Sabtu, 24 Mac 2012

STRATEGI SKOR A

STRATEGI SCORE A SEJARAH SPM

Berapakah markah minimum yang anda perlu kutip untuk dapat A dalam Sejarah SPM ?

Kertas 1        :  32 markah
Kertas 2        :  67 markah
JUMLAH       :  99 markah
Peratus         :  99 X 100  = 71%
                               140
Gred               :  A-

Dari manakah anda perlu kutip markah tersebut ?

Tahukah anda bahawa Kertas 1 Sejarah SPM 2010 mengandungi :

15 soalan yang diulang daripada soalan SPM tahun-tahun lepas ?
Hanya 10 soalan sahaja yang dikategorikan sebagai soalan aras tinggi ?
Lebih daripada 15 soalan yang dikategorikan sebagai soalan aras rendah !

Mengapakah anda tidak memberikan fokus untuk mengutip 15 markah daripada soalan ulangan SPM dan 15 markah daripada 15 soalan mudah (aras rendah) ? Di sini anda dapat kutip 30 markah! Kalau anda berjaya betul 2 soalan sukar (aras tinggi), maka anda sudah memperoleh syarat yang cukup untuk dapat A. Tumpu dan ulangkaji bab yang mudah bagi anda. Tumpukan 15 Bab yang anda mudah. Daripadanya akan ada 30 soalan. Bergantung pula kepada keupayaan anda merancang strategi mengutip markah daripada Kertas 2.

Tahukah anda bahawa Kertas 2 Sejarah SPM 2010 mengandungi :

Soalan KBKK yang menawarkan antara 28 hingga 30 markah.
Soalan UMUM yang menawarkan antara 30 hingga 35 markah.
Soalan Khusus yang menawarkan antara 35 hingga 42 markah.

Jika anda mengutip 28 markah soalan KBKK + 30 markah soalan UMUM + 10 markah soalan KHUSUS, anda sudah layak untuk SCORE A Sejarah SPM.
Soalan KBKK dan Soalan UMUM, anda boleh fikir maklumat secara logik. Luahkan sahaja, rambang pun tak apa. Biar berani kelentong secara logik. Dalam banyak-banyak kelentong, tentu ada yang ’terlanggar’ skema. Cuma soalan KHUSUS yang anda perlu hafal maklumatnya.

Tak susah kan ? Jom... berusahalah. Jangan lupa strategi.

Nantikan... kita akan memasuki sessi mengenal dan membezakan antara soalan UMUM dengan soalan KHUSUS.

2 ulasan: