Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tarikh keramat yang kita rayakan setiap tahun.
Sepatah
kata Tengku Abdul Rahman Putera, selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu pada masa itu, “Pada 31 haribulan Ogos 1957, Persekutuan Tanah
Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dalam lingkungan
negara-negara Komwel. Pada hari itu tercapailah cita-cita kita dan pada
hari itu ke hadapan tiap-tiap seorang penduduk Tanah Melayu yang taat
setia bolehlah berasa bangga dan berbesar hati serta syukur kepada
Tuhan”.
Untuk
menyambut ketibaan hari yang bersejarah itu bebagai-bagai acara telah
diatur selama 11 hari, mulai 29 Ogos 1957 hingga 8 September 1957 di
sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
Rancangan berhubung dengan perayaan itu terdapat dalam buku cendera mata sambutan kemerdekaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan