Jumaat, 7 November 2014

PILIHAN RAMALAN 1 SPM 2014(TEMA 7)

SOALAN CONTOH



Soalan Struktur



(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :

        (i)    Sarjana Barat

        (ii)   Sarjana Islam

[2 markah]


(b)   Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.

[2 markah]


(c)    Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ?

[2 markah]


(d)   Nyatakan ciri tamadun awal dunia.

[2 markah]


(e)   Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ?

[2 markah]




Soalan Esei



(a)   Apakah maksud tamadun ?

[4 markah]



(b)   Huraikan ciri tamadun awal dunia.

 [10 markah]



(c)    Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ? [ 6 markah]



SOALAN STRUKTUR (Modul 1)

Jadual di bawah merujuk kepada beberapa ciri Tamadun Hwang Ho.


CIRI
TAMADUN
HWANG HO
Mempunyai bandar
Mempunyai susun lapis masyarakat
Mengamalkan agama dan kepercayaan


(a)    Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.
 [2 markah]

(b)    Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]

(c)     Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam  masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]

(d)    Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.
 [2 markah]

(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.
 [2 markah]

SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

Kemunculan bandar Anyang  yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan dalam bidang ekonomi dan penyebaran budaya di sekitar Lembah Hwang Ho.

(a)    Apakah keistimewaan bandar Anyang ?
 [2 markah]

(b)    Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam Dinasti Shang ?
        
[2 markah]

(c)     Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.
 [2 markah]

(d)    Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian. Nyatakan kemajuan tersebut.
 [2 markah]

(e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?
 [2 markah]
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan