Para Sejarawan mengkaji rekod-rekod dan hasil kajian dikeluarkan melalui penulisan, foto, filem, dan sebagainya.
1 Berdasarkan penyataan di atas, apakah pengertian sejarah?
A Perancangan masa depan
B Pelaporan tentang sesuatu peristiwa
C Penghayatan peristiwa yang berlaku
D Penyelidikan tentang perkara yang berlaku
2 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri Sejarah?
I Fakta yang benar
II Penting dan bermakna
III Bersifat kebangsaan
IV Kaedah kajian yang khusus
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
• Kapak
• Serpihan tembikar
3 Sekiranya anda seorang pengkaji sejarah, dalam kumpulan manakah anda golongkan bahan-bahan tinggalan sejarah di atas?
A Fosil
B Arkib
C Artifak
D Manuskrip
4 Apakah kepentingan sumber kepada peristiwa sejarah?
A Menapis bukti-bukti lisan
B Menentukan tarikh kejadian
C Memberikan maklumat dan bukti
D Menentukan kesahihan orang sumber
5 Jika anda ditugaskan membuat laporan tentang seorang pejuang kemerdekaan negara yang belum pernah dikaji oleh mana-mana sejarawan, bahan manakah yang paling sesuai untuk anda rujuk?
I Manuskrip
II Batu bersurat
III Surat peribadi
IV Diari
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6 Bahan manakah yang digolongkan sebagai sumber kedua?
I Fosil
II Fail rasmi jabatan
III Jurnal
IV Majalah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7 Mengapakah maklumat sejarah dari sumber lisan perlu menjalani proses pemilihan, pentafsiran dan perbandingan?
A Wujudnya unsur tokok tambah
B Sukar dibuktikan kebenarannya
C Maklumat diperoleh secara terus
D Maklumat lisan tidak direkodkan
8 Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan kaedah pengkajian berdasarkan sumber arkeologi?
I Kajian yang saintifik
II Maklumat sejarah terus dari responden
III Berkait rapat dengan tradisi rakyat
IV Pentafsiran tentang budaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
• Menentukan sesuatu peristiwa itu bermakna
• Melibatkan penyelidikan
9 Bidang sejarah yang manakah melibatkan proses kajian di atas?
A Sumber
B Temu bual
C Pentafsiran
D Pertarikhan
10 Apakah faedah mempelajari sesuatu peristiwa sejarah kepada diri anda?
A Mengambil iktibar
B Membangkitkan rasa kesal
C Memperkukuhkan semangat perkauman
D Menyemai semangat ingin tahu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan