Rabu, 20 April 2011

BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA

(1) Rombongan Merdeka
Ahli Rombongan Ke London
 a) Usaha Mendapatkan Kemerdekaan
1. Dilakukan oleh Parti Perikatan.
2. Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja Melayu dan British
3. Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
4. Rombongan Merdeka dibentuk
5. Terdiri wakil raja Melayu & 4 wakil Parti Perikatan.
Wakil Parti Perikatan;
  • Tunku Abdul Rahman (ketua)
  • Tun Dr. Ismail
  • Tun H.S. Lee
  • Tun Abdul Razak Hussein
Wakil raja-raja Melayu;
  • Dato’ Panglima Bukit Gantang
  • Abdul Aziz Othman
  • Dato’ Mohd Seth
  • Dato’ Nik Ahmed Kamil
b) Perjanjian London
1. Rundingan di London
2. Dipengerusikan – Lord Lennox-Boyd
3. Perjanjian London ditandatangani;
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
ii. Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat diTM
iv. Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
vi. Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan.
c) Kembalinya Rombongan
Buku Report Rombongan Ke London

Sambutan rakyat sekembali rombongan dari London
 1. Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
2. Disambut diPadang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
3. Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman
(2) Suruhanjaya Reid
Lord Reid dan Ivor Jennings Penggubal Perlembagaan Msia  


Ahli Suruhanjaya Reid
1. dibentuk Mac 1956
2. Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
4. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain;
i. Sir Ivor Jennings (England)
ii. Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
iii. Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
iv. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
5. Tugas Suruhanjaya Reid;
i. Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
ii. Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
iii. Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
iv. Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
6. menerima memorandum daripada pelbagai pihak termasuklah raja-raja Melayu.
7. S/jaya Reid keluarkan draf untuk dibahaskan
8. Beberapa cadangan asal dipinda
9. Perkara dipersetujui;
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk
ii. Pembahagian kuasa pusat dan negeri.
iii. Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
v. Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
vii. bahasa Cina dan Tamil – bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
viii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
ix. Agama lain boleh terus diamalkan.
10. Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.
11 Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan.
12. Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.
13. Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
14. 15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian Merdeka diadakan ant raja Melayu – British di KL
(3) Perlembagaan Merdeka
1. Fasal penting;
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii. Parlimen – Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv. Perdana Menteri – ketua pentadbiran negara
v. Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi. Agama Islam – agama rasmi
vii. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
viii. Kerakyatan terbuka
ix. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu diberi pertimbangan.
x. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
2. Kepentingan perlembagaan merdeka;
i. hak mutlak kpd penduduk utk terajui negara
ii. Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.
(4) Pemasyhuran Kemerdekaan
a) Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan

Union Jack diturunkan



Menanti detik 12 malam
 
1. pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
2. Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
3. 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
5. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
6. Tunku melaungkan MERDEKA! – tujuh kali.
b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
1. Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
2. Penggunaan tulisan jawi – simbol warisan bangsa
3. Kandungannya:
i. PM – negara merdeka dan berdaulat.
ii. Raja Melayu dan Ratu England tandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
iii. Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
iv. Perlembagaan berkuat kuasa – 31 Ogos 1957.
v. PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
vi. PTM – negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Kandungan Perisytiharan Kemerdekaan:
Akhbar Menyiarkan detik kemerdekaan

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

1 ulasan: