Sabtu, 2 April 2011

PRASEAJARAH MALAYSIA

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba.

Zaman Paleolitik di Malaysia

Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah mereka.
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.


Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.


Ciri-ciri penempatan

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam

Tempat tinggal Masyarakat Paleolitik ( dalam gua)

Kegiatan dan peralatan

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.


Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

Kapak Genggam

Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong

Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging

Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat

Peralatan repihan
 
Kepercayaan



Imej jumpaan Perak Man
Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.
Bentuk rupa masyarakat Paleolitik

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan