Jumaat, 7 November 2014

PILIHAN RAMALAN 1 TEMA 7 (BAB 2)

SOALAN STRUKTUR

Jadual di bawah menunjukkan bentuk pemerintahan pada zaman peningkatan tamadun manusia.

Tamadun
Bentuk Pemerintahan
Yunani
Sistem Demokrasi
Rom
Sistem Republik
India
Sistem Beraja Mutlak
China
Sistem Birokrasi

(a)    Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.
 [2 markah]

(b)    Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.

(i)      Dewan Perhimpunan
[1 markah]
         (ii)     Dewan Senat
 [1 markah]

(c)     Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.
 [2 markah]

(d)    Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?
 [2 markah]

(e)    Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.
 [2 markah]
 
SOALAN ESEI

Sistem demokrasi Yunani dan sistem republik Rom adalah dua bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi pada hari ini.

(a)    Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.
[6 markah]

(b)    Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?
[6 markah]

(c)     (i)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan  demokrasi di Malaysia ?
[4 markah]

         (ii)  Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?
[4 markah]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan