Jumaat, 7 November 2014

JAWAPAN PILIHAN 1 TEMA 7 (BAB 2)

  JAWAPAN STRUKTUR

(a)  Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.

·          Mempunyai Dewan Perhimpunan dan Majlis.
·          Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara lelaki yang dewasa.
·          Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan ialah antara enam bulan hingga setahun.
·          Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan.
·          Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mencadangkan dasar kerajaan.
·          Keputusan Dewan Perhimpunan dihantar kepada Majlis untuk dibincangkan.
·          Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
·          Dewan Perhimpunan boleh memecat ahli Majlis, Majistret dan Juri.
 [2 markah]
(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.

      (i)      Dewan Perhimpunan

·          Melantik Konsul
·          Membantu Konsul menjalankan pentadbiran negara.
·          membincangkan hal-hal pentadbiran negara.
·          Merangka perundangan negara.
 [1 markah]
      (ii)     Dewan Senat

·          Menerima keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.
·          Membincangkan semula apa yang telah diluluskan oleh Dewan Senat.
·          Meluluskan keputusan Dewan Senat.
 [1 markah]

(c)  Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.

·          Menjalankan pemerintahan bercorak empayar
·          Membentuk pemerintahan berpusat
·          Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
·          Menamatkan pemerintahan republik
·          Menguasai angkatan tentera dan Senat
·          Mengisytiharkan dirinya diktator dan memakai gelaran Maharaja
 [2 markah]
(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?

·          Raja mempunyai kuasa mutlak
·          Raja menjadi ketua pemerintah
·          Raja mengetuai pentadbiran
·          Raja menjadi ketua agama
·          Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual
·          Raja dianggap suci
·          Golongan Brahmin merupakan penasihat
·          Golongan Ksyatria menjadi pegawai tertinggi
 [2 markah]

(e)  Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.

·          Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja
·          Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat
·          Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam
·          Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam
 [2 markah]
 
JAWAPAN ESEI

(a)  Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.

·          Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja
Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
                Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.
·          Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarki
Kuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.
Raja mempunyai kuasa yang terhad.
Pemerintahan dijalankan oleh konsul.
·          Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasi
Daripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.
Mereka memiliki kuasa yang besar.
Mereka menguasai pentadbiran.
·          Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tirani
Rakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.
Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.
·          Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasi
Golongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator
Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.
 [6 markah]

(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?

·          Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
·          Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul.
·          Konsul dilantik oleh Dewan Senat.
·          Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan.
·          Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.
·          Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan.
·          Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat.
·          Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
·          Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
·          Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom.
·          Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
 [6 markah]

(c)  (i)      Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?

·          Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung.
·          Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan
·          Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung.
·          Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat.
·          Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.
 [4 markah]

      (ii)     Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?

·          Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan
·          Melicinkan pentadbiran negara
·          Menjamin pemerintahan yang ada
·          Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap
·          Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat
·          Melancarkan pembangunan negara
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [4 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan