Selasa, 19 April 2011

BAB 4 : KERJASAMA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN


(1) Jawatankuasa Hubungan antara Kaum(CLC)

1. Peringkat awal, dianggotai kaum Melayu dan Cina.

2. Melayu diwakili UMNO – diketuai Dato’ Onn Ja’afar

3. Cina diwakili MCA- diketuai Tun Tan Cheng Lock.

4. Ogos 1949, CLC turut dianggotai wakil dari kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.

5. Pengerusi CLC – Dato’ E.E.C. Thuraisingam.

6. Penasihat – Sir Malcolm MacDonald.

7. Perundingan selama hampir dua tahun.

3 Tokoh Pencentus CLC



8. Kompromi antara UMNO dan CLC;

i. Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.

ii. Bantuan ekonomi dan pelajaran kpd org Melayu.

iii. Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat Majlis Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.
iv. Pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu & Inggeris sebg bahasa pengantar.

(2) Usaha parti politik mewujudkan perpaduan kaum

1. IMP dan Parti Negara. Menteri Besar, British dan Parti Negara adakan Konferensi Nasional- usaha lahirkan kerjasama politik.
2. UMNO, MCA & MIC – tubuhkan Parti Perikatan.
3. PAS bekerjasama dgn UMNO dalam Konvensi Nasional.
4. Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum


(3) Parti politik berusaha wujudkan perpaduan kaum

1. UMNO (1946) :

Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar;
i. Membuka keahlian UMNO kpd bukan Melayu
ii. Longgarkan syarat kerakyatan
iii Cadangkan Sistem Ahli
Pimpinan Tunku Abdul Rahman;
- Tubuhkan Parti Perikatan.

2. MIC (1946)- Pimpinan K.L. Devaser;
K.L Devaser


i. Sokong perjuangan Dato; Onn Ja’afar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah part
ii. anggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

3. MCA (1949)- Pimpinan Tun Tan Cheng Lock;
i. Sokong perjuangan Dato’ Onn Ja’afar dan IMP tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti.
ii. Sokong Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.

4. IMP –(1951)- Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar;
i. Tegakkan konsep kerjasama kaum dlm satu parti.
ii. Membuka keahlian kepada semua kaum.

5. PAS (1951) – Pimpinan Haji Ahmad Fuad
Haji Ahmad Fuad

i. buka keahlian parti kepada semua orang Islam
ii. Sertai Konvensi Nasional tajaan UMNO

6. Parti Negara (1954) – Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar;
i. Terbuka kepada semua kaum.
ii. Menerima kerakyatan jus soli dengan syarat ibu atau bapa menjadi warganegara Tanah Melayu.
iii. Dukung konsep kerjasama kaum dalam satu parti.

(4) Pendidikan alat perpaduan


1. Sebelum merdeka, 5 jenis – sekolah agama Islam, vernakular Melayu, Cina, Tamil & aliran Inggeris.

(i) Sekolah Vernakular Melayu;

a. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
b. Dibiayai oleh British.
c. Sekolah rendah.
d. Dibina di kawasan luar Bandar.
e. Persekitaran balajar yang daif.
f. Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.
g. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

(ii) Sekolah Agama Islam;

a. sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama.
b. Bahasa Melayu atau Arab- bahasa pengantar.
c. Dibiayai sendiri.
d. Bebas kawalan British.
e. Pengajian sekolah rendah dan menengah.
f. Melanjut pelajaran ke Indonesia, Mesir dan India.

(iii). Sekolah Inggeris;

a. Bahasa pengantar – bahasa Inggeris.
b. Diambil alih oleh British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta.
c. Didirikan di bandar sahaja.
d. Melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.
e. Berpeluang menjawat jawatan tinggi.
f. Dipandang tinggi oleh masyarakat

(iv) Sekolah Tamil;


a. Ditubuhkan oleh pihak estet
b. Sukatan pelajaran berorientasikan negara India.
c. Guru dari India.
d. Pengajian hanya di peringkat sekolah rendah
e. Kurang mendapat sambutan kerana ibu bapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang.
f. Tidak mempunyai peluang mendapat pekerjaan bergaji lumayan.

(v) Sekolah Cina

a. Ditubuhkan oleh persendirian dan parti politik.
b. Sukatan pelajaran, guru dan buku teks dari China.
c. Mengekalkan identiti kecinaan
d. Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina
e. Mendapat sokongan masyarakat Cina.

2. Perbezaan politik, ekonomi, sosial halang perpaduan.
3. Semangat bersatu padu kaum tidak dapat dilahirkan.
4. Bagi membentuk perpaduan beberapa laporan pelajaran dikeluarkan.
5. Sistem Pendidikan Kebangsaan tekankan keseragaman sukatan pelajaran dan bahasa kebangsaan yang sama.

(5) Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu


i. Laporan Barnes 1951;

a. Sekolah rendah diwajibkan.
b. Sekolah rendah guna bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
c. Sekolah menengah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

ii. Laporan Fenn-Wu 1951;

a. Menolak sistem pendidikan Laporan Barnes
b. Mahu terus kekalkan sistem vernakular Cina.

iii) Ordinan Pelajaran 1952;

a. Sekolah rendah adalah wajib.
b. Sekolah rendah guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
c. Sekolah menengah guna bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

iv) Laporan Razak 1956;

a. Sistem sekolah umum
b. Bahasa Melayu – bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah.
c. Sekolah jenis umum – guna bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebg bahasa pengantar.
d. Pendidikan rendah wajib.
e. Bahasa ibunda di ajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.
f. Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.

(6) Sistem ahli

1. diperkenalkan 1951
2. Melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran
3. Idea dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’atar


4. Ciri-ciri Sistem Ahli:

i. sistem kabinet bayangan
ii. Anggotanya dikenali sebagai Ahli
iii. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
iv. Ahli – di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
v. Terdiri 9 orang iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai British.
vi. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, tiga orang Melayu, seorang Cina dan seorang India.


6. Antara anggota Sistem Ahli;

i. Dato’ Onn Ja’afar – Ahli Hal Ehwal Dlm Negeri

ii. Dato’ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

iii. Tunku Yaakob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan

iv. Dato’ E.E.C.Thuraisingam – Ahli Pelajaran

v. Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan


(7) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan

1. Syarat kerakyatan kepada imigran dilonggarkan agar mencurahkan taat setia
2. Kelonggaran bermatlamat mengelakkan golongan imigran daripada terpengaruh dengan Parti Komunis
3. Kelonggaran Kerakyatan di peringkat Persekutuan;

i) Secara Kuat Kuasa Undang-undang;

  • Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu:
•Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-Negeri Selat.

ii) Secara Permohonan:

  • Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik & angkat sumpah taat setia kpd Persekutuan.
iii) Secara Naturalisasi;

(Kerakyatan diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British)

•Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.

4. Di peringkat negeri, kelonggaran syarat kerakyatan dibuat dan dinamakan Kerakyatan Negeri 1951.



Syarat Kerakyatan Negeri 1951


i) Secara Kuat Kuasa Undang-undang:

•Orang Asli di negeri-negeri Melayu.

•Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.

•Bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

ii) Secara Permohonan:

•Mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja & lepaskan kewarganegaraan asal.
5. Dengan kelonggaran, rakyat bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang Asli tetapi juga golongan imigran.
6. Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan.
7 RIDA digantikan dengan nama Majlis Amanah Rakyat (MARA )
9 RIDA meningkatkan taraf sosioekonomi Melayu.
10 Penubuhan RIDA – satu cara memujuk orang Melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951.



(8) Pembentukan Parti Perikatan
Logo Parti Perikatan
Wakil Parti Perikatan Yang Menang


1. Parti perikatan – pelbagai kaum wujudkan kerjasama.
2. Penubuhan Parti Perikatan melahirkan perpaduan
3. Parti Perikatan dibentuk secara berperingkat.
4. British menyokong kerjasama antara parti – suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu terjamin.

5. Peringkat penubuhan Parti Perikatan;

•Pakatan UMNO Kuala Lumpur dgn MCA Selangor dlm pilihan raya Bandaran KL

•Memenangi 9 daripada 12 kerusi

•Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan.

•Parti Perikatan sertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan.

•Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi

6. Kepentingan kerjasama antara kaum satu pakatan politik yang murni melahirkan perpaduan kaum menjadi senjata untuk menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya.



(9) Pilihan Raya Majlis Bandaran

1. Ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk bandar berkenaan.
2. Pilihan raya Majlis Bandaran pertama diadakan pada tahun 1951 di George Town, Pulau Pinang Parti Radikal dianggotai pelbagai kaum memenangi 6 drp 9 kerusi yg dipertandingkan.
3. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur Februari 1952 UMNO & MCA jalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya tersebut. Dato’ Yahya Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur bekerjasama dengan Tun H.S. Lee, Pengerusi MCA Selangor. UMNO-MCA mendapat 9 drp 12 kerusi
4. UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan.
5. Kemenangan mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954.
6. Pilihan raya Majlis Bandaran asas memilih pemimpin dan kerajaan



(10) Pilihan Raya Negeri

1. bermula tahun 1954
2. menentukan kerajaan yang bakal memerintah.
3 Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan.
4. Kemenangan menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum



(11) Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan


1. British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya
2. Dianggotai pegawai kanan British & wakil parti politik.
3. Peruntukan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) – 100 kerusi.
4. 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya
5. 48 ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
6. Parti Perikatan menuntut tiga per lima ahlinya dipilih.
7. Tunku Abdul Rahman ke London untuk memohon mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih, tetapi usaha beliau itu gagal.
8. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) Tahun 1955

8. Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP;

•Mencapai kemerdekaan tempoh empat tahun.

•Mewajibkan pendidikan rendah.

•Melindungi hak raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

•Menamatkan darurat.

•Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan.


(12) Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955.



1. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi

2. Parti Islam Se-Malaya memenangi 1 kerusi .


3. Faktor kemenangan Parti Perikatan;

•Sikap tolak ansur parti-parti dalam perikatan

•Kebijaksanaan pemimpin parti

•Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa

•Kesepakatan menolak pengaruh Parti Komunis

•Semangat mencapai kemerdekaan

•Manifesto pilihan raya diterima umum.

4. Parti Perikatan amalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa

5. Sikap hormat-menghormati, bertoleransi dan bertimbang rasa menjadi amalan penting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan