Isnin, 18 April 2011

BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

(1) Faktor Jepun menjadi kuasa imperialis
Maharaja Meiji 
 1. Maharaja Mikado Meiji – memodenkan Jepun
2. Pemulihan Meiji – tekankan pemodenan dan perindustrian
3. Negara Barat – dijadikan model
4. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran
5. Jepun menang Perang Rusia-Jepun 1905
6. Masalah ekonomi di Jepun
7. Pertambahan penduduk Jepun
8. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.
9. Perlu bahan mentah spt petroleum, bijih timah dan getah.
10. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.
11. Tawan sebahagian China selepas Perang China-Jepun Kedua
12. Amerika Syarikat adakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China
13. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.

14. Slogan Pihak Jepun –
i. “Asia untuk Orang Asia”,
ii. “Semangat Asia”,
iii. “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
(2) Kemaraan Jepun ke Tanah Melayu
1. Mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu.
2. Mara ke Jitra, Kedah.

3. Tentera Jepun berpecah dua pasukan:
i. ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui pesisiran pantai
ii. mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
4 Mendarat Kota Bharu – mara ke selatan mengikut jalan barat di negeri-negeri pantai timur.

5. Kemaraan ke Tanah Melayu melalui Pantai Barat;
i) mendarat di Singgora dan Pattani mara ke Jitra.
ii) Dari Alor Star ke selatan melalui bandar utama
iii) Dari Pulau Pinang ke selatan melalui pesisiran pantai
iv) menawan Kuala Lumpur
v) menawan Singapura – TM jatuh ke tangan tentera Jepun.
6. Kemaraan Jepun ke TM melalui Pantai Timur;
i) mendarat di Kota Bharu.
ii) “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.
(3) Kemaraan Jepun ke Sabah dan Sarawak
1. Mendarat di Miri
2. Berpecah kepada dua pasukan;
i) ke Kuching dan kemudian ke Sibu
ii) ke Sabah melalui Labuan dan ke Sandakan.
3. Tiada tentangan sengit
(4) Cara Kemaraan Tentera Jepun
1. Kapal terbang perang
2. Kereta kebal penggempur
3. Kereta kebal yang kecil
4. Penggunaan bot
5. Penggunaan basikal – melalui jalan sempit – cepatkan perjalanan
(5) Kemusnahan Akibat Peperangan
1. Kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi dan bangunan.
2. Semasa berundur, tentera British guna taktik “bumi hangus” (memusnahkan jambatan, jalan kereta api, ladang dan kaw. perlombongan)
3. bagi melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi.
4. British bakar telaga minyak di Miri
5. British musnah dokumen-dokumen kerajaan.
6. Kemusnahan menggagalkan cita Jepun untuk menguasai bahan mentah
7. Bangunan musnah.
8. Menghancurkan tamadun manusia.
9. Bangunan Muzium Selangor musnah
10. Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan
(6) Kejatuhan Tanah Melayu di tangan Jepun
1. Tentera British terdiri askar India-Gurkha, Australia.
2. Tentera British tidak berhasrat mempertahankan TM dgn bersungguh kecuali Singapura.
3. Tumpuan British – mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
4. Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang mempertahankan TM
5. Leftenan Adnan anggota Rejimen Askar Melayu ketuai pasukan di Bukit Gap, Singapura.
6. Leftenan Adnan gugur dalam pertempuran
7. Leftenan Jeneral A.E. Percival serah diri kepada Left. Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.
(7) Faktor Kejayaan Jepun
1. Perancangan awal perang;
- Jepun guna propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk
- Jepun jalankan aktiviti perisikan bagi mendapatkan maklumat
2. Kelengkapan perang tentera Jepun;
- kapal terbang pejuang seperti “Zero Fighter?.
- guna kereta kebal – sesuai keadaan muka bumi di Tanah Melayu.
3. Pakatan Jepun-Thailand;
- Thailand beri laluan kpd tentera Jepun mendarat
- Sebg balasan, Jepun tidak menyerang Thailand.
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand.
4. Taktik serangan Jepun;
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii
- Jepun serang dari utara kerana British tertumpu di selatan iaitu Singapura.
Kapal Perang H.M.S Repulse digunakan untuk pertahanan

Kapal Perang Prince of Wales


5. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM);
- KMM sebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu.
- KMM beri maklumat perisikan tentang TM
- KMM jadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
6. Semangat tentera Jepun;
- berjuang untuk kemegahan negara Jepun
- rela mati demi Maharaja Jepun.
- berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
7. Kelemahan tentera British;
- Tentera British tidak bersedia
- British menumpukan peperangan di Eropah.
- kurang latihan
- kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British berubah sikap menjadi anti-British.
- Tumpuan pertahanan hanya di Singapura.
8. Kegiatan Perisikan Jepun;
- Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu menjadi ejen perisikan.
- Mereka menyamar sebg tukang gunting rambut,
- menyamar sebagai orang Cina dan pelancong.
- Tentera Jepun guna kesempatan semasa kuasa Barat sedang menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah.
- Penduduk terpengaruh dengan slogan-Jepun.
(8) Pemerintahan Jepun
1. Pemerintahan bercorak ketenteraan
2. Tanah Melayu dikenali Malai Baru (Melayu Baru).
3. Singapura dikenali Syonan (Cahaya Selatan)
4. Pentadbiran Singapura diasingkan drp Tanah Melayu
5. Gabungkan Tanah Melayu dgn Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat.
6. Di bawah pentadbiran pusat, -pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri.
7. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah.
8. Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Thailand
9. Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan menjadi pentadbiran Borneo Utara – diketuai Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching.
10. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah
11. Sabah dibahagikan kepada dua wilayah.
12. Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah.
(9) Dasar pemerintahan tentera Jepun
1. Peranan Sultan;
i. tidak lagi menjadi pemerintah negeri
ii. menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
iii. diberi elaun seperti semasa pmh British
2. Tanah Melayu jadi tanah jajahan Jepun.
3. Majlis Agama Islam ditubuhkan
4. Ekonomi dieksploitasi untuk perindustrian dan membiayai peperangan.
5. Mata wang Jepun diperkenalkan.
6. Pengenalan ekonomi kawalan
7. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan.
8. Catuan makanan – atasi kekurangan bahan keperluan harian.
9. Layanan istimewa kepada “kaisha” (syarikat Jepun)
10. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup
11. Kesetiaan terhadap Jepun
12. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah.
13. Nippon-Go – bahasa pengantar di sekolah.
14. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun
15. Orang Melayu – Dilayan lebih baik untuk mendapat kerjasama
16. Orang Cina – Dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
17. Orang India- Dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India.
18. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
19. Nama persatuan perdagangan menggunakan bahasa Jepun
20. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
(10) Reaksi penduduk:
i) Reaksi di kalangan orang Melayu terpengaruh dengan slogan Jepun Diberikan layanan baik oleh tentera Jepun. KMM di bawah Ibrahim Haji Yaacob adakan pakatan sulit dengan Jepun dgn harapan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan. Sokongan orang Melayu tidak kekal lama. TM tidak diberi kemerdekaan spt yg dijanjikan. Peringkat awal – Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu. KMM dibubarkan oleh Jepun.
ii) Reaksi di kalangan orang Cina dipengaruhi oleh Perang China-Jepun Terlibat dengan gerakan anti-Jepun. memulaukan barangan Jepun pungut derma utk bantu negara China. pemuda Cina balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. orang Cina dilayan secara kasar ada menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa
iii) Reaksi di kalangan orang India dpt layanan baik kerana Jepun memerlukan kerjasama untuk mengusir British di India. Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. Ramai orang India sertai Tentera Kebangsaan India. Jepun menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India.
(11) Gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu
1. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA);
- ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya
- Bekerjasama dgn British – dapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan dan senjata.
2. Force 136;
- Ditubuhkan oleh Tentera Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah
- Anggota mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka.
- Anggotan terdiri pegawai tadbir Melayu
3. Askar Melayu Setia (AMS);
- lancarkan perang gerila.
- Bekerjasama dan mendapat bantuan Force 136.
4. Pasukan Wataniah Pahang;
- Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat.
- Diketuai oleh Yeop Mahidin.
- Wadah pemuda Melayu menentang Jepun
- Hubungan baik dengan pasukan Force 136.
5. Gerila Kinabalu;
- Pimpinan Albert Kwok.
- Melancarkan pemberontakan “Double Tenth” tetapi gagal.
6. Gerila Datu Mustapha – penentangan di Kudat.
7. Gerila di Sandakan – penentangan di Sandakan.
8. Penentangan di pesisir pantai Sarawak;
- Jalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir Jepun.
(12) Kekalahan Jepun
1. Tentera Bersekutu gugurkan bom atom di Hiroshima dan di Nagasaki.
2. Jepun menyerah kalah tanpa syarat
3. Jeneral Seishiro Itagaki menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Singapura.
4. Di wilayah Borneo , Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan.
5. Jeneral Seishiro Itagaki menandatangani perjanjian menyerah kalah kepada Laksamana Louis Mountbatten, Komander Tentera Bersekutu di Asia Tenggara pada 12 September 1945 di bangunan Majlis Perbandaran Singapura.
Tentera Jepun Menyerah Kalah
 (13) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
(a) Politik
1. Keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
2. Jepun semarakkan semangat kebangsaan
3. Slogan Jepun “Asia untuk Orang Asia” mempengaruhi pemikiran penduduk
4. Akhbar Fajar Asia pengaruhi pemikiran rakyat.
5. Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) – melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Koa Kunrenjo ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.
6. Orang tempatan – peluang jadi pegawai daerah;
i. Abang Haji Openg (di Kuching)
ii. Mohd. Salleh Haji Sulaiman (di Hulu Perak)
7. Ibrahim Haji Yaacob keuai pasukan Pembela Tanah Air(PETA) iaitu pertubuhan separa tentera yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu.
8. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiada Melayu.
9. Dato? Onn Ja?afar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor dan dilantik semula menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
10. Jepun sekat kebebasan bersuara penduduk
11. Akhbar mencurigakan diharamkan oleh Jepun.
12. Pertubuhan pro-Jepun dibenarkan aktif.
13. KMM diharamkan
14. Apabila menerima tekanan tentera Bersekutu, Jepun beri kelonggaran kepada pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM.
15. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia.
16. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia bagi mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM.
17. Semangat kebangsaan orang India – memerdekakan negara India.
18. Semangat kebangsaan orang Cina – anti-Jepun kesan daripada Perang China-Jepun.
19. PKM dapat bantuan daripada pasukan Force 136.
20. PKM menubuhkan MPAJA.
21. MPAJA dikenali “Bintang Tiga” -melambangkan tiga kaum utama. Sebhgn besar orang Cina.
(b) Ekonomi
1. Rancangan „Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal.
2. Ekonomi merosot
3. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan.
4. Pengangguran meningkat.
5. Perdagangan antarabangsa terhenti.
6. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera Bersekutu – bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun.
7. Amalan rasuah, sorok barang dan pasaran gelap
8. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan.
9. Berlakunya inflasi.
10. Mata wang Jepun “wang pokok pisang” digunakan.
Wang Pokok Pisang

11. Makanan dan ubat-ubatan sukar diperoleh
12. Catuan bekalan makanan.
13. Kad catuan – setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan.
14. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama.
c) Ciptaan baru
1. Keperitan hidup menjadikan kita lebih kreatif.
2. Ciptaan baru berasaskan bahan tempatan.
3. Contohnya, kasut getah daripada getah keping. Kain dihasilkan daripada benang nanas.
4. Perusahaan tradisional seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun digiatkan semula.
5. Ubat-ubatan tradisional jadi penting.
6. Muncul industri baru berasaskan sumber tempatan;
- Kenderaan lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang dicipta.
- Bahan api daripada susu getah.
- Tayar tanpa tiub daripada getah padat.
- Tali kapal daripada sabut kelapa.
- Kelambu dan kain daripada benang daun nanas.
- Peralatan berasaskan kulit haiwan dan logam
d) Sosial
1. kesengsaraan dan ketakutan.
2. Perintah berkurung dan sekatan perjalanan.
3. Penduduk mencurigai antara satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
4. Ramai jadi mangsa kekejaman tentera Jepun.
5. Kempeitei menjalankan tugas pengintipan.
6. “Seksa dulu kemudian siasat” – amalan kempeitei.
7. Hukuman dera dan hukuman mati dijalankan.
8. Rakyat dijadikan buruh paksa.
9. Penduduk menjadi buruh paksa – bina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma.
10. Wabak penyakit berjangkit.
11. Kebuluran
12. Ubat sukar didapati -bekalan tidak dapat diimport
(14) Rumusan
1. Pendudukan Jepun bawa kesengsaraan.
2. Slogan Jepun sebenarnya muslihat Jepun untuk mencapai hasrat mereka.

2 ulasan:

  1. pendudukan jepun di negara kita amat menyiksakan penduduk di tanah melayu,jepun dapat memperdaya penduduk di tanah melayu melalui progpaganda

    BalasPadam
  2. the notes you had given were amazing, but a bit complicated for me to understand it as you put numbers infront of your notes i just find it difficult to understand.

    BalasPadam