BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
Sebelum baca nota ini, sila hayati detik2 kronologi penipuan British ni yer. Kesian, Tipah tertipu tertipu tipu tetipah…hahahaha..
(1) Pulau Pinang Menjadi Pangkalan SHTI :
1. SHTI jalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan British.2. Pulau Pinang asalnya wilayah Kedah.
3. British tidak boleh menguasai Kedah. Siam mengaku Kedah di bawah naungannya.
4. SHTI ingin Pulau Pinang sebagai pangkalannya.
5. Kepentingan Pulau Pinang kepada British :
i. Pusat pengumpulan barangan :-
a. SHTI perlukan teh dari China
b. China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu.
ii. Sebagai pelabuhan persinggahan :-
a. Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan makanan, kemudahan membaiki kapal
b. Tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.
iii. Menjadi pangkalan tentera British :-
a. British dan Perancis bersaing menguasai perdagangan di India.
b. Pulau Pinang sebagai pengkalan tentera mempertahankan petempatan British di India daripada serangan Perancis.
(2) Kedaulatan Kedah tercabar
1. Kedah mempunyai pelabuhan entreport.2. Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan
3. Kemakmuran Kedah menyebabkan pemimpinnya sentiasa hadapi cabaran dalam dan luar negeri.
Ancaman Bugis
i. Perebutan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda.ii. Perlantikan tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
iii. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor menentang Sultan Muhammad Jiwa.
iv. Bugis (Raja Haji) menawan Kuala Kedah serta Alor Setar.
v. Sul Muhammad Jiwa dapatkan bantuan ketenteraan Firma Jourdain Sullivan & de Souza.
vi. Firma hantar Francis Light untuk berunding
vii. Perjanjian (1771) benarkan firma berniaga di Kuala Kedah
viii. Sultan batalkan perjanjian apabila firma enggan memberi bantuan tentera bagi menyerang Bugis di Selangor.
(b) Ancaman Siam
i. Kedah hentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa berperang dengan Burmaii. Selepas perang dgn Burma tamat, Siam menjadi kuasa yang kuat semula.
iii. Siam tuntut Kedah hantar bunga emas, wang serta tenaga manusia.
iv. Sultan Kedah (Sultan Abdullah– pengganti Sultan Muhammad Jiwa ) berasa terancam
v. Sultan dapatkan bantuan tentera SHTI.
vi. Tawarkan Pulau Pinang jika SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
vii. Francis Light menerima tawaran Sultan Abdullah
(3) Pertapakan British di Pulau Pinang
1. Tipu helah Francis Light
i. SHTI bimbang dgn dasar monopoli Belanda
ii. Tawaran Sultan Abdullah membenarkan SHTI menduduki Pulau Pinang memenuhi keperluan SHTI bagi menghadapi ancaman Belanda.
iii. Francis Light tandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dgn Sultan Kedah secara peribadi.
iv. Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat memberi bantuan ketenteraan
2. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
i. SHTI bantu Kedah sekiranya diserang musuh
ii. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
iii. SHTI membayar 30 ribu dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah sebagai pampasan
3. Upacara menaikkan bendera Union Jack
i. Pulau Pinang dinamakan Prince of Wales Island
ii. Petempatan dinamakan Geogetown sempena nama King George III.
iii. bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu.
(4) SHTI mungkir janji
1. Siam takluki Patani dan mengancam Kedah.2. Sultan Abdullah tuntut SHTI memberi ketenteraan
3. SHTI enggan sebab tidak terlibat dlm Perjanjian 1786,
4. Perjanjian 1786 bersifat peribadi antara Sultan Abdullah dengan Francis Light.
5. SHTI jaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
6. Sul Abdullah desak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang.
7. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang.
8. Francis Light tawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.
9. Sultan Abdullah rasa tertipu – sediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk ambil semula Pulau Pinang.
10. Baginda dapatkan bantuan Riau, Siak dan Selangor.
11. Francis Light meminta bantuan tentera
12. Sultan Abdullah tewas
13. Sultan Abdullah tandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791.
14. SHTI bayar 6 ribu dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah.
15. George Leith dilantik Gabenor Pulau Pinang pertama.
Padan muka, dah kena tipu dengan British. Sekadar makluman tambahan,SHTI ni cuma golongan pedagang Inggeris sahaja. Tetapi mereka dilengkapi dengan alatan senjata. Al maklum jela, mereka ni ramai bekas tentera British. Belayar jauh2, mesti kena cukup senjata, tak pasal2 kena serang dengan Jack Sparrow Pirate Of Carribean. Tipah Tertipu lagi…!!!!
(5) Pertapakan SHTI di Seberang Perai
i. Seberang Perai sesuai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinangii. Seberang Perai subur untuk bercucuk tanam bagi keperluan makanan penduduk di Pulau Pinang.
iii. Sultan Dzauddin (pengganti Sultan Abdullah) perlukan bantuan ketenteraan bagi hadapi Siam.
iv. Menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith
v. syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800;
- Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai.- SHTI bayar 10 ribu dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.
vi. SHTI mungkir janji untuk bantu Kedah, bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada tahun 1821.vii. Kedah ditakluki oleh Siam.
vii. Jun 1826, Raja Siam (Rama III) tandatangani perjanjian dgn Henry Burney di Bangkok
ix. Syarat Perjanjian Burney :
a. British iktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah.
b. Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
c. British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.
d. British menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah,
e. Kedah bayar ufti bunga emas kepada Siam.
(6) SHTI di Singapura
1. Sebab British ingin mengambil Singapura
i. Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melakaii. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di kepulauan Melayu.
iii Kapal banyak ke Betawi, Riau & Lingga.
iv. Perdagangan SHTI dgn China semakin penting.
v. Barangan dari China mendapat pasaran di Eropah.
vi. Inginkan pelabuhan strategik di Selat Melaka
vii. Perang Napoleon meletus di Eropah, Belanda ditawan Perancis.
viii. Perancis berhasrat kuasai wil. Belanda di Timur.
ix. Belanda tandatangani Surat Kew dgn British.
x. Belanda serahkan secara sementara jajahannya di Timur kpd British hingga Perang Napoleon tamat.
xi. SHTI kuasai Melaka & Betawi semasa Perang
xii. Selepas Perang, British pulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda.
xiii. Belanda kenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk kpd pedagang British dan Betawi.
xiv. Stamford Raffles cari pelabuhan baru.
xv. Cubaan Raffles membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau gagal.
xvi. Cadangkan pangkalan baru di Singapura. Singapura wilayah kekuasaan kerajaan Johor.
xvii. Singapura strategik – sesuai sebg pelabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi pelabuhan Belanda dan Betawi.
xviii. Raffles yakin Singapura boleh menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.
2. Masalah perebutan takhta di Johor
i. Jajahan Johor termsk Pahang, Johor, Singapura.ii. Sultan Abdul Rahman pemerintah kerajaan Johor,
iii. Pusat pentadbirannya di Lingga.
iv. Pahang diperintah oleh Bendahara Ali keturunan Bendahara Johor.
v. Temenggung Abdul Rahman – pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor.
vi. Beliau menjadikan Kuala Sg Singapura sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan.
vii. Raffles hadapi masalah mengambil Singapura – Singapura di bawah Sultan Abdul Rahman yang berada di bawah pengaruh Belanda.
viii. Apabila Sultan Mahmud Shah III mangkat, Tengku Hussein putera sulungnya diketepikan
ix. Adiknya, Tengku Abdul Rahman jadi sultan.
x. Mengikut adapt, pengganti sultan perlu dilantik sebelum upacara pemakaman
xi. Tengku Hussein tiada di istana sultan tetapi berada di Pahang.
xii. Pembesar Johor dgm sokongan Belanda melantik Tengku Abdul Rahman sebagai pengganti sultan.
xiii. Raffles melihat pertelingkahan sebagai peluang untuk campur tangan dengan cara menyokong Tengku Hussein menjadi Sultan Johor.
3. British di Singapura melalui Perjanjian 1819
i. Raffles mendarat di Singapura.ii. Raffles paksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura.
iii. Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh Raffles
iv. Syarat Perjanjian Temenggung Abdul Rahman dan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 :
a. SHTI dirikan loji di Singapura
b. SHTI lindungi Temenggung daripada ancaman
c. SHTI bayar 3 ribu dolar Sepanyol setahun kpd Temenggung
d. SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan Barat yang lain.
v. Perjanjian 1819 tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan Sultan Johor (Sultan Abdul Rahman)
vi. Raffles perdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda dgn hidupkan semula masalah waris tahun 1812.
vii. Raffles peralatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak menjadi sultan.
viii. Raffles pujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan sebagai Sultan Johor.
ix. Setelah menjadi Sultan, Sultan Hussein iktiraf perjanjian awal Temenggung dengan Raffles.
x. SHTI secara rasmi bertapak di Singapura.
xi. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan
Johor mempunyai dua orang sultan – Sultan Hussein bersemayam di
Singapura Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga.
4 British di Singapura – Perjanjian 1823 & 1824
i. Perjanjian 1819 tidak membolehkan Raffles berkuasa penuh ke atas Singapura.ii. 7 Jun 1823 perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman membolehkan SHTI berkuasa di Singapura dan pulau berdekatan.
iii. Syarat Perjanjian 7 Jun 1823;
a. Sultan terima bayaran 1500 dolar Sepanyol, Temenggung terima 800 dolar Sepanyol setiap bulan.
b. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina.
c. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
d. Undang-undang British dikuatkuasa.
iv. 2 Ogos 1824, perjanjian ditandatangani John Crowfurd (Residen Singapura) dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.v. Syarat Perjanjian 2 Ogos 1824;
a. Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepada SHTI
b. Sultan dan Temenggung hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
c. Sultan dan Temenggung atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
vi. S. Hussein menetap di Kampung Gelam, Singapura.vii. Baginda ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian 1824.
viii. SHTI mengarahkan Temenggung memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga dgn alasan memajukan Singapura.
ix. SHTI mengambil tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
x. Tahun 1866, pusat pemerintahan dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.
(7) Perpecahan Kepulauan Melayu
i. Belanda dakwa Singapura pengaruhnya.ii. Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangannya di Betawi.
iii. Pertikaian berkaitan Singapura mencetuskan ketegangan British dengan Belanda.
iv. British enggan serahkan Singapura kepada Belanda
v. Ketegangan ini diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
vi. Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 :
a. Belanda iktiraf petempatan British di Singapura.
b. Belanda tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
c. British serah Bangkahulu kepada Belanda
d. Belanda serah Melaka kepada British.
e. British tidak akan buka petempatan baru ke selatan Singapura
vii. Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda :
a. Kepulauan Melayu terbahagi dua kawasan.
b. Sem. Tanah Melayu & Singapura pengaruh British.
c. Kepulauan Riau &Lingga-pengaruh Belanda.
d. Pengaruh British di Sem. Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa Barat lain.
(8) SHTI di Melaka
i. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British.ii. British serahkan Bangkahulu kepada Belanda
iii. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka.
iv. Perjanjian mengakibatkan kerajaan Johor berpecah.
v. Melaka, Pahang, Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh British
vi. Kepulauan Riau serta Lingga di bawah Pengaruh Belanda.
(9) Negeri-negeri Selat (NNS)
i. SHTI di Pulau Pinang, Melaka dan Singapuraii. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
iii. Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen.
iv. Tahun 1826, disatukan di bwh Negeri-negeri Selat.
v. Bertujuan seragamkan pentadbiran dan jimatkan perbelanjaan.
vi. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang.
vii. Tahun 1832, Singapura gantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana kedudukan strategik.
viii. Pentadbiran NNS diketuai Gabenor NNS
ix. Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler – menjalankan pentadbiran di negeri masing-masing.
x. Gabenor Jeneral British di India menggubal dasar dan undang NNS.
xi. Rasa tidak puas hati penduduk dan saudagar tempatan – merasakan NNS seolah tanah jajahan India.
xii. Saudagar British di NNS merayu British memindahkan pentadbiran ke London.
xiii. Pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebg tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.
xiv. Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri.
xv. Faktor pemindahan pentadbiran NNS dari India ke London pada tahun 1867 :
a. SHTI di India tidak ambil berat kebajikan NNS.
b. NNS bantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas Singapura.
c. Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal – ada kongsi gelap dan kekacauan.d. Penduduk bantah tindakan NNS sebagai tempat buangan banduan.
e. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol digantikan dengan mata wang rupee India (nilainya rendah)
BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH
(1) Sebab British di Negeri-negeri Melayu
a) Dasar Campur Tangan British
1. Sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu.2. Akan tetapi, mereka ambil Negeri-negeri Selat
3. Tahun 1873, Parti Konservatif ambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britain daripada Parti Liberal.
4. Kerajaan baru amalkan dasar campur tangan
b) Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu
1. Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi2. British berpendapat perlu segera menguasai negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
3. Pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut & Klang.
c) Revolusi Perindustrian mendesak campur tangan
1. Revolusi wujudkan kilang-kilang perusahaan.2. Perlukan bijih timah utk perusahaan mengetin
3. Negeri Melayu mesti dikuasai untuk dapat bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran mereka.
d) Terusan Suez dan kapal wap
1. Pembukaan Terusan Suez pendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.2. Kapal wap cepatkan perjalanan dan bawa muatan yang lebih banyak.
e) Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain
1. British bimbang dengan kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.2. Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina.
f) Desakan pedagang
1. Pertelingkahan pembesar Melayu dan pergaduhan kongsi gelap Cina akibatkan huru-hara2. Keadaan ini merugikan pedagang Negeri-Negeri Selat khasnya berkaitan perdagangan bijih timah.
3. Mendesak British melindungi pelaburan mereka.
4. Pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley mendesak British untuk campur tangan.
(2) Keadaan politik di Perak
a) Pertelingkahan kongsi gelap Cina
1. Daerah Larut kaya dengan bijih timah2. Long Jaafar bawa masuk ramai orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.
3. Kemasukan buruh Cina mencetuskan pergaduhan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San.
4. Pergaduhan membawa kepada Perang Larut.
5. Bagi menamatkan perang, Ngah Ibrahim (Menteri Larut) melantik Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk manamatkan kekacauan
6. Kekacauan dihentikan selepas Perjanjian Pangkor
7. Dalam Perjanjian Pangkor 1874, pemimpin kongsi gelap Cina hadir untuk menyelesaikan masalah di Larut. Antaranya Kapitan Chung Ah Kwee iaitu ketua kumpulan Hai San.
9. Masyarakat Cina bersetuju hentikan pergaduhan dan menerima British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.
b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.
1. Sistem pewarisan takhta di Perak.2. Selepas kemangkatan Sultan Ali tahun 1871, Raja Ismail Raja Bendahara jadi sultan.SultanRaja MudaRaja BendaharaRaja Dihilir
3. Perlantikan ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf.
4. Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabalkan menjadi sultan.
5. Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana beliau tidak hadir ketika upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput untuk menghadirinya.
6. Raja Yusuf diketepikan kerana beliau tidak disukai oleh pembesar Perak.
7. Tentangan kuat terhadap Sultan Ismail datangnya daripada Raja Abdullah yang disokong Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor.
8. Kuasa Raja Ismail sebagai sultan hanya terbatas di Hulu Perak.
9. Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak.
10. Raja Abdullah minta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan.
11. Andrew Clarke (Gabenor Negeri-Negeri Selat) melihat permintaan Raja Abdullah sebagai peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan bijih timah.
12. Andrew Clarke memanggil pembesar Melayu dan pemimpin kongsi Gelap Cina untuk berunding di Pulau Pangkor.
13. Pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor.
14. Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
15. Hasil rundingan, termeterailah Perjanjian Pangkor 1874 di kapal British, H.M.S. Pluto.
c) Syarat Perjanjian Pangkor
1. Raja Abdullah diiktiraf Sultan Perak.2. Raja Ismail diakui Raja Muda.
3. Residen British menasihati semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai
5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan Pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak.
6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.
7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.
(3) Campurtangan British di Selangor
1. Tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabalkan jadi Sultan Selangor.2. Berlaku Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British di Selangor.
3. Daerah Klang pada mulanya di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.
4. Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
5. Penyerahan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman.
6. Raja Abdullah memajukan lombong bijih timah di Klang dengan membawa masuk buruh Cina.
7. Lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.
8. Klang berkembang maju
9. Peperangan menyebabkan perdagangan terjejas.
10. Sultan Abdul Samad lantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.
11. Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri Selangor.
12. Tengku Kudin minta bantuan British untuk menamatkan kekacauan
13. British desak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
14. Sultan Abdul Samad tidak setuju.
15. British cari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor.
16. Tahun 1873, sebuah kapal dagang British dirompak berdekatan dengan Langat.
17. Tahun 1874, rumah api British di Tanjung Rachado diserang.
18. Peristiwa tersebut mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungan British.
19. J.G. Davidson sebagai Residen yang pertama.
20. Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
(4) Campurtangan British di Sungai Ujong
1. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dilantik menjadi pemerintah di daerah Sg. Ujong.2. Dato’ Bandar Kulop Tunggal juga berpengaruh di daerah Sg. Ujong.
3. Perebutan untuk menguasai Sg. Linggi mencetuskan pertelingkahan antara Dato’ Kelana dengan Dato’ Bandar.
4. Dato’ Bandar dapat sokongan daripada penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina
5. Dato’ Kelana minta bantuan British
6. Dato’ Kelana tandatangani perjanjian menerima perlindungan British
7. Syarat perjanjian :
8. Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjiana. Dato’ Kelana diiktiraf oleh British sebagai pemerintah di Sungai Ujongb. British mempunyai kuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai Linggi.c. British menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British
9. British memberi bantuan tentera keapda Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar.
10. Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura.
11. British menguasai daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti
12. British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
13. Tahun 1895, semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan.
14. Tunku Muhammad ibni Yamtuan Antah ditabalkan sebagai Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
15. Martin Lister sebagai Residen British di Negeri Sembilan.
(5) Campurtangan British di Pahang
1. Frank Swettenham dan Frederick Weld pujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal.2. British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk pujuk Sultan Ahmad agar menerima pengaruh British.
3. Usaha berjaya.
4. Hugh Clifford dilantik menjadi Wakil British.
5. Wakil British mempunyai kuasa seperti seorang pegawai Konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.
6. British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa yang terhad.
7. Tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
8. British guna peristiwa ini untuk desak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu mewujudkan ketenteraman
9. J.P. Rodger jadi Residen British yang pertama.
(6) Perlaksanaan Sistem Residen
1. Sistem Residen merupakan campur tangan British dalam pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.2. Seorang Residen dilantik bagi setiap negeri tersebut.
3. Negeri-negeri tersebut sebg negeri naungan British.
4. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat istiadat
5. Menggugat kuasa sultan dan pembesar tempatan.
(7) Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar
1. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.2. Residen menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran kecuali hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
3. Nasihat residen mesti dipatuhi.
4. Residen menghapuskan hamba
5. Bagi sultan dan pembesar, amalan hamba – adat Melayu tradisional turun-temurun.
6. Residen ambil alih kuasa hak pungutan cukai.
7. Pungutan cukai diambil alih oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
(8) Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
a) Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen
1. Setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas2. Residen menjadi terlalu berkuasa.
3. Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.
4. Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang tersendiri.
b) Faktor Penubuhan NNMB
1. Kelemahan pentadbiran Sistem Residen.2. Masalah krisis kewangan Pahang.
3. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang menanggung banyak hutang.
4. Jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah diringankan.
5. Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar – menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doktor.
6. Sistem perhubungan jalan raya dan landasan kereta api antara negeri Melayu dapat dimajukan
7. Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.
c) Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895
1. Ditandatangani pada tahun 18852. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.
3. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi NNMB
4. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur
5. Diketuai oleh Residen Jeneral
6. Jawatan Residen masih kekal di negeri masing-masing.
7. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama NNMB
8. Syarat perjanjian Persekutuan:
a. Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan.
b. Menerima pegawai British sebagai Residen Jeneral.
c. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
d. Raja-raja setuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
e. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
(9) Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan
1 Kuasa pentadbiran oleh Residen Jeneral.2. Residen Jeneral amat berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai oleh Pegawai British, seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.
4. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan dihadkan
5. Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
6. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.
(10) Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)
1. Raja-raja Melayu tidak puas hati terhadap kuasa Residen Jeneral dan kerajaan pusat.2. British menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu tahun 1897.
3. Perbincangan tertumpu pad hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu.
4. Durbar asas kepada Kewujudan Majlis Persidangan Raja-Raja Melayu
5. Ahli-ahli Durbar – Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan 4 orang Residen.
6. Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak
7. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur
8. Isu persidangan Durbar;
a. Sultan Perak (Sultan Idris) kritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneralb. Desak kuasa raja Melayu dikembalikan.c. Desak bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.d. Minta British iktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
(11) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
1. British gantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.2. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan jawatan Ketua Setiausaha.
3. Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.
Kesimpulan
1. Kekayaan negara mendorong British menguasai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang2. Perebutan takhta menimbulkan keadaan tidak tenteram dan memberi peluang kepada British untuk campurtangan
3. Kekayaan ekonomi tidak dapat dibangunakan sekiranya negara dalam keadaan tidak aman.
BAB 3 : NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH
(1) Persaingan British dgn kuasa imperialisme baru
1. Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing dapatkan bahan mentah dan tanah jajahan.2. Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan kuasa.
4. British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang membina terusan di Segenting Kra.
5. Pembinaan terusan di Segenting Kra mengancam perdagangan dan pelabuhan Singapura.
6. Jerman berusaha dapatkan Pulau Langkawi drp Siam.
7. Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.
8. Rusia berhasrat buka petempatan di Ujung Salang, Thailand.
9. Kebimbangan mendorong British meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.
(2) Perjanjian Sulit 1897
1. Ditandatangani pada tahun 1897.2. Antara British dengan Siam
3. Bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.
4. Syarat Perjanjian Sulit 1897;
5. Perjanjian Sulit gagal menghalang sultan negeri-negeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa lain,a. Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis kepada kuasa lain tanpa izin British.b. British akui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut.c. British akan membantu Siam jika diserang musuh.
6. Sultan Kelantan memberikan konsesi tanah kepada Duff Development Company.
7. Duff jalankan usaha melombong emas di Kelantan.
8. Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat utk buka petempatan di Pulau Redang.
9. Ini membimbangkan British kerana kuasa lain akan bertapak di Tanah Melayu.
(3) Perjanjian Perisytiharan British-Siam
1. Ditandatangani pada tahun 19022. Syarat perjanjian :
3. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.i. British iktiraf Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Siam.ii. Warga British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan.a. W.A. Graham di Kelantan,b. Meadowe Frost di Kedahc. H.E. Duke di Perlis.
4. British mengukuhkan pengaruhnya di Negeri-Negeri Melayu Utara Tanah Melayu.
(4) Perjanjian Bangkok 1909
1. Ditandatangani pada tahun 19092. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding. Terpaksa akur keputusan perjanjian tersebut.
3. Syarat Perjanjian Bangkok;
4. Hak Wilayah Asingan membolehkan rakyat British diadili mengikut sistem perundangan British. Rakyat British tidak akan diadili mengikut perundangan Siam.i. Siam serahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.ii. Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.iii. British serahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.
5. Kesan perjanjian Bangkok :
1. Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa antara Kelantan dengan Siam2. British serahkan wilayah Tabal (daerah di Kelantan) kepada Siam.3. Siam serahkan wilayah Reman kepada Kelantan dan Perak.4. Sultan Muhammad IV Kelantan membantah penyerahan wilayah Tabal kepada Siam5. Menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk Melayu di Tabal.6. Sebilangan penduduk di Tabal berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan Siam.
(5) Penasihat British di Kedah
1. Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf perj Bangkok & enggan terima Penasihat British.2. British tetap lantik George Maxwell sebagai Penasihat British
3. George Maxwell kukuhkan kuasa dengan menyerap sistem pentadbiran Barat dalam pentadbiran
4. Menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud.
5. Usaha Tunku Mahmud untuk kekalkan identiti Kedah;
6. Usaha-usaha George Maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah :i. Bahasa Melayu dlm surat rasmi dan perundangan.ii. Surat rasmi tidak perlu ditapis.iii. Menggunakan kalendar Hijrah.iv. Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentadbiran.v. Berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah.vi. Menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.
i. Bahasa Inggeris dalam surat rasmi & perundangan.ii. Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.iii. Cuti umum jatuh pada hari Ahad.iv. Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah.
(6) Penasihat British di Perlis
1. Raja Syed Alwi bantah tindakan Siam menyerahkan negeri Perlis kepada British.2. Baginda enggan menerima Penasihat British.
3. British tidak menghiraukannya.
4. Kapten Meadow Frost dilantik penasihat British.
5. Kapten Meadow Frost kukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang.
6. Beliau memperkenalkan jabatan baru spt Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi.
7. Beliau menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran negeri Perlis.
(7) Penasihat British di Kelantan
1. Sultan Muhammad IV hantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura berkaitan penyerahan negeri Kelantan kepada British.2. Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dgn British bagi menempatkan penasihat British di Kelantan iaitu J.S. Mason.
3. Kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai British.
4. British menguasai Mahkamah Tinggi, jabatan polis dan Pejabat tanah.
(8) Penasihat British di Terengganu
1. Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.2. Baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan.
3. British tetap lantik W.L. Conlay sebagai wakil British
4. Kuasa wakil British terhad dalam menguruskan hal ehwal luar negeri Terengganu.
5. Sultan Zainal Abidin III menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu.
6. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu;
7. Sultan Zainal Abidin III mangkat dan digantikan oleh Sultan Muhammad II.i. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing.ii. Mustahak ke atas raja bermesyuarat.iii. Hak raja dan menteri besar dalam memilih Jemaah Menteri.
8. British mendesak Sultan Muhammad II menandatangani perjanjian di Singapura
9. British lantik J.L. Humphreys sebg Penasihat British.
10. Jabatan Kastam, Perubatan, Kerja Raya, Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British.
(9) Johor – negeri terakhir menerima Penasihat British
1. Hubungan persahabatan Johor dengan British mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914.2 Kebijaksanaan pemerintah dan pengenalan sistem birokrasi moden membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi Johor.
(10) Pemerintahan di Johor – Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
1. Daeng Ibrahim jadi Temenggung Johor menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman.2. Beliau berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali.
3. Tahun 1855, Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Ibrahim dengan Sultan Ali.
4. Kuasa kepada Temenggung Ibrahim untuk menjadi pemerintah Johor kecuali wilayah Kesang.
5. Syarat perjanjian :
6. Sumbangan Temenggung Ibrahim :i. Sultan Ali diiktiraf sebagai sultan Johor.ii. Gelaran Sultan tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda.iii. Kawasan pemerintahan adalah di wilayah Kesang.
7. Sistem Kangcu :i. menjalankan pentadbiran dengan cekapii. mengasaskan pusat pentadbiran baru Johor di Tanjung Puteri.iii. Mmemajukan ekonomi Johor dengan menggalakkan kemasukan orang Cina Singapura untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu.iv. memperkenalkan sistem Kangcu
i. Kangcu bermaksud Tuan Sungai.ii. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai.iii. Kawasan perladangan dikenali sebagai Kangkar atau Kaki Sungai.iv. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.v. Tanaman diusahakan -lada hitam dan gambir.
(11) Pemerintahan di Johor – Sultan Abu Bakar “Bapa Permodenan Johor”
1. Pada tahun 1862, Sultan Abu Bakar menaiki takhta dengan gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.2. Baginda ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik membangunkan Johor.
3. Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar –tahun 1868
4. Sumbangan Sultan Abu Bakar :
5. Tahun 1885, Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British.i. memodenkan pentadbiran Johor,ii. mengadakan mahkamah, pos, dan Jabatan Kerja Raya.iii. membina sekolah, hospital dan jalan rayaiv. menjamin keamanan negeri Johor dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera.v. meneruskan Sistem Kangcu
6. Syarat perjanjiannya;
7. Tahun 1885, Sultan Abu Bakar menggunakan gelaran sultan.i. Johor negeri yang bebas berdaulat.ii. Maharaja Abu Bakar sebagai sultan Johor.iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.iv. Baginda berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggiv. Menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul dan bukannya Penasihat British.
8. Tahun 1895, mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. (perlembagaan bertulis yang pertama)
9. Kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor :
10. Sultan Abu Bakar digelar Bapa Pemodenan Johor.i. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing.ii. Majlis Mesyuarat Menteri Negeri ditubuhkan.iii. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayuiv. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri menasihati sultan dalam pentadbiran negeri.v. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri dari rakyat Johorvi. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berperanan menggubal undang-undang.
11. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar menyebabkan British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor.
(12) Pembesar Johor – Dato’ Jaafar bin Muhammad;
1. Setiausaha Kerajaan Johor pertama.2. Menteri Besar Johor yang pertama.
3. Digelar sebagai Datuk Bentara.
4. Mewajibkan semua pegawai British berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
5. Aarahkan bendera Union Jack (bendera British) dikibarkan lebih rendah drp bendera negeri Johor.
6. Penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi ke pejabat kerajaan Johor diwajibkan.
(13) Pembesar Johor -Dato’ Abdul Rahman bin Andak
1. Setiausaha Sulit Sultan Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor.2. Dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Amar Diraja.
3. Jaga hal ehwal hubungan luar negeri.
4. Kawal hubungan Johor dengan British.
5. Perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan bahasa Johor
(14) Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
1. Memegang jawatan Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah.2. Sebagai Pesuruhjaya Polis, menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor.
3. Melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan.
4. Dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Luar
(15 ) Pembesar -Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
1. Ketua Jabatan Pendidikan Johor pertama2. Mendirikan banyak sekolah.
3. Mendesak pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor.
4. Dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Dalam.
5. Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor.
6. Dilantik Timbalan Menteri yang pertama.
(16) Johor di ambang penjajahan British
1. British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat yang lain.2. Strategi British menguasai Johor bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1885 dimana hal ehwal luar Johor diletakkan di bawah kawalan British.
3. British mengukuhkan pengaruh dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor pada tahun 1886.
4. Peihal Lembaga Penasihat Johor
5. Lembaga Penasihat telah menasihati Sultan Johor agar meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.i. Sultan berhubung secara langsung dengan pejabat tanah jajahan di London.ii. Dianggotai oleh orang Britishiii.Menguruskan hubungan luar Johoriv. Menasihati sultan tentang hal-hal pentadbiran.
6. Ini merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor.
7. Dato’ Abdul Rahman Andak menggagalkan rancangan British dengan menasihati sultan agar tidak menerima tawaran pinjaman British.
8. Kepintaran Abdul Rahman Andak menyedarkan British bukan mudah untuk campur tangan di Johor.
9. John Anderson, Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.
10. Sultan Ibrahim terpaksa meminda undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
11. Tahun 1914, British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor.
(17) Rumusan
1. Residen ditempatkan di NNMB2. Penasihat ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
3. Penasihat British mempunyai bidang kuasa yang terhad berbanding dengan Residen di NNMB.
4. Peranan Penasihat British :
BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAKMENDORONG PENJAJAHANKELUARGA BROOKEi. kukuhkan kuasa dan memperkenalkan pentadbiran Baratii. Pengaruhi sultan agar singkirkan pembesar negeri yang menghalang cita-cita merekiii. Pengaruhi sultan memperkenalkan jabatan baruiv. Pengaruhi sultan melantik pegawai British mengetuai jabatan penting.
(1) Negeri Sarawak di bawah Kesultanan Brunei
1. Sebelum kurun ke 19, Sarawak di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.2. Pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei.
3. Tadbir Sarawak tanpa campur tangan Brunei.
4. Sultan Brunei bahagikan Sarawak kpd daerah.
5. Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan orang Dayak.
6. Ketua tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung atau Orang Kaya.
7. Ketua tempatan laksanakan arahan & pungut cukai.
(2) Penentangan terhadap Kesultanan Brunei
1. Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei di Sarawak.2. Pangeran Indera Mahkota ambil alih pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas drp pembesar Melayu
3. Beliau kenakan cukai tinggi
4. Tindakan Pangeran Indera Mahkota timbulkan perasaan tidak puas hati pembesar Melayu dan orang Bidayuh.
5. Orang Bidayuh di lombong antimoni tidak diberi upah.
6. Orang Bidayuh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota.
7. Kebangkitan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei.
8. Datu Patinggi Ali memimpin orang Melayu menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
9. Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan.
10. Sultan Brunei hantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota
11. Pangeran Raja Muda Hashim minta bantuan James Brooke
12. Beliau berjanji melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak jika kebangkitan berjaya ditamatkan
13. James Brooke menerima tawaran tersebut.
14. Hasil bantuan James Brooke, Raja Muda Hashim menamatkan kebangkitan
15. Raja Muda Hashim sedar jawatan Gabenor kepada James Brooke tidak akan dpt persetujuan Sul Brunei.
16 Raja Muda Hashim melengah-lengahkan perlantikan
17. James Brooke marah, lalu membedil Bandar Kuching.
18. Situasi memaksa Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak pertama
19. PerjanjianPangeran Raja Muda Hashim-James Brooke
20. Syarat perjanjian 1841 :
21. Tahun 1842, James Brooke menghadap sultan Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) bagi mengesahkan kedudukannya di Sarawak.i. James Brooke memerintah Sarawakii. James Brooke kuasai segala hasiliii. James Brooke menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu.
22. Beliau bersama angkatan tentera laut British dari Singapura yang diketuai oleh Edwad Belcher.
23. Kehadiran tentera British bimbangkan sultan Brunei.
24. Sultan Brunei terpaksa iktiraf perjanjian 1841
25. Perjanjian antara Sultan Omar dengan James Brooke ditandatangani pada tahun 1842.
26. Syarat perjanjian 1842 :
27. Tahun 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin cuba menentang James Brooke.i. Sultan Brunei serahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahanii. Sultan Brunei serahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya.iii. James Brooke bayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda.iv. Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.v. Sultan Brunei iktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.
28. James Brooke dgn bantuan British serang Sultan
29. Sultan Omar Ali Saifuddin dipaksa menandatangani satu lagi perjanjian.
30. Syarat perjanjian 1846 :
i. James Brooke – Raja Sarawak yang merdeka.
ii. James Brooke-kedaulatan penuh ke atas Sarawak.
(3) Peluasan kuasa oleh keluarga Brooke
(a) Peluasan kuasa tahun 1853
i. Penentangan terhadap Brunei di Saribasdan Batang Lupar.iii. Sultan Abdul Mu’mein serahkan tanah antara Sg Samarahan dengan Sg Rajang dengan bayaran 1500 dolar setahun.
(b) Peluasan kuasa tahun 1861
i. Masalah kekacauan di Sungai Rajang.ii.. Sultan Mu’mein serahkan Sungai Rajang
iii. Sultan terima 4500 dolar setahun.
(c) Peluasan kuasa tahun 1883
i. Pembunuhan peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan Sungai Trusan.ii. Kawasan itu diserahkan oleh Sultan Brunei dengan sebanyak 4500 dolar.
(d) Peluasan kuasa tahun 1905
i. Charles Brooke beli Lawas dr Sultan Hashim Jalal.ii. Keluarga Brooke meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan Brunei.
(4) Sistem Pentadbiran keluarga Brooke
1. Memperkenalkan sistem beraja2. Melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran.
3. Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik membantu James Brooke mentadbir Sarawak.
4. Mereka bertanggungjawab menasihati beliau dalam hal undang-undang dan adat tempatan.
5. Membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
6. Sarawak dibahagikan lima bahagian, iaitu Bahagian Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
7. Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
8. Jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Jabatan Pos.
9. Membina Balai Polis
10. Pasukan Sarawak Rangers berpakaian seragam ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Sarawak.
11. Bendera pertama Sarawak diperkenallan oleh James Brooke pada tahun 1848.
12. Astana keluarga Brooke dibina
13. Mahkamah keadilan ditubuhkan.
14. Kes sivil dikalangan orang Melayu, orang Dayak, dan orang Cina – diadili oleh ketua-ketua mereka.
15. Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.
(5) Pemimpin tempatan dlm pentadbiran Brooke
1. Majlis Tertinggi :
i. Terdiri dr Residen Bahagian Pertama dan empat orang Datu Melayu.
2. Majlis Negeri :a. nasihati James Brookeb. buat semua dasarc. lulus undang & peraturan yang berkaitan pentadbiran negeri Sarawak.
i. Terdiri daripada ketua kaum bumiputera.
3. Majlis Bahagian;a. pemimpin bumiputera bersidang tiga tahun sekali bagi menyuarakan pandangan serta mengambil bahagian dalam pentadbiran.
i. Terdiri Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua kampung.
- Nasihati Residen,- Ketuai ketenteraan- Jaga keamanan- Kutip cukai.
(6) Pengaruh British di Sarawak melalui perjanjian.
1. British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.2. Sarawak jadi negeri naungan British.
3. Syarat perjanjian 1888 ialah;
i. British melindungi Sarawak dari serangan musuh.ii. Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas.iii. Hal ehwal luar negeri di bawah kawalan British.
(7) Perlembagaan Sarawak 1941
1. Charles Vyner Brooke kemukakan cadangan Perlembagaan Sarawak.2. Charles Vyner Brooke isytiharkan perlembagan
3. Perisytiharan sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.
4. Perlembagaan 1941-perlembagaan bertulis pertama di Sarawak menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.
5. Perlembagaan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus.
6. Isi kandungan Perlembagaan Sarawak 1941 :
i. Charles Vyner Brooke serahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeriii. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.iii. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.iv. Raja mempunyai kuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.v. Raja Brooke melantik kebanyakkan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
(8) Perubahan Ekonomi dibwh pentadbiran Brooke
1. Tidak galak kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. – bertujuan menjaga kepentingan ekonomi2. Menggiatkan meneroka hasil hutan, tanaman baru, tanaman tradisional dan kegiatan perlombongan.
3. Mengeluarkan mata wangnya sendiri.
4. Orang Cina dalam perdagangan dan perlombongan.
5. Pembangunan tidak seimbang kerana tertumpu di Bhgn 1 dan 2.
6. Meneroka kekayaan hasil hutan seperti sarang burung, rotan, getah jelutung, kapur barus,dammar,kayu balak.
Sarang burung;
i. Dikutip di gua batu kapur, di Gua Niah.
Hasil-hasil hutan lain :
i. Hasil rotan dieksport ke Eropah.
ii. Getah didapati daripada pokok jelutung dan dieksport ke Amerika Syarikat.
7. Pembalakan oleh Syarikat Borneo dan orang Cina di Sungai Rajang.8. Tanaman tradisional -kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia ditanam secara meluas dan dieksport.
9. Tanaman baru utk eksport seperti getah dan tembakau.
(a) Getah – Diusahakan oleh pekebun kecil. Eksport kedua Sarawak selepas minyak.
(b) Gambir – tanaman untuk eksport.
(c) Kelapa – Ditanam oleh orang Melayu, di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.
(d) Lada hitam – Ditanam oleh penduduk Cina, di Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga.
(e) Tembakau – Ditanam di Lundu. Dieksport ke London.
(f) Sagu :
i. Ditanam di Sg Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
ii. Kilang memproses sagu di Kuching diusahakan oleh pedagang Cina.
iii. Sagu diambil daripada batang rumbia.
iv. Batang rumbia ditebang, diikat dan ditinggalkan di dalam sungai untuk melembutkannya.
v. Dibelah untuk mendapatkan isinya yang dipanggil ripo, dan seterusnya dimasak di atas api.
10. Kegiatan perlombongan :
i. antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak
ii. Syarikat Borneo Bhd. Ibu pejabatnya terletak di Singapura. menjalankan kegiatan perlombongan
11. Emas :
i. Mulanya emas dilombong di bau oleh org Cina.
ii. Tahun 1857, pelombong Cina memberontak kerana tidak berpuas hati dgn cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke.
iii. Pemberontakan dipatahkan oleh Brooke dan pelombong Cina melarikan diri ke Sambas
iv. Kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo.
v. Emas adalah bahan eksport penting
12. Arang batu – Diusahakan mulai tahun 1889.13. Antimoni :
i. Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo.
ii. Syarikat Borneo menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching.
iii. Kurun ke-20, antimoni tidak lagi menjadi eksport penting kerana galian ini semakin berkurangan.
14. Petroleum :
i. Usaha cari gali minyak berkembang apabila antimoni, emas, arang batu & raksa berkurangan.
ii. The Anglo-Saxon Oil Company mendapat konsesi melombong petroleum di Sarawak.
iii. Telaga petroleum pertama di Miri
iv. Kilang penapis minyak di Lutong
(9) Perubahan Sosial di pentadbiran Keluarga Brooke
a) Dasar pecah perintah
1. Dasar pecah perintah untuk mengukuhkan kuasa2. Setiap kaum dipisahkan kegiatan ekonominya.
3. Orang Melayu dalam bidang pentadbiran
4. Orang Iban dalam bidang ketenteraan
5. Org Cina- pertanian, perlombongan dan perdagangan.
6. Orang India dalam perniagaan kain di Kuching
7. Orang Sikh bekerja sebagai polis.
8. Orang Cina tinggal di bandar Miri, Bintulu dan Sibu.
9. Kaum bumiputera tinggal di kawasan pedalaman.
10. Dasar Brooke menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.
b) Perkembangan bandar
1. Bandar Kuching, Miri dan Sibu – pusat pentadbiran dan perdagangan.2. Bandar Kuching – ibu negeri dan pusat pentadbiran
3. Bandar Miri – maju kerana perlombongan petroleum
c) Kemudahan asas
1 Terhad di bandar-bandar.2. Di bandar kemudahan asas seperti jalan raya, air
3. Bandar – pusat pentadbiran & kegiatan ekonomi.
4. Kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas di kawasan pedalaman.
d) Sistem pengangkutan
1. Bergantung kepada pengangkutan air.2. Jalan raya di bandar besar seperti Kuching dan Miri.
3. Landasan kereta api -hubungkan Kuching dgn Bau.
4. Perkhidmatan kereta api diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi.
5. Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapura and Sarawak Steamship Company.
6. Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura diwujudkan.
7. Kapal terbang air – kapal terbang pertama yang mendarat di Sungai Sarawak
8. Motosikal diperkenalkan di Kuching
9. Pengangkutan bas di Kuching
e) Sistem Perhubungan
1. Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon2. Perkhidmatan telegraf ant Kuching dgn Singapura.
3. Pejabat Pos dibina
4. Penggunaan setem
5. Setem pertama dikeluarkan pada tahun 1869 – terdapat gambar keluarga Brooke.
f) Perkhidmatan Kesihatan
1. Pembinaan hospital dan klinik oleh mubaligh Kristian2. Hospital di bandar besar seperti Kuching dan Sibu
3. Kemudahan kesihatan kurang di pedalaman.
4. Jabatan Hospital di Sarawak diwujudkan.Dikenali sebagai Pavillion.
g) Perkembangan pendidikan
1. Pendidikan moden kurang diberi perhatian.2. Keluarga Brooke sendiri tidak yakin bahawa sistem pendidikan barat sesuai dengan penduduk tempatan.
3. Charles bina sekolah utk orang Melayu dan Cina
4. Tidak galakkan sekolah untuk orang Dayak kerana mahu mengekalkan cara hidup tradisional mereka.
5. Sekolah Rendah Melayu :
i. Sekolah rendah pengantar bahasa Melayu dibina
ii. Melatih orang Melayu untuk menjadi guru Sekolah Melayu serta kakitangan rendah kerajaan.
iii. Guna buku dari Tanah Melayu.
iv. Guru-guru di sekolah kerajaan dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim.
v. Maktab Perguruan Kent melatih guru untuk sekolah Melayu.
vi. Sekolah Melayu yg dibina oleh kerajaan ialah sekolah Merpati Jepang &Sekolah Encik Buyong.
vii. Sekolah ini kemudiannya digabungkan menjadi madrasah Melayu.
6. Sekolah Inggeris;
i. Galakkan mubaligh Kristian dirikan sekolah Inggeris.
ii. Sekolah St. Thomas, Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa di Kuching.
iii. Sekolah Anglikan dibina
iv. Sekolah Katolik dibina
7. Sekolah Cina
i. Dibiayai dan diurus oleh orang Cina.
ii. Guru-guru, sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari negara Cina.
8. Sekolah Melanau – didirikan.9. Sekolah Dayak; – Bilangan Sekolah Dayak tiada pertambahan iaitu hanya sebuah sahaja
10. Jabatan Pelajaran
i. Jabatan Pelajaran di Kuching – bertujuan mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.
iii. Semua sekolah ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini
Kesimpulan
1. Kelemahan kepimpinan pembesar Brunei menyebabkan campur tangan James Brooke di Sarawak2. Penggunaan kuasa tentera membolehkan keluarga Brooke meluaskan kuasa
3. Keluarga Brooke mengeksplotasi hasil bumi Sarawak.
BAB 5 : KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB)
(1) Penyerahan wilayah Sabah kepada SBUB
a) Negeri Sabah dibwh Kesultanan Brunei dan Sulu
1. Asalnya di bawah pengaruh kesultanan Brunei.2. Kemudiannya, Sultan Brunei menyerahkan pantai timur dan utara Sabah kepada sultan Sulu kerana membantunya mematahkan pemberontakan di Sabah.
3. Sabah dikenali sebagai Borneo Utara. Nama Sabah digunakan apabila Borneo Utara menyertai Malaysia. Sabah dikenali “Negeri di Bawah Bayu”.
b) Pengaruh pedagang barat sebelum SBUB
1. Sabah tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kekayaan hasil buminya.2. Menarik perhatian pelabur Barat
3. Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat, iaitu C.L. Moses dengan tempoh penyewaan selama 10 tahun.
4. Moses kemudiannya menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company yang diketuai oleh J.W. Torrey dan rakannya T.B. Harris. J.W. Torrey pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.
5. J.W. Torrey gagal memajukan tanaman kopi dan tebu di Kimanis.
6. Kegagalan menyebabkan Torrey menjual haknya kepada Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong)
7. Baron Von Overbeck hadapi masalah modal. Beliau meminjam wang daripada Syarikat Alfred Dent dan Edward Dent (pedagang British di Hong Kong)
8. Overbeck dan Dent ingin menubuhkan sebuah syarikat di Borneo Utara.
9. Gabenor Labuan (W.H. Treacher) bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei yang telah tamat, dengan syarat syarikat yang ingin ditubuhkan oleh Overbeck diletakkan di bawah kekuasaan British.
10. Sultan Brunei, Sultan Mu?mein memperbaharui pajakan dengan Overbeck & Dent melalui perjanjian
11. Baginda serah tanah ant Teluk Kimanis & Sg Sibuku.
12. Oleh sebab, sebahagian wilayah Sabah di bawah Kesultanan Sulu, Overbeck dan Dent menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Sultan Sulu)
13. Sultan Sulu serahkan kaw Sg Padasan -ke Sg Sibuku.
c) Penubuhan SBUB
1. Tahun 1880, Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent.2. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
3. Saham syarikat pula dijual kepada syarikat British bagi menambahkan modal perniagaan.
4. Bagi memperkukuh kedudukan, persatuan berusaha dapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.
5. Tahun 1881, kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
6. Tahun 1882, syarikat dinamakan SBUB
7. Melalui piagam, SBUB – kuasa mentadbir Sabah.
8. Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik sebagai Pengarah Urusan.
9. British memperluaskan pengaruhnya dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.
10. Tahun 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British.
11. British bertanggungjawab hal ehwal luar Sabah.
d) Syarat Pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
1. SBUB tidak boleh serahkan Sabah kepada sesiapa pun tanpa persetujuan kerajaan British.2. SBUB menerima nasihat daripada kerajaan British.
3. SBUB melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan British.
4. SBUB hendaklah memerintah Sabah dengan adil
5. SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan.
(2) Sistem Pentadbiran SBUB
a) Sistem pentadbiran Gabenor
1. Diketuai oleh Gabenor.2. Gabenor pertama SBUB ialah W.H. Treacher.
3. Beliau dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British.
4. Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat.
5. Majlis Penasihat terdiri drp Setiausaha Kerajaan, Bendahari,dan Ketua Pasukan Keselamatan.
6. Sandakan pusat pentadbiran SBUB.
7. Menubuhkan jabatan kerajaan spt Jabatan Pos, Jab Buruh, Jab Polis, Jab Kewangan, Jab. Tanah & Ukur.
8. Lembaga Pengarah SBUB menubuhkan kontinjen Polis Dayak dan membina berek polis di Sandakan untuk mengawal keamanan.
b) Organisasi Pentadbiran SBUB
1. Lembaga Pengarah- Bertanggungjawab kepada semua pemegang saham SBUB.
- Dibantu Majlis Penasihat dan Setiausaha Kerajaan.
- Mendapat nasihat pentadbiran dr Majlis Penasihat.
- Gabenor dan Majlis Penasihat bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah di London.
- Terletak di bawah Setiausaha kerajaan.
- Contohnya Ketua Jabatan Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Tanah dan Ukur.
- Terletak di bawah Setiausaha Kerajaan.
- Menjadi ketua pentadbir di peringkat residensi
- Menjadi ketua pentadbir di peringkat daerah.
- Berperanan sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah, pegawai buruh, dan ketua pentadbir semua jabatan di peringkat daerah.
- Menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai, dan memajukan pertanian.
- Menguruskan hal ehwal kampung
- Menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung.
c) Sistem Residensi
1. Dibahagikan beberapa residensi – mudahkan urusan pentadbiran.2. Setiap residensi dibahagikan kepada daerah.
3. Mulanya, dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur.
4. Tahun 1935, empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Sandakan, Pedalaman dan Tawau.
5. Akhirnya, sepuluh residensi
6. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah berbangsa Eropah.
7. Jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan & disandang oleh penduduk tempatan.
d) Penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran
1. Ketua Anak Negeri bergelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah. Cthnya, O.K.K. Haji Mohammad Arshad Ketua Anak Negeri menganggotai pentadbiran SBUB.2. Diberi surat kuasa. uruskan hal masyarakat tempatan.
3. Di kampung, – ketua kampung digelar Orang Tua.
4. Penglibatan peribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
5. SBUB tidak mampu menggaji ramai pegawai Eropah kerana masalah kewangan.
e) Sistem Kehakiman
1. Undang-undang Barat dan undang-undang Tempatan2. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri
3. Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri
4. Mahkamah Majistret :
- Mengendalikan kes berat seperti kes pembunuhan, penculikan dan rompakan.
- Dihakimi oleh Pegawai Daerah.
- Mengendalikan kes peribumi yang berkaitan dengan undang-undang Islam dan hukum adat.
- Hakim dilantik daripada kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat.
(3) Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran SBUB
a) Pembaharuan ekonomi
1. Mengeksploitasi kekayaan hasil tradisional Sabah, menguasai pertanian, pembalakan & perlombongan2. SBUB mengeluarkan mata wang pertamanya
b) Hasil tradisional
1. Menyumbang kewangan SBUB- sarang burung, sagu,rotan, pokok lanut, trepang & sirip ikan yu.2. Sarang burung – eksport tradisional
3. Rotan :
- Longgokan rotan dicari oleh penduduk dari hutan.
- Hasil rotan dieksport dlm btk perabut, tikar& tongkat.
- Dikenali abaka, manila, hemp atau musa textilies.
- Pokok lanut hidup meliar di kaw pamah dan lembah.
- Gentian pokok lanut dijemur dan diproses menjadi tali kapal untuk dieksport ke Eropah.
- hidup subur di kawasan berpaya dan di muara sungai.
- SBUB galakkan usahakannya secara komersial.
- Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah.
- hasil laut seperti trepang, sirip yu dan mutiara.
- Diusahakan oleh masyarakat Bajau.
- trepang dpt permintaan tinggi di China.
- Membebankan rakyat dengan pelbagai cukai.
- Cukai tanah, cukai kepala, lessen perahu & senjata.
- SBUB menggunakan pendekatan ini untuk mengatasi masalah kewangan mereka
c) Hasil pertanian
1. Mengusahakan tanaman baru – getah dan temabakau.2. Kegiatan ini dilakukan kerana tanah luas dan subur.
3. Tembakau :
- Mutu tembakau Sabah diiktiraf terbaik di dunia.
- Pasaran tinggi di Belanda serta Amerika Syarikat.
- Mengecualikan cukai eksport kpd ladang tembakau.
- Tanaman tembakau diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan
- Daun tembakau untuk menghasilkan cerut.
- Landasan kereta api meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Jesselton dan Tenom.
- insentif 4 peratus dividen kpd pengusaha getah
- Pengusaha diberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun
- Kilang memproses getah dibina di Sabah.
- Buruh dari China dan Jawa bekerja di ladang getah.
d) Kegiatan pembalakan;
1. Sumber kayu balak jenis yang baik seperti jenis seraya, ramin, kapur, belian dan meranti.2. Pembalakan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
3. Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk
4. Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain, dan Australia melalui pelabuhan Sandakan.
5. kilang memproses kayu balak di Sandakan.
e) Kegiatan perlombongan;
1. Perlombongan menggalakkan kemasukan pelabur.2. Menggiatkan usaha melombong seperti galian emas, arang batu dan mangan.
3. Emas – Diusahakan oleh orang Cina pada tahun 1886 di Sungai Segama.
4. Arang batu :
- Dilombong di Silimpopon dan Labuan.
- Silimpopon–kaw arang batu terbesar di A.Tenggara
- Diusahakan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal.
(4) Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran SBUB
(a) Sistem pengangkutan
1. Landasan kereta api pertama – Weston ke Beaufort.2. Disambung Beaufort ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.
3. Membina jalan raya -tertumpu di bandar besar
4. Perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu
5. Memajukan pengangkutan air dan sungai.
6. Syarikat perkapalan Straits Steamship
b) Sistem Perhubungan
1. telegraf, telefon dan pos2. Bangunan pejabat pos .
3. Mengeluarkan setem
c) Perkembangan Pendidikan
1. Kurang diberi perhatian oleh pentadbiran SBUB.2. Sediakan pendidikan rendah kerana kekurangan wang dan anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan.
3. Murid mendaftar di sekolah Melayu, sekolah Mubaligh dan sekolah Cina.
4. Sekolah Mubaligh (Inggeris);
- Mubaligh Kristian bina sekolah- sebarkan Kristian.
- Sekolah pertama oleh mubaligh Roman Katolik di Sandakan – dinamakan Institut Byron.
- Sekolah St. Mary ditubuhkan di Sandakan
6. Sekolah Latihan :
- Sekolah Latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri dibina di Sabah di Jesselton.
- Tujuan- melatih pelajarnya menjadi pegawai pentadbiran peringkat rendah.
- Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu.
- kurikulum 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
- Jawatan khas untuk lulusan sekolah ialah renjer, kerani dan Ketua Anak Negeri.
8. Sekolah Cina :
- dibina sendiri oleh masyarakat Cina.
- berorientasikan negeri China. .
d) Perkhidmatan Kesihatan
1. Hospital di bandar besar2. Di luar bandar, disediakan pusat kesihatan.
3. loji air di Kota Kinabalu – membekalkan air bersih.
e) Perkembangan bandar
1. Bandar Sandakan :- Diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1879.
- nama “Elopura” bermaksud bandar yang cantik.
- pusat pentadbiran, pelabuhan dan pusat pembalakan.
- Dijadikan pusat pentadbiran – mengambil tempat bandar Kudat.
- pusat pentadbiran yang pertama.
- gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya yang tidak sesuai
- Memindahkan pusat pentadbirannya ke Sandakan pada tahun 1884.
- Nama asalnya – Jessel Town yang diambil sempena nama Charles Jessel (orang yg membuka bandar ini.
- Nama Jessel Town kekal digunakan untuk beberapa tahun sebelum disingkatkan kepada Jesselton.
- dikenali nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
- pusat perdagangan dan pelabuhan yang penting.
- Nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu
f) Pasukan Polis
1. Kontinjen polis tempatan ditubuhkan2. “Skuad Terbang” untuk menjamin keselamatan.
3. Skuad dianggotai oleh pegawai polis tempatan.
g) Kemudahan lain
1. Akhbar The North Borneo Herald – akhbar pertama2. Menara jam Jesselton dibina.
BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI
(1) Tanaman Tradisional
(a) Lada hitam dan gambir
1. Di Pulau Pinang, Selangor, N. Sembilan dan Sarawak.2. Lada hitam dan gambir di Johor
4. Gambir bahan pewarna untuk mencelup sutera.
(b) Buah pala dan cengkih
1. Ditanam di Pulau Pinang.2. Buah pala lebih diutamakan kerana harga tinggi.
3. Buah pala dieksport ke Eropah dan Cina.
4. Tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850-an kerana harganya tidak stabil.
5. Bunga cengkih dikeringkan dijadikan ubat dan diekport ke China.
c) Tebu
1. Ditanam di Seberang Perai dan Perak2. Permintaan gula meningkat di pasaran dunia.
3. Seberang Perai pengeluaran gula di Negeri Selat.
4. Perak pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu.
5. Gula eksport penting selama hampir 50 tahun.
e) Ubi kayu
1. di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.f) Nanas
1. Industri mengetin nanas di Perak,Selangor dan Johor.2. Sebelum Perang Dunia ke 2, Tanah Melayu pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia.
(2) Tanaman baru
(a) Kopi
1. Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor2. Harga kopi meningkat di pasaran dunia.
3. Tanaman kopi berasal dari Afrika
4. Eksport penting sehingga akhir kurun ke-19
(b) Kelapa sawit
1. Diperkenalkan di Kuala Selangor2. Berasal dari Afrika
3. Tahun 1920-an, minyak kelapa sawit mula dieksport.
4. Johor pengeksport utama kelapa sawit
5. Ladang kelapa sawit dibuka di Perak.
(c) Tembakau
1. Ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang.(d) Teh
1. Dusahakan di Cameron Highlands, Pahang.2. Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu adalah bermutu tinggi dan dikenali sebagai “Teh Ceylon”.
(3) Perusahaan getah
a) Pengenalan tanaman getah
1. Akhir kurun ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia.2. Getah tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi.
3. Getah berasal dari Brazil. – jenis Hevea Brasilliensis.
4. H.N. Ridley galakkan penanaman getah d
5. Biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham.
6. Biji-biji getah disemai di Kew Garden, England.
7. 3000 benih getah dihantar ke negara naungan British terutamanya Sri Lanka.
8. Batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden.
9. Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar
10. Ditanam di halaman kediaman Residen Perak.
(b) Perkembangan tanaman getah
1. Permintaan getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar2. Ladang di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor.
3. syarikat Eropah spt Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan United Plaintations.
4. Penduduk tempatan usahakan tanaman secara kebun
(c) Faktor Perkembangan Perusahaan getah
1. Kejatuhan harga kopi :2. Permintaan terhadap getah meningkat :i. Harga kopi jatuh kerana pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil.ii. Pokok kopi hadapi serangan serangga perosak.
3. Tenaga buruh India mencukupi :i. Getah diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah.ii. Getah – kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik.
4. Usaha H.N. Ridley :i. Britsh membawa masuk buruh dari Indiaii. Bekerja di ladang-ladang getah.
5. Pelaburan modal :i. memperkenalkan kaedah menoreh ikut sistem ibedem -tingkatkan pengeluaran susu getah.
6. Cukai yang rendah :i. Syarikat besar Eropah – Sime Darby dan Guthrie
i. Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah.
(d) Kemelesetan ekonomi menjejaskan perusahaan
1. Tahun 1930-an, kemelesetan ekonomi dunia.3. Harga getah dunia jatuh
4. Harga dan permintaan getah di negara kita merosot.
(e) Langkah menstabilkan harga getah
1. Rancangan Sekatan Stevenson 1922;2. Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 :i. Tingkatkan harga, kurangkan pengeluaran getahii. Disertai negara di bawah naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka.iii. Belanda di Indonesia enggan menyertainya.iv. Rancangan tidak dapat mencapai matlamatnya,v. Rancangan ditamatkan oleh kerajaan British
i. Kurangkan pengeluaran dan stabilkan harga getahii. Negara menyertai – Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, Indo China dan Thailand.iii. Setiap negara dikehendaki kurangkan pengeluaran getah mengikut kuota ditetapkan.iv. Berjaya meningkatkan semula harga getah
(f) Persaingan antara getah dan getah tiruan
1. Pengeluaran getah asli mendapat cabaran baru apabila A.S memperkenalkan getah tiruan.2. Getah tiruan dihasilkan apabila bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat Perang Dunia Kedua.
(4) Perusahaan Perlombongan
a) Galian selain bijih timah
1. Emas ;2. Arang batu;i. Dilombong secara komersial di Raub, Pahang.ii. Diusahakan oleh syarikat dari Australia.
3. Bauksit;i. Dilombong di Batu Arang, Selangorii. Untuk keperluan Kereta Api Tanah Melayu.
4. Bijih besi;i. Logam untuk membuat aluminium.ii. Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas, Melaka
5. Ilmanit;i. Dilombong di Bukit Besi, Terengganu, dan Rompin, Pahangii. Lombong bijih besi di Kedah, Perak dan Johor.
i. Galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah.ii. Ilmanit dihasilkan di Batang Padang, Perak.
b) Perkembangan awal perlombongan bijih timah
1. Hasil galian terpenting2. Sebelum campur tangan British, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu
3. cara mendulang dan melampan.
4. Orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.
5. Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.
(c) Kaedah melombong cara tradisional
1. Mendulang;2. Melampan;i. Dilakukan oleh orang perempuan.ii. Mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya
i. Pekerja memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air semula jadi atau palung yang diperbuat daripada kayu.ii. Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air.iii. Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.
d) Penglibatan orang Cina
1. Lombong dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak.2. Orang Cina memperkenalkan kaedah ;
3. Kaedah lombong dedah memerlukan ramai buruhi. sistem lombong dedahii. pam kelikiriii. palung.
4. Kaedah pam kelikir menggunakan pam untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang mengandungi bijih timah.
5. Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan bijih timah.
6. Palung dibina dengan membuat sekatan-sekatan kayu. Apabila lumpur dialirkan, bijih timah akan tersangkut pada sekatan-sekatan tersebut.
7. Orang Cina menguasai kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sehingga kurun ke-19.
e) Penglibatan syarikat-syarikat Eropah
1. Revolusi Perindustrian di Eropah – permintaan terhadap bijih timah meningkat.2. Bijih timah dalam perusahaan mengetin makanan.
3. Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar
4. Syarikat Eropah menggunakan kapal korek
5. Kapal korek buat pertama kalinya digunakan oleh Syarikat Malaya Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
6. Orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah
f) Kejatuhan harga bijih timah
1. Pada tahun 1930-an, harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia.2. Bagi memulihkan semula harga, Perjanjian Bijih timah Antarabangsa ditandatangani pada tahun 1931.
3. Negara terlibat- Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia.
4. Bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah
5. Majlis Bijih Timah Antarabangsa – untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.
6. Perjanjian ini menstabilkan semula harga bijih timah.
(5) Pengeluaran hasil hutan
a) secara tradisional berubah menjadi komersial
1. kaya dengan hasil hutan.2. Kegiatan tradisional dikenali meramu.
3. Apabila British memerintah, hasil hutan jadi ekonomi bercorak komersial.
4. Jabatan Perhutanan -uruskan pengeluaran hasil hutan
b) Damar
1. Diperoleh drp getah pelbagai jenis pokok di hutan.2. Digunakan menutup renggangan pada papan perahu.
3. Banyak dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan.
c) Getah perca
1. Diperoleh drp pokok getah perca yg tumbuh di hutan.2. Batang pokok getah perca ditetak untuk mengeluarkan susunya. Susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong.
3. Untuk membuat alatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut.
d) Getah Jelutung
1. Diperoleh drp pokok getah jelutung dengan dikumpul menggunakan tabung buluh.2. Untuk keperluan eksport.
3. Dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu.
e) Rotan
1. Dikeluarkan untuk kegunaan dalam negeri dan dieksport terutamanya ke China.2. Dijadikan bakul, tikar, tongkat, tangkai payung, perabot, barangan kraftangan.
f) Pembalakan
1. Gajah untuk menarik balak keluar dari hutan.2. Hasil pembalakan dieksport ke China dan Britain.
3. Kayu balak diusahakan -cengal, meranti dan keruing.
4. Diguna sebagai bahan binaan, membuat perabot,
5. Tahun 1928, British memperkenalkan pelesenan kilang papan. – tujuan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu.
(6) Dasar ekonomi British
a) Kegiatan ekonomi dagangan
1. Memajukan kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.3. Dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden.
b) Kegiatan ekonomi tradisional
1. Kegiatan ekonomi tradisional – padi dan ikan.2. Dijalankan oleh orang Melayu di luar bandar.
3. British mengabaikan ekonomi tradisional.
4. British mewujudkan dwiekonomi iaitu kegiatan ekonomi dagangan dan kegiatan ekonomi tradisional.
5. Perkembangan yang tidak seimbang antara dua sistem ekonomi mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.
c) Dwiekonomi
1. Ciri-ciri ekonomi tradisional;2. Ciri-ciri ekonomi dagangan;i. Bercorak sara diri.ii. Dijalankan oleh orang Melayu di luar bandar.iii. kegiatan menanam padi dan menangkap ikan.iv. peralatan tradisional seperti cangkul, tajakv. Tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai.vi. Melibatkan modal yang kecil.
i. Berorientasikan eksport.ii. Dikuasai oleh syarikat Eropah.iii. perlombongan bijih timah dan perusahaan getah.iv. teknologi moden-mesinhidraulik dan kapal korekv. Menggunakan tenaga buruuh yang ramai.vi. Melibatkan pelaburan modal yang besar.
7. Penggunaan buruh luar
1. Imigran Cina ;
i. Dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah
ii. Berasal dari selatan Cina.
iii. Dibawa masuk melalui Sistem Kontrak.
iv. Ada juga orang Cina yang datang ke
Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja dalam sektor pertanian
& jadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak;
- Orang Cina dibawa masuk oleh pihak majikan.
- Tambang dibayar oleh majikan
- Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan
- Dkehendaki bekerja dengan majikan
- Buruh Cina akan bekerja sehingga hutang tambang untuk membawa mereka masuk ke Tanah Melayu selesai.
- Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain.
2. Imigran India
i. bekerja di ladang-ladang getah.
ii. berasal dari selatan India.
iii. dibawa masuk melalui Sistem Kangani.
iv. Ada juga orang India yang diambil
bekerja untuk membina jalan kereta api, jalan raya serta menjadi buruh
di bandar dan pelabuhan.
Sistem Kangani
- Kangani ialah penyelia di ladang getah.
- Dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh.
- Kangani uruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh berkenaan sehingga selamat tiba di ladang majikannya di Tanah Melayu.
- Kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk.
- Buruh diletakkan di bawah jagaan Kangani
- Dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang mereka itu selesai.
(8) Pengenalan kaum mengikut petempatan/ekonomi
1. British membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan.2. Orang Cina di kawasan perlombongan dan di bandar serta terlibat dalam bidang perniagaan.
3. Orang India tinggal dan bekerja di ladang getah.
4. Penduduk tempatan menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan tinggal di luar bandar
5. Penduduk tempatan sebagai petani dan nelayan.
6. Masyarakat peribumi terus terpisah daripada perkembangan ekonomi moden.
7. Mewujudkan jurang ekonomi antara kaum tersebut.
8. Kemasukan buruh asing membentuk masyarakat berbilang kaum
(9) Perkembangan pengangkutan kereta api
1. Perkhidmatan kereta api diperkenalkan.Pembinaan Fasa Pertama (1885-1896) ;
i. Dibina memenuhi keperluan pelombonganPembinaan Fasa Kedua (1897-1909) ;
ii. Landasan kereta api pendek dibina menghubungkan kaw lombong dengan pelabuhan
iii. Landasan Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang), Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Seremban ke Port Dickson, Ipoh, Batu Gajah dan Tapah ke Teluk Anson (Teluk Intan).
iv. Perasmian landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang
i. Menghubungkan utara – selatan Sem T. MelayuPembinaan Fasa Ketiga (1910-1913);
ii. Berlaku setelah Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
iii. Pada tahun 1903, Kereta Api Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu telah ditubuhkan.
iv. Namanya ditukar Kereta Api T.Melayu (KTM).
v. Pada hari ini, KTM dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
i. Dibina selepas British perluaskan pengaruhnya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
ii. Dibina menghubungkan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
iii. Menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur
iv. Menghubungkan Utara dan Selatan iaitu dari Padang Besar di Perlis ke Singapura.
v. Terengganu dan Melaka tidak mempunyai landasan kereta api.
(10) Perkembangan pengangkutan jalan raya
1. Menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api.2. Jalan raya dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban.
3. Apabila berlaku peningkatan penggunaan kenderaan bermotor, rangkaian jalan raya semakin pesat.
4. Kereta lembu digunakan untuk meratakan jalan raya
5. Jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor.
6. Menghubungkan kawasan ekonomi dgn pelabuhan.
7. Dibina antara bandar besar dengan bandar kecil.
(11) Perkembangan pengangkutan laut
1. Pengenalan perkhidmatan kapal wap.2. Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura – perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di negeri-negeri Melayu.
3. Kapal susur pantai membawa bekalan makanan, jentera dan tenaga buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah.
4. Kapal wap The SS Perak memberi perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang.
(12) Perkembangan pengangkutan udara
1. Wearne bersaudara memperkenalkan perkhidmatan penerbangan awam pertama di Tanah Melayu.2. Syarikat Wearne Air Service ditubuhkan. Beribu pejabat di Singapura.
3. Kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah jenis kipas dua, iaitu D.H.Rapides.
4. Selepas Perang Dunia Kedua, perkhidmatan penerbangan awam dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Tanah Melayu.
(13) Perkembangan Sistem Perhubungan
1. sistem pos, telegraf, telefon dan radio.2. Perhubungan antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan negara lain dibuat dengan pantas.
3. Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan.
4. Sistem pos dan telegraf adalah sistem perhubungan yang cepat berkembang.
5. Bangunan pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak pada tahun 1870-an.
(14) Kemajuan perkhidmatan kesihatan
1. Hospital kerajaan awal di bandar besar2. Hospital turut dibina di ladang getah
3. Pusat kesihatan kecil di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk kemudahan penduduk di luar bandar.
4. Institusi Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur – membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah pencegahan penyakit bahaya
5. Lembaga kesihatan – memastikan kebersihan bandar.
(15) Kemajuan sistem pengairan
1. Jabatan Parit dan Tali Air untuk memajukan tanaman padi sawah.2. Kawasan padi dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjong Karang, Selangor.
3. Kedah mempunyai sistem pengairan yang sempurna untuk penanaman padi
4. Terusan tersebut ialah Terusan Wan Mat Saman dari Alor Setar ke Gurun.
5. Terusan dibina dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul.
6. Unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali lurus.
7. Wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama), merupakan tokoh yang bertanggungjawab membina Terusan Wan Mat Saman.
(16) Kemajuan sistem tenaga elektrik
1. tenaga elektrik disalurkan ke Pulau Pinang dan KL.2. Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik.
3. Empangan Chenderoh dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited.
4. Tujuan asal pembinaan empangan – mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta.
(17) Perkembangn Bandar baru
1. Bandar Ipoh;i. Terletak di Lembah Kinta.2. Bandar Taiping;
ii. Asal usul nama bandar Ipoh dikaitkan dengan Pokok ipuh.
iii. Ipoh dibuka sejak kurun ke-16 lagi dan didiami oleh orang-orang Melayu.
iv. Ipoh berkembang apabila Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina.
v. Ipoh kemudiannya berkembang menjadi bandar menjadi bandar yang sibuk.
vi. Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping.
i. Taiping terletak dalam daerah Larut.3. Bandar Kuala Lumpur
ii. Nama asal Taiping ialah Kelian Pauh.
iii. Orang Cina dibawa masuk ke Larut dan membuka petempatan di Kelian Pauh (Taiping)
iv. Selepas perang Larut tamat, British menyusun semula pentadbiran Larut.
v. Nama Kelian Pauh ditukar kepada Taiping yang bermaksud “Kediaman yang abadi”.
vi. Taiping dijadikan ibu negeri Perak
i. Raja Abdullah, pembesar daerah Klang meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka kawasan perlombongan bijih timah.
ii. Kawasan itu berlumpur, maka kawasan dikenali sebagai Kuala Lumpur.
iii. orang Cina dibawa masuk untuk kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.
iv. Kuala Lumpur pusat perdagangan yang maju.
v. Orang yang membangunkan KL – Yap Ah Loy.
vi. Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang.
vii. British menjadikan KL sebagai pusat bandar.
viii. Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
ix. Bangunan terkenal untuk tujuan pentadbiran ialah Bangunan Sultan Abdul Samad – pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
x. Kini, bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
xi. Kuala Lumpur kini menjadi ibu negara Malaysia.
(17) Dasar British terhadap Pendidikan
(a) Sekolah Melayu
1. Sekolah Melayu memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan.2. Anak-anak Melayu diajar 3M iaitu menulis, membaca dan mengira
3. Belajar ilmu geografi, pertukangan & perkebunan.
4. Sekolah Melayu – pendidikan rendah sehingga darjah enam.
5. Sekolah Melayu terawal – Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang
6. Sebuah lagi sekolah Melayu awal di Pulau Pinang ialah Sekolah Melayu Bayan Lepas.
7. Sekolah-sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai dan Melaka.
8. Ia juga dibuka negeri-negeri Melayu yang lain seperti Sekolah Melayu di Langga, Pekan, Pahang.
9. Sekolah Melayu berkembang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Sekolah Melayu di Lubuk Periok, Terengganu pada awal kurun ke-20.
10. Pihak British tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di kalangan anak Melayu.
11. Pendidikan diberi sekadar menjadikan orang Melayu sbagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
12. Sekolah menengah Melayu tidak disediakan untuk orang Melayu menyambung pelajaran.
13. Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru dan polis.
14. Orang Melayu berpeluang menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan.
15. Lulusan sekolah Melayu turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan.
16. Maktab Perguruan melatih guru-guru sekolah Melayu.
17. Maktab perguruan ditubuhkan :
18. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Universiti dan diberi nama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).i. Maktab Perguruan Melakaii. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,iii.Maktab PerguruanPerempuan Melayu Melaka
Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah tempat yang pernah cikgu menimba ilmu suatu ketika dulu. Cikgu bangga menjadi bekas pelajar UPSI. (Sempat lagi aku poyo dalam ni..hahahaha)
(b) Sekolah Cina
1. Diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina.2. Tertumpu di kawasan bandar.
3. Menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina
4. Pendidikan sekolah rendah – selama enam tahun.
5. Ada sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah.
6. Buku-buku dan sukatan pelajaran dari nngara Cina.
7. Guru dibawa dari Cina.
8. Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina ini.
9 Menurut enakmen ini, semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan.
10. Enakmen memberi kuasa kepada Pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan.
(c) Sekolah Tamil
1. Diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.2. Didirikan di kawasan ladang getah.
3. Sukatan pelajaran, buku , guru dibawa dari India.
4. Segelintir penyelia lading/kangani menjadi pengajar.
5. Pendidikan di peringkat rendah sahaja.
6. Murid Sekolah Tamil bersekolah hingga darjah empat.
7. British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya.
8. sekolah Tamil di bandar – Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
9. Masyarakat India yang kaya menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Inggeris yang lebih sempurna.
d) Sekolah Inggeris
1. Penang Free School dan Melacca Free School2. tertumpu di kawasan bandar.
3. Awalnya ditubuhkan oleh mubaligh Kristian. Contohnya Victoria Institution
4. Sekolah Inggeris sediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kpd semua kaum.
5. Sukatan pelajaran ikut sistem pendidikan di England.
6. Lulusan Sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran
7. Berpeluang menjawat jawatan yang lebih baik dalam perkhidmatan kerajaan.
8. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan oleh British – pendidikan Inggeris hingga peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu.
9. Kolej Melayu dibina dengan tujuan melatih anak-anak bangsawan Melayu untuk berkhidmat dengan British.
BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
(1) Perjuangan mengembalikan kedaulatan di Kedah
1. Pendudukan Siam di Kedah2. Tentera Siam memusnahkan rumah, rampas barang, dan menangkap tawanan untuk dijadikan hamba.
3 Penjajahan Siam kejam dan zalim.
4 Sultan dan rakyat Kedah menentang Siam untuk mengembalikan kedaulatan Kedah.
5. Siam ditentang hebat oleh rakyat Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin.
6. Perang pembebasan Kedah turut dipimpin oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad.
7 Perjuangan disokong oleh Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir.
8. British bersubahat dgn Siam
9. Tunku Abdullah cuba membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai.
10. Serangan gagal kerana British membantu Siam.
11 Tunku Kudin menawan semula Kuala Kedah dari Melaka.
12. British hantar kapal perang untuk mengepung perairan.
13 Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar.
14. Tunku Kudin terkorban
15 Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas, Perak.
16 British berjaya mengesan gerakan ini
17. Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.
18. Kebangkitan menentang Siam di Kedah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad.
19. Tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla.
20. British membantu Siam menguasai Kedah semula.
21. Semangat rakyat Kedah menyebabkan Siam ingin berdamai.
22. Sultan Kedah menghantar putera baginda, Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding.
23. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.
24. Wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.
(2) Perjuangan Dol Said di Naning
1. Naning terletak ant Rembau dengan negeri Melaka.2. Penghulu Naning ialah Dol Said.
3. Pusat pentadbiran Naning terletak di Taboh.
(a) Faktor-faktor penentangan Dol Said di Naning
1. Dakwaan British – Naning sebahagian Melakai. Tahun 1824, British dan Belanda tandatangani perjanjian Inggeris-Belanda.2. Menentang pelaksanaan Undang-undang British;
ii. Melaka diserahkan kepada British
iii. British mendakwa Naning sebahagian Melaka.
iv. British arahkan Naning mematuhi peraturan
v. Dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning sendiri.
i. British memperkenalkan peraturan3. Menentang bayaran cukai;
ii. Peraturan melarang penghulu membicarakan kes jenayah.
iii. Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning.
iv. Beliau diugut dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan British.
i. Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian.
(b) Perang British Naning Pertama
1. British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.2. British seramai 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie menyerang Dol Said.
3. Angkatan British berjaya ditewaskan oleh Dol Said.
4. Dol Said menggunakan taktik perang gerila.
5. Dol Said mendapat bantuan daripada :
6. Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau hantar pasukan bantuan yang diketuai oleh Syed Sha’aban.i. Seri Menantiii. Sungai Ujongiii Joholiv. Muar.
(c) Perang British Naning Kedua
1. British mendapati Naning tidak mudah dikalahkan2. British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali.
3. Yamtuan Muda Raja Ali bersetuju membantu British
4. British memberi amaran kepada penduduk Naning supaya tidak terlibat dalam perang Naning.
5. Tahun 1832, Kolonel Herbert dibantu oleh Rembau menyerang Naning buat kali kedua.
6. British berkubu di Alor Gajah – melancarkan serangan kedua.
7. Pakatan British-Rembau mengalahkan Naning.
8. Taboh ditawan dan rumah penduduk dibakar.
9. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyerah diri kepada British.
10. British menyatukan daerah Naning dengan Melaka.
11. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
(3) Perjuangan Rentap di Sarawak
1. Nama asal – Libau -bermaksud “pengoncang dunia”.2. Juga digelar Raja Darat.
3. Pemimpin orang Iban di Sg Skrang dan Sg Saribas.
4. Slogan Rentap ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” bermaksud selagi hidup selagi berjuang.
5. Rentap menentang Brooke kerana keluarga Brooke menganggap orang Iban di Sg Skrang sebagai lanun.
6. James Brooke dirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi orang Iban.
7. Tindakan James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban di Sg Skrang cetuskan kebangkitan
8. Rentap serang kubu James Brooke di Nanga Skrang.
9. Pasukan Rentap berjaya.
10. Pegawai Brooke iaitu Allan Lee terbunuh.
11. Kejayaan mengharumkan nama Rentap.
12. James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan seterus membakar perkampungan Rentap.
13. Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu di situ.
14. Perjuangan Rentap berjaya bertahan di Bukit Sadok dan dapat sokongan padu penduduk Iban.
15. Rentap digelar “Raja Ulu”
16. James Brooke hantar Tuan Muda Charles Brooke untuk serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
17. Charles Brooke mempengaruhi orang Iban dan orang Melayu supaya serang kubu Rentap di Bukit Sadok.
18. Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanannya amat kukuh.
19. Rentap menggunakan Bujang Timbang iaitu sejenis meriam besi untuk menentang pasukan Brooke.
20. Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Bukit Sadok, tetapi beliau gagal menewaskan Rentap.
21. James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok.
22. Rentap dapat ditewaskan.
23. James Brooke bakar kubu serta rumah pengikut Rentap.
24. Rentap berundur ke Entabai
25. Sebelum sempat meneruskan perjuangannya Rentap telah meninggal dunia.
(4) Perjuangan Sharif Masahor di Sarawak
1. Sharif Masahor ialah pembesar Sarikei di Sg Rajang.2. Dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein (Sultan Brunei).
3. Berpengaruh di kalangan Melanau dan orang Iban.
4. Kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
5. James Brooke ambil wilayah Sg Rajang daripada Sultan Brunei.
6. Pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor.
7. Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke
8. Sharif Masahor dgn 150 buah perahu menyerang Mukah.
9. Beliau mengusir Pangeran Matusin yang menyokong peluasan kuasa James Brooke.
10. James Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei.
11. Tindakan James Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor menyebabkan kemarahan.
12. Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak.
13. Pasukan Sharif Masahor serang Kanowit.
14. Peristiwa membimbangkan Eropah di Sarawak.
15. Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan pemerintahan Brooke.
16. Pasukan Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur.
17. Datu Patinggi Abdul Ghapur dipenjarakan di Betawi.
18. Kapal pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan
19. Sharif Masahor berundur ke Mukah.
20. James Brooke paksa sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor.
21. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.
(5) Perjuangan oleh Banting dan Asun
1. Pentadbiran Brooke menghadapi kebangkitan penentangan pimpinan Banting dan Penghulu Asun3. Banting – pemimpin orang Iban di Sg Batang Lupar.
4. Penghulu Asun – pemimpin orang Iban di Sg Kanowit.
5. Menentang peluasan kuasa Brooke di wilayah mereka.
(5) Perjuangan Dato’ Maharaja Lela di Perak
1. Dato’ Maharaja Lela – Orang Besar Berlapan Perak.2. Beliau ialah penghulu di Pasir Salak.
3. Menimbulkan konflik antara J.W.W. Birch, sultan dan pembesar Perak
4. Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.
5. Baginda diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatanganinya.
6. Birch bakar rumah Raja Ngah Orang Perak kerana meneruskan kutipan cukai bijih timah di Bidor
7. Birch memperkenalkan beberapa cukai baru.
8. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada pihak British
9. Pengisytiharan menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen.
10. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
11. Birch dibenci kerana mengharamkan perhambaan yang menjadi adat resam orang Melayu
12. Birch menyimpan hamba perempuan di rumahnya.
13. Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat di Durian Sebatang – ambil keputusan untuk membunuh Birch.
14. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuh Birch.
15. Birch tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British.
16. Penduduk Pasir Salak bertindak mengoyak surat
17. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan untuk membunuh Birch.
18. British menyerang Pasir Salak.
19. Pertempuran pejuang Perak dgn British berlaku
20. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak.
21. Pasukan British berjaya dikalahkan. Pertempuran dikenali sebagai Perang Perak.
22. British dapat bantuan tentera dr India dan Hong Kong – akhirnya mengalahkan perjuangan di Perak.
23. Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
24. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
25. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.
(6) Perjuangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan
1. Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti.2. Wilayah jajahan Seri Menanti — Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.
3. Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dari Sg Ujong menandatangani perjanjian dengan British kerana ia membenarkan British masuk ke Sungai Ujong.
4. Tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana.
5. Yamtuan Antah tidak iktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
6. Hubungan Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah meruncing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya.
7. Tindakan itu dibantah oleh Yamtuan Antah kerana Terachi merupakan wilayah jajahan Seri Menanti yang sepatutnya di bawah kuasa Yamtuan Antah.
8. P.J. Murray, Residen British di Sungai Ujong menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan tentang pertikaian itu.
9. Yamtuan Antah menghantar pengikutnya menuntut supaya pihak British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah.
10. Pertikaian mencetuskan pertempuran.
11. Kebangkitan Yamtuan Antah mendapat sokongan ;
12. Yamtuan Antah menawan Paroi dan bina kubui. Dato’ Siamang Gagapii. Tenku Besar Tampiniii. penduduk Rembauiv. Jelebuv. Johol.
13. British menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat.
14. Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor.
15. Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati baginda supaya berdamai dengan pihak British
16. Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois.
17. Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti.
18. Rundingan membuka peluang kepada British meluaskan pengaruhnya ke Negeri Sembilan.
19. Dato’ Siamang Gagap di Seri Menanti membantah perdamaian dengan pihak British.
20. Beliau tidak bersetuju dengan keputusan Yamtuan Antah berdamai dengan British.
(7) Perjuangan Dato’ Bahaman di Pahang
1. Dato’ Bahaman dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.2. Anugerah diberikan kerana kegagahan dalam Perang Saudara di Pahang dan Perang Klang
3. Beliau dilantik pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara.
4. Beliau mempelopori kebangkitan menentang British di Pahang.
5. Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh.
6. Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu Temerloh.
7. Konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
8. Beliau menganggap British menceroboh kawasannya serta mengancam kedudukannya.
9. Keengganan Dato’ Bahaman mematuhi arahan British menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka.
10. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Semantan milik Dato’ Bahaman.
11. Tindakan British memalukannya
12. Dato’ Bahaman bersumpah menghalau British keluar dari Pahang.
13. British tangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
14. Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua.
15. Mencetuskan perang dengan British.
16. Clifford menawan semula Lubuk Terua tetapi Clifford tewas dalam pertempuran di Kelubi.
17. Clifford meminta bantuan dari Singapura
18. British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang.
19. Pasukan tentera dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan.
20. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan
21. J.P. Rodger turut serta dalam “Gerakan Sultan’
22. Gerakan Sultan menawan kubu Dato’ Bahaman di Bentong.
23. Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua.
24. Dato’ Bahaman dapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.
25. British sekali lagi menyerang Lubuk Terua.
26. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
27. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.
28. Dato’ Bahaman tawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
29. British hantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
30. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.
31. Peristiwa itu menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
32. Kebangkitan menyebabkan British menanggung hutang yang banyak.
33. Sultan Ahmad dipaksa selesaikan hutang.
(8) Perjuangan Mat Salleh di Sabah
1. Mat Salleh dilahirkan di Inanam2. Menjadi pemerintah di Sungai Sugut.
3. Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk
4. Mewarisi sifat kepahlawanan dan berani berperang.
5. Mat Salleh dikatakan mempunyai jaket kebal yang akan dipakai ketika berjuang menentang SBUB.
6. Kebangkitan Mat Salleh berpunca kesan perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina.
7. Mat Salleh menentang SBUB di Sabah kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru yang amat membebankan seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu.
8. Mat Salleh dan orang pembesar tempatan ke Sandakan untuk berunding dgn Gabenor Beauford iaitu C.V. Creagh.
9. Ingin berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.
10. Mat Salleh tidak dilayan
11. Setelah menunggu 10 hari, beliau meninggalkan Sandakan.
12. Gabenor Beauford anggap Mat Salleh mengancam SBUB.
13. SBUB membakar dan musnahkan kampungnya.
14. SBUB menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
15. Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.
16. Mat Salleh menyerang Ambong.
17. William Cowie, iaitu Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh.
18. William Cowie menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh.
19. Rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
20. Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan.
21. Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula.
22. Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan.
23. Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
24. SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan
25. Mat Salleh rasa tertipu
26. Mat Salleh membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan
27. SBUB serang kubu Mat Salleh
28. SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh
29. Mat Sallah terkorban.
30. Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta.
(9) Perjuangan Antanom di Sabah
1. Antanom – ketua kaum Murut di Rundum2. Antanom memimpin orang Murut
3. Orang Murut dijadikan buruh paksa membina jalan di pedalaman.
4. Mereka dipaksa memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum.
5. Hak orang Murut diceroboh, apabila SBUB melarang mereka membuka tanah baru.
6. Kesannya mereka kekurangan beras kerana tidak dapat menanam padi di tanah baru.
7. Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah-menyebelah tebing sungai.
8. Mereka dikenakan satu dolar bagi setiap kali berkunjung.
9. Jika mereka ada dua orang anak, salah seorang daripadanya akan diambil oleh SBUB dijadikan buruh paksa
10. Antara cukai yang membebankan ialah cukai kepala, cukai tanaman pindah dan cukai tangkapan ikan besar serta memelihara anjing.
11. SBUB menceroboh kawasan hutan untuk pembinaan jalan.
12. Kaum Murut membantah tindakan itu kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan ini akan mengganggu roh nenek moyang mereka.
13. Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB
14. Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan di situ.
15. Antanom menyerang Rundum.
16. Pejabat pentadbiran SBUB di Rundum telah dimusnahkan.
17. Antanom membina kubu di Sungai Selangit .
18. SBUB hantar tentera menyerang kubu Antanom.
19. Antanom serta 400 orang Murut terkorban
20. Penentangan ini dikenali kebangkitan Rundum.
21. SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom.
22. Lapan orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat.
23. Ada pengikut menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau.
24. SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia.
25. Orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB.
(10) Perjuangan Tok Janggut di Kelantan
1. Tok Janggut – pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah.2. Tok Janggut mahir dalam ilmu silat.
3. Beliau menetap di Kg. Nering dan bekerja sebagai petani dan peniaga.
4. Tok Janggut menentang peraturan tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
5. Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama
6. Kerajaan Turki Uthmaniah menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berjihad menentang penjajahan Barat.Tok Janggut menyahut seruan itu dan menentang British di Pasir Puteh.
7. Petani dikehendaki membayar cukai pokok kelapa berbuah, pokok pinang, sirih dan kerbau
8. Peraturan baru membebankan rakyat.
9. Penduduk hadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai jauh di bandar.
10. Tok Janggut beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal.
11. Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.
12. Sikap biadap pegawai British menambah kemarahan penduduk tempatan
13. Encik Abdul Latif iaitu Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan menangkap Tok Janggut yang gagal membayar cukai.
14. Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut.
15. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol menyerang Pasir Puteh.
16. Berjaya menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan isytiharkan Pasir Puteh bebas daripada British.
17. Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
18. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.
19. British tawarkan hadiah sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut
20. British bakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya
21. Tindakan itu menyebabkan Tok Janggut menyerang Pasir Puteh lagi.
22. British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kg. Dalam Pupuh, Saring.
23. Tok Janggut terkorban.
24. Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu Mayat digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam.
25. Dikebumikan di Pasir Pekan.
(11) Perjuangan Hj Abdul Rahman di Terengganu
1. Dikenali nama Hj Abdul Rahman Limbong kerana kerap ke Limbong, Kemaman mengajar agama.2. Berjuang membela petani yang ditindas dalam Kebangkitan Tani
3. Peraturan tanah baru – petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam harus dapatkan pas kebenaran dgn bayaran 50 sen.
4. Peraturan sama dikenakan jika penduduk menebang pokok dan mengutip hasil hutan
5. Peraturan membebankan petani miskin.
6. Undang-undang Kawalan Binatang Buas melarang penduduk memburu binatang liar.
7. Mereka yang ingkar – dikenakan denda 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas.
8. Peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran.
9. Menurut Hj Abdul Rahman Limbong tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya
10. Hj Musa Abdul Ghani sifatkan peraturan British sebagai bertentangan dengan syariah Islam.
11. Kebangkitan tahun 1922;
12. Kebangkitan tahun 1925;i. Petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.ii. British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di Mahkamah.iii. Pihak British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri.iv. Mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan para petani.
13. Kebangkitan tahun 1928;i. Petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanahii. Mereka membersihkan tanah milik Tengku Nik Maimunah dan tanah milik kerajaan.iii. Tindakan tersebut dilakukan setelah mereka mengetahui British akan memberi konsesi tanah tersebut kpd saudagar CinaIv British desak Sultan Sulaiman bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbongv. Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di Kuala Berang telah menindas rakyat.
BAB 8 : KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSAi. British mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap petani yang enggan membayar cukai.ii. Ancaman itu menyebabkan petani berhimpun di Marang,Kuala Telemong & Kuala Berang.iii. isytiharkan perang terhadap British.iv. menduduki balai polis serta bangunan kerajaan di Kuala Berang dan mengibarkan bendera merah.v. British meminta bantuan tentera Negeri Melayu Bersekutuvi. Pertempuran berlaku di Padang Kacong.vii. Seramai 12 orang petani terkorban.viii. Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap.ix. Haji Abdul Rahman Limbong dibawa ke Balai Polis Kuala Terengganu – dibicarakanx. Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.
(1) Maksud Semangat Kebangsaan
1. Berjuang menebus maruah bangsa2. Semangat cinta bangsa dan tanah air.
3. Berjuang membebaskan negara drp penjajahan British,
4. Membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.
(2) Semangat Kebangsaan negara luar jadi pendorong
a) Gerakan Pan-Islam di Turki
1. Gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah.2. Kuasa barat memecahbelah & kuasai empayar Islam
2. Empayar Islam Turki Uthmaniyah merosot akibat penjajahan Barat
3. Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam.
4. Gerakan bertujuan menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan barat.
5. Gerakan mempengaruhi umat Islam di timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan kuasa asing.
b) Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
1. Penjajahan British terhadap Mesir mencetuskan Gerakan Islah2. Dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
3. Pengaruh gerakan disebarkan ke Tanah Melayu melalui pelajar yang menuntut di Mesir setelah mereka kembali ke tanah air.
4. Gerakan Islam menyeru orang Islam kembali berpegang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan.
5. Gerakan Islah menyeru seluruh umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam.
c) Perang Rusia-Jepun
1. Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.2. Sebuah negara Asia mengalahkan kuasa Eropah.
3. Kejayaan Jepun membuktikan kuasa Eropah tidak sekuat yang disangkakan
d) Revolusi China 1911
1. Perkembangan negara China mempengaruhi penduduk Tanah Melayu menentang British.2. Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu.
3. Beliau menubuhkan republik China.
e) Semangat kebangsaan di Filipina
1. Jose Rizal tubuhkan Liga Filipina2. Tuntut Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat Filipina.
3. Jose Rizal memimpin Liga Filipina untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
f) Semangat Kebangsaan di India
1. Di India, gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi untuk membebaskan India dr penjajahan British.g) Semangat Kebangsaan di Indonesia
1. Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno ingin membebaskan Indonesia daripada Belandah) Kemajuan sistem perhubungan dan percetakan
1. Peristiwa di negara luar diikuti oleh penduduk Tanah Melayu melalui kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat khabar.(3) Gerakan Islam
a) Latar belakang kebangkitan Gerakan Islah
1. Semangat kebangsaan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.2. Pelajar di Universiti al-Azhar, Mesir terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani & Syeikh Muhammad Abduh.
3. Setelah kembali ke tanah air, pelajar memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu.
b) Kaum Muda
1. Antara tokoh penting dalam Kaum Muda ialah ;i. Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin2. Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam ;
ii. Haji Abbas bin Muhammad Taha
iii. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.
3. Kaum Muda tubuhkan madrasah utk sebarkan idea ;
i. Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di P.Pinang4. Idea Kaum Muda dapat tentangan gol Kaum Tua.
ii. Madrasah al-Diniah Kg Lalang di Padang Rengas
iii. Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol, Perak.
c) Kaum Tua
1. Terdiri dr golongan ulama dan pegawai agama2. Tidak menerima idea Kaum Muda.
3. Berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
4. Kaum Tua menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar.
d) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
1. Syeikh Muhamamd Tahir Jalaluddin;i. Dilahirkan di Sumatera dan pendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar.2. Haji Abbas Muhammad Taha;
ii. Menerbitkan majalah Al-Iman dan pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak.
i. Dilahirkan di Singapura. Pendidikan di Makkah.3. Syed Syeikh al-Hadi;
ii. Dilantik kadi di Tanjung Pagar, Singapura.
iii. Menerbitkan akhbar Neracha.
i. Dilahirkan di Melaka
ii. Pendidikan agama di Terengganu dan Pulau Penyengat, Riau.
iii. Berkunjung ke Makkah dan Mesir serta mendalami perjuangan Syeikh Muhammad Abduh.
iv. Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara
(4) Semangat Kebangsaan Golongan Intelektual
a) Golongan intelektual Melayu
1. Golongan intelektual Melayu terbahagi dua ;i. berpendidikan Melayu
ii. berpendidikan Inggeris.
b) Gol. Intelektual Melayu berpendidikan Melayu
1. Merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris2. Menjadi guru Melayu – berperanan pemimpin masyarakat.
3. Berganding bahu dengan gol cerdik pandai agama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
4. Kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
5. Antara tokoh nasionalis tersebut ialah;
i. Harun Aminurrashid,
ii. Ibrahim Haji Yaacob
iii. Abdul Hadi Hasan.
c) Gol intelektual Melayu berpendidikan Inggeris
1. Memperjuangkan kesedaran kebangsaan.2. Guna peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.
3. Menubuhkan persatuan
4. Guna penulisan untuk memperjuangkan orang Melayu.
(5) Peranan akhbar dan majalah
1. Saluran melahirkan kesedaran kebangsaan.2. Idea disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.
3. akhbar Melayu menyuarakan isu sosial serta kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.
4. Menyemai semangat kebangsaan
5 Mengkritik dasar British
6 Menyeru orang Melayu bersatu
7. Menghapuskan semangat kenegerian.
8 Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
(6) Penerbitan akhbar Melayu
Akhbar Warta Malaya;
? Diterbitkan di Singapura.Akhbar Majlis;
? Pengarang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.
? Menyiarkan isu sosioekonomi orang Melayu.
? Desak Melayu diberi jawatan dlm perkhid kerajaan.
? Diterbitkan di Kuala Lumpur oleh The Selangor Press and Majlis Co. Ltd.Akhbar Utusan Melayu;
? Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
? Mendedahkan kelemahan British yang mengancam kedudukan orang Melayu
? Diterbitkan di Singapura.
? Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
? Menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air. Abdul Rahim Kajai
? Nasionalis berjuang melalui bidang kewartawanan.
? Digelar Bapa Kewartawanan Melayu.
? Pernah menjadi ketua pengarang akhbar seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.
(7) Penerbitan akhbar Cina
1. Diterbitkan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu2. Melaporkan berita kegiatan social dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu.
3. Menyiarkan peristiwa di negara China dan India.
4. Akhbar masyarakat Cina :
i. Lat Pau,5. Lat Pau ialah akhbar harian pertama masyarakat Cina,
ii. Nanyang Siang Pau,
iii Sin Chew Jit Poh
iv. Modern Daily News.
(8) Penerbitan akhbar India
1. Diterbitkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu.2. Akhbar masyarakat India;
i. Ulaga Nesan,3. Akhbar Tamil Nesan – akhbar terawal di KL.
ii.Tamil Nesan
iii Tamil Murasu.
(9) Penerbitan akhbar peranakan
1. Akhbar berbahasa Melayu2. Diterbitkan oleh masyarakat Jawi dan Cina Peranakan.
3. Jawi Peranakan – masyarakat kacukan India-Melayu erbentuk apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan.
4. Cina Peranakan dikenali Baba dan Nyonya.
5. Masyarakat Cina Peranakan – hasil perkahwinan di ant perantau Cina dgn penduduk bumiputera
6. Akhbar Jawi Peranakan;
i. Jawi Peranakan,7. Akhbar Cina Peranakan;
ii.Sekola Melayu,
iii. Taman Pengetahuan
iv.Tanjug Penagri.
i. Surat Khabar Peranakan,
ii. Bintang Timor,
iii Khabar Uchapan Baru
iv. Bintang Peranakan
(10) Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif
1. Jenis penulisan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen.2. Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif sebagai saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu.
3. Peranan Puisi, novel dan cerpen;
i. semaikan perasaan cinta akan bangsa & negara
ii. menyeru merebut peluang ekonomi
iii mempertahankan maruah bangsa
iv menimbulkan kesedaran di orang Melayu
(10) Kemunculan Pertubuhan Melayu
1. Peringkat awal bersifat kenegerian.2. Mmperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial.
3. mendorong ke arah pertubuhan bersifat kebangsaan.
4. Kesatuan Melayu Singapura (KMS);
i. menjadi peransang kepada negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu untuk menubuhkan persatuan.5. Persatuan Melayu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan ditubuhkan
ii. perjuangkan kepentingan Melayu di negeri masing
6. Dianggotai oleh cerdik pandai Melayu berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.
7. Perjuangan bersifat sederhana.
8. kesetiaan kepada raja Melayu dan bekerjasama dengan British.
9. mendesak peluang diberikan kepada Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
10. KMS bersama Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu 1 di Kuala Lumpur – menghimpunkan wakil persatuan Melayu utk berbincang
11. Kongres Melayu ke 2diadakan di Singapura
12. Disertai penyertaan persatuan Melayu termasuk Sarawak dan Brunei.
14. Kogres menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
14. Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang pada tahun 1941.
(11) Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
1. Ditubuhkan pada tahun 19342. Dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan utk ahlinya menulis &kemukakan pendapat.
3. Cogan kata “Hidup Bahasa Hidup Bangsa”.
4. Menggalakkan ahli-ahlinya bertukar pendapat.
5. Mengadakan persidangan kebangsaan 1 di Taiping,
6. Menghimpunkan ahlinya dr seluruh Tanah Melayu
7. Semangat kenegerian dipecahkan.
8. Konsep kebangsaan terbentuk.
9. Persidangan di peringkat kebangsaan seterusnya diadakan di P. Pinang, Singapura, Ipoh & Seremban.
(12) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
1. Dtubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur.2. bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu.
3. Dipimpin oleh Ibrahim Yaakob
Ibrahim bin Yaacob;
- Dilahirkan di Temerloh
- Pernah menjadi pengarang akhbar Majlis dan Warta Malaya
- Menubuhkan KMM kerana berpendapat persatuan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu
i. menanamkan semangat perpaduan5. Kebanyakan anggota KMM terdiri daripada guru lepasan MPSI.
ii. wujudkan kesedaran di kalangan orang Melayu untuk mempertahankan hak mereka.
iii. berjuang memerdekakan Tanah Melayu
iv. satukan Tanah Melayu dan Indonesia melalui Melayu Raya.
6. Perjuangan KMM dianggap radikal
7. Sebab KMM dianggap radikal;
- tidak bekerjasama dan menyuarakan penentangan terbuka terhadap British.8. Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti-British dan memperjuangkan cita-cita KMM.
- Mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British.
9. British bimbang dengan pergerakan KMM
10. Ibrahim Haji Yaakob bersama anggotanya ditangkap dan dipenjara di Singapura.
11. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun.
12. KMM diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.
(13) Pertubuhan orang Cina
1. Sebelum Perang Dunia Ke-2, orang Cina di Tanah Melayu menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal mereka.2. Antara pertubuhan Cina di Tanah Melayu;
i. Hsing Chong Hui3. Terdapat orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan. – terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan warganegara British.
ii. Chung Ho Tang.
4. Penubuhan Persatuan Orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat ditubuhkan
5. Tokoh penubuhan persatuan orang Cina Peranakan;
i. Tan Jiak Kim,7. Persatuan ini menggalakkan orang Cina peranakan memperolehi pendidikan tinggi dan teknikal.
ii Lim Boon Keng,
iiii. Song Ong Siang
iv. Seah Liang Seah .
8. Mereka taat kepada British,
9. Antara tokoh penting dalam politik Tanah Melayu ialah Tan Cheng Lock.
(14) Pertubuhan orang India
1. Terpengaruh dgn negara asal mereka sebelum Perang Dunia Kedua.2. Nehru, pemimpin Parti Kongres India pernah berucap di Kuala Kangsar semasa lawatan beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1937.
3. Cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan persatuan India di bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Pulau Pinang,
4. Persatuan India Pusat Tanah Melayu pimpinan A.M. Soosay ditubuhkan.
5. Persatuan ini menggabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan India. Bertujuan memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu
(13) Kesimpulan
1. Semangat kebangsaan melahirkan golongan pejuang kebangsaan yang bersemangat patriotik2. Gerakan kesedaran kebangsaan dipelopori oleh golongan intelektual.
3. Mereka menanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk memajukan bangsa dan negara.
4. Gerakan kebangsaan menjadi lebih mantap apabila semua kaum bersatu padu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.