Sultan Muhammad al-Fatih |
Assalamualaikum semua. Saya hanya ingin menyebut bahawa ramai antara kita yang tidak mengetahui kronologi sejarah Islam. Mereka tahu sejarah secara terpisah-pisah. Oleh sebab itulah sebaik sahaja saya diberi jadual mengajar kelas tingkatan 4, saya mulakan mengajar sejarah Islam dengan memaparkan kronologi sejarah dahului daripada A-Z.
Sebagai contoh, selepas umat Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih berjaya membuka Constantinople (pusat Kristian Ortodoks) tahun 857H, pihak-pihak Kristian mula menumpukan kepada agenda mereka di bahagian barat.
Akhirnya tahun 897H, musuh Islam berjaya menjatuhkan Andalus (Sepanyol). Setelah menyedari umat Islam begitu kuat di timur di bawah pimpinan Kerajaan Uthmaniyyah, maka musuh menumpukan bahagian barat Eropah.
Setelah itu mereka mula mengembara ke kawasan yang jauh (selain di Turki) dengan menjajah kawasan2 tersebut termasuklah negeri Melaka.
Tidak hairanlah Sepanyol, Portugis yang menjadi kuasa penjajah lebih mendukung mazhab Kristian Katolik kerana Kristian Ortodoks (Istanbul) telah tumbang di tangan umat Islam. Pusat Ortodoks telah berpindah ke Moscow.
Ilustrasi gambar Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menjatuhkan Byzantine dan pusat Kristian Ortodoks di Istanbul (Constantinople).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan