dapat dilaksanakan krn Jepun serang Sarawak.
Sarawak selepas kekalahan Jepun;
1. British memperkenalkan Pentadbiran Tentera
2. Kembalikan ketenteraman & pemulihan ekonomi
3. Sarawak di bawah Pentadbiran Tentera British sehingga 1 Julai 1946.
Sebab Sarawak diserahkan kpd kerajaan British;
1. British berusaha ambil pentadbiran Sarawak
2. Charles Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
3. Faktor Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
i. Desakan daripada Kerajan British;
a. British desak keluarga Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka lebih terjamin.
ii. Pertikaian Keluarga;
a. Charles tidak dapat mentadbir kerana umurnya sudah lanjut.
b. Beliau uzur
c. Beliau ingin bersara.
d. Tidak ada waris untuk menggantikannya.
e. enggan memberi kepada anak saudaranya, Anthony Brooke
iii. Masalah Kewangan
a. Sarawak alami kemusnahan akibat perang.
b. Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk membangunkan semula negeri Sarawak selepas perang.
4. Rundingan Charles Vyner Brooke dengan British – persetujuan serahkan Sarawak kepada British.
5. Charles Vyner Brooke menghantar wakilnya, Gerard T.MacBryan untuk dapatkan tandatangan daripada ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.
6. Gerard T.MacBryan guna tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.
7. Charles isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi Sarawak serahkan Sarawak kpd British.
8. Pengumuman mendapat bantahan Melayu & Iban.
9. Pejabat Tanah Jajahan minta Charles Vyner Brooke mendapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi.
10. Charles Vyner Brooke merujuk perkara tersebut kepada Majlis Negeri.
11. Majlis Negeri meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong penyerahan dan 16 undi menentang.
12. Usul penyerahan Sarawak – disokong oleh ahli bukan bumiputera.
13. Pada 1 Julai 1946, Britishisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British.
14. Sir Charles Arden Clarke – Gabenor British pertama di Sarawak.
(2) Gerakan Antipenyerahan Sarawak
1. Penyerahan Sarawak kepada British dibantah oleh orang Melayu dan Iban.
2. Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah (ketua datu-datu masyarakat Melayu dan kaum Melayu terpelajar)
3. Bantahan tersebut disertai oleh;
i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS),
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM),
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
(a) Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak
1. Perlembagaan 1941;
i. Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak.
ii. Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kpd British.
2. Tipu Muslihat;
i. Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.
3. Anthony Brooke Tidak Dilantik;
i. Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan sebg Raja Sarawak yg baru.
ii. Dengan memulihkan pemerintahan Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.
(b) Penentangan dan reaksi British
1. Glongan antipenyerahan hantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British.
2. British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
3. Setiap kampung dikerah buat poster dan sepanduk.
4. Kaum wanita terlibat dalam demonstrasi menentang penyerahan.
5. Kaum ibu PKMS pimpinan Cikgu Lily Eberwein ke kawasan pedalaman utk dapatkan sokongan Iban.
6. Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Abol – mewakili kaum ibu BPM menentang penyerahan Sarawak
7. British mendapati gol. antipenyerahan Sarawak terdiri drp kalangan kakitangan kerajaan khususnya guru Melayu.
8. British mengeluarkan notis Pekeliling No.9.
9 Pekeliling No.9 memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan antipenyerahan.
10. Pekeliling menambahkan kemarahan terhadap pihak British.
11. Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan.
12. Sebilangan besar terdiri daripada guru Melayu.
13. Tindakan itu menyebabkan 22 sekolah kerajaan terpaksa ditutup.
14. Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka
15. Tunjuk perasaan terbesar di Kuching – membantah perlantikan Gabenor Sarawak
16. Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan (dihadiri 250 perwakilan bumiputera dari seluruh cawangan BPM)
17. British menganggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara.
18. British giatkan usaha melemahkan gerakan antipenyerahan dgn memecahbelahkan perpaduan kaum.
19. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA).
20 YMA sokong penyerahan Sarawak kpd British.
21. YMA ambil ahli baru drp golongan antipenyerahan.
22. British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak bertelagah.
23. British memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak.
24. Gerakan antipenyerahan semakin lemah akibat propaganda British.
25. Golongan muda dalam BPM Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Rukun Tiga Belas.
26 Kumpulan Rukun Tiga Belas dianggotai ahli BPM yang radikal.
27. Mereka bersumpah menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
28. Rosli Dhobi menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros.
29. Pada 1949, Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart mengadakan lawatan rasmi ke Sibu.
30. Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart
31. Peristiwa pembunuhan Duncan Stewart memberi kesempatan kepada British untuk guna kekerasan
32. Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
33. Anggota Rukun Tiga Belas yang lain dijatuhi hukuman penjara.
34. British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
35. British melumpuhkan gerakan antipenyerahan.
36. British jadikan Sarawak tanah jajahannya sehingga tahun 1963.
(3) Langkah berkerajaan sendiri di Sarawak
1. Tahun 1946;
i. pentadbiran Sarawak disusun semula
ii. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
iii. Setiap bahagian diketuai seorang Residen.
iv. Setiap bahagian dibahagikan kpd beb daerah.
v. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
2. Tahun 1947;
i. British membentuk Majlis Termpatan.
ii. Memberi peluang kepada ahli-ahli yang dilantik mengambil bahagian dlm pentadbiran tempatan.
iii. Fungsi Majlis Tempatan menguruskan;
  • pelajaran rendah,
  • bekalan air,
  • jalan raya,
  • kesihatan
  • kawal perbelanjaan di kawasan yang dipertanggungjawabkan kutip cukai kepala & cukai lain.
3. Tahun 1956;
  • Pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.
  • Pindaan perlembagan berkuatkuasa pd April 1957.
  • Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah menjadi 10 orang ahli .
(4) Penubuhan Parti politik di Sarawak
i) Parti Negara Sarawak (PANAS)
i. Pengasas- Datu Patinggi Abang Haji Mustapha.
ii. Wujudkan keharmonian di kal semua kaum
iii. Tuntut pendidikan percuma bg sekolah rendah.
iv. Pertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial bumiputera.
ii) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
i. Pengasas – Ong Kee Hui dan Stephen Young.
ii. Wujudkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan rakyat Sarawak.
iii. Menyatupadukan kaum di Sarawak
iii) Persatuan Cina Sarawak (SCA)
  • Pengasas – William Tan.
  • Perpaduan orang Cina
  • Parti Kebangsan Sarawak (SNAP)
  • Pengasas – Stephen Kalong Ningkan.
  • Memperjuangkan hak orang Iban
  • Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak
v) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
i. Pengasas – Temenggung Jugah.
ii. Membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak mereka dalam perlembagaan
vi) Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
i. Pengasas – Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
ii. Tuntut hak istimewa penduduk bumiputera.
iii. Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak.
iv. Wujudkan keharmonian di kalangan rakyat.
v. Menyelamatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman komunis.
vi. Tuntut bahasa Melayu jd bahasa kebangsaan.
2. Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Terdiri daripada
i. Persatuan Cina Sarawak (SCA)
ii. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
iii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
iv. Parti Negara Sarawak (PANAS)
v. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
3. Parti Perikatan hadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.
(5) Sabah diserahkan kepada kerajaan British
1. Selepas Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British.
2. Pentadbiran Tentera British kembalikan keamanan
3. Pentadbiran Tentera British tamat -15 Julai 1946.
4 British menandatangani perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
5. Borneo Utara jadi tanah jajahan British – 15 Julai 1946.
6. Penyerahan Sabah tidak mendapat tentangan hebat drp penduduk tempatan kecuali waris sultan Sulu yang menganggap Sabah miliknya.
7. Pertubuhan yang ada – Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan Pemuda (BARIP) hanya berjuang memperbaiki keadaan politik dan ekonomi.

8. Faktor Sabah Diserahkan kepada Kerajaan British;
i. Desakan Pelabur/Pemodal Eropah
a. British ingin jaga kepentingan warganegaranya & melindungi pelaburan
ii. Mengeksploitasi Sumber Bahan Mentah
a. Sabah pembekal sumber bahan mentah sperti kayu balak, kelapa kering, tembakau dan hasil tradisional.
b. Sabah – tempat pasaran barangan keluaran Britain.
iii. Menjamin Kedudukan dan Keselamatan
a. British dapat menjamin kedudukan dan keselamatan mereka di Asia Tenggara kerana Sabah terletak di jalan perdagangan Singapura dan Hong Kong.
(6) Langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah
i) Tahun 1950
a. British memperkenalkan perlembagaan baru.
b. Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan.
c. Wakil-wakil anak negeri diberi peluang melibatkan diri dalam pemerintahan negeri melalui pelantikan mereka secara tidak rasmi dalam Majlis Undangan.
d. Melatih penduduk tempatan menjadi pemimpin.
e. Pemimpin utama – Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.
ii) Tahun 1952;
a. Pilihan Raya Majlis Tempatan diadakan untuk memilih perwakilan secara demokrasi.
iii) Tahun 1960;
a. Pihak British meminda Perlembagaan untuk menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan.
b. Semua ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya,
c. Mereka dilantik oleh Gabenor British.
iv) Tahun 1962;
a. British memperkenalkan Pilihan Raya Majlis Undangan.
(7) Penubuhan parti politik di Sabah
Ketara selepas pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.

i) Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
  • Pengasas – Donald Stephens.
  • Menjaga kepentingan dan memelihara hak orang Kadazan Dusun.
ii) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
Tun Mustapha
  • Pengasas – Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.
  • Memperjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Menukar nama Borneo Utara kepada Sabah.
iii) Pasok Momogun
  • Pengasas – Orang Kaya-kaya Sedomon dan G.S. Sundang.
  • Melindungi kepentingan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.
iv) Persatuan Cina Sabah (SCA) (Gabungan Parti Bersatu dan Parti Demokratik)
  • Pengasas – Khoo Siak Chiew dan Peter Chin.
  • Melindungi hak orang Cina.
2. Perikatan Sabah ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya pada tahun 1962.
3. Parti politik dalam Perikatan Sabah ialah USNO, UNKO, Pasok Momogun dan SCA.
(8) Rumusan
1. Peristiwa pembunuhan Gabenor British merupakan kemuncak kebencian penduduk tempatan terhadap British
2. Pertubuhan bersifat politik, ekonomi dan sosial ditubuhkan oleh orang Melayu, Dayak dan Cina untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing.
3. Di Sabah, gerakan kebangsaan agak perlahan.
4. Gagasan Pembentukan Malaysia merancakkan penubuhan parti politik.