Jumaat, 7 November 2014

JAWAPAN PILIHAN I TEMA 7 BAB 1 (TAMADUN & CIRI)

PENGERTIAN TAMADUN


  Maksud Tamadun

·         Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana

·         Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

·         Dalam bahasa Inggeris disebut civilization

·         Berasal daripada perkataan Greek – civitas

·         Bermaksud bandar

·         Bermaksud peradaban

·         Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah

·         Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll

·         Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah

·         Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah

·         Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah

·         Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah

         

Jawapan


Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.



Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.             




PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA




  Pusat Tamadun Awal Dunia

·         Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates

·         Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil

·         Tamadun Indus – di lembah sungai Indus

·         Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho




CIRI TAMADUN AWAL DUNIA



  Ciri Tamadun Awal Dunia

·         Mempunyai petempatan kekal

Penduduk nomad menetap di lembah sungai

Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan

Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.



·         Mempunyai organisasi sosial

Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai

Masyarakat mempunyai susun lapis

Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan

Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan

Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba



·         Mempunyai sistem pemerintahan

Diperintah oleh raja

Raja berkuasa mutlak

Raja berkuasa di peringkat pusat

Dibantu oleh bangsawan dan pendeta

Bangsawan menjadi pentadbir wilayah

Pendeta menjalankan urusan keagamaan

Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran



·         Mempunyai pengkhususan pekerjaan

Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan

Contoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.



·         Mempunyai agama dan kepercayaan

Mempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangat

Semangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan

Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.

Mempercayai politeisme – banyak tuhan

Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.



·         Mempunyai bahasa dan tulisan

Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar

Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan

Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf




Jawapan



          Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.

        

         Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.

        

         Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.

        

         Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.

        

         Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.

        

         Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.             




SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI



  Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....

·         Tanah subur

·         Sesuai bercucuk tanam

·         Menjamin kelangsungan bekalan makanan

·         Tanah pamah yang luas

·         Sesuai membina tempat tinggal

·         Bekalan air untuk kegunaan harian

·         Bekalan air untuk pengairan

·         Bekalan sumber protin

·         Laluan perhubungan dan pengangkutan

·         Mana-mana jawapan munasabah

 


Jawapan



         Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.


SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA



Sumbangan Tamadun Awal Dunia



Tamadun Mesopotamia

·         Pembinaan negara kota

·         Penciptaan dan penggunaan roda

·         Penciptaan layar dan kapal layar

·         Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi

·         Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya



  Tamadun Mesir Purba

·         Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi

·         Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian

·         Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi

·         Pengenalan kaedah pengawalan banjir

·         Penciptaan kalendar

·         Pengenalan teknik pembedahan

·         Penciptaan teknik memumiakan mayat



  Tamadun Indus

·         Pengenalan bandar terancang

·         Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran

·         Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain

·         Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun



  Tamadun Hwang Ho

·         Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti

·         Penciptaan alat-alat pertanian

·         Penggunaan teknologi baru dalam pertanian

·         Penciptaan terusan

·         Pengenalan kaedah dan strategi peperangan




Rangka Jawapan



         Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.

         Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.

         Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan