Jumaat, 7 November 2014

JAWAPAN PILIHAN 1 TEMA 7 (HWANG HO)

SOALAN STRUKTUR (Modul 1)

(a)  Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.

·          Terletak di kawasan tanah tinggi

·          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

·          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
·          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
·          Dikelilingi oleh perkampungan petani
 [2 markah]
(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.

·          Petani,
·          Artisan
·          Pedagang
·          Hamba
[2 markah]
(c)  Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.

·          Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.
·          Mempercayai animisme
·          Menyembah sungai, bukit dan gunung.
·          Mengamalkan politeisme.
·          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi (Tu).
·          Memuja roh nenek moyang.
·          Mempercayai ramalan.
·          Mempercayai konsep Yin dan Yang.
·          Mempercayai konsep Feng Hsui.
 [2 markah]
(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.

·          Menentukan bilangan hari dalam setahun

·          Meramalkan cuaca

·          Menetapkan tarikh perkahwinan
·          Memulakan aktiviti bercucuk tanam
·          Menjalankan aktiviti harian
·          Memulakan pelayaran
·          Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

·          Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki.
·          Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti
·          Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir.
·          Membajak tanah pertanian.
·          Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian.
·          Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

·          Memperkenalkan sistem tulisan ideogram.

·          Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang
·          Mengamalkan konsep Yin dan Yang
·          Mengamalkan konsep Feng Hsui
·          Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun.
·          Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian.
·          Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.
 
SOALAN STRUKTUR (Modul 2)

(a)  Apakah keistimewaan bandar Anyang ?

·          Terletak di kawasan tanah tinggi

·          Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

·          Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
·          Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
·          Dikelilingi oleh perkampungan petani
 [2 markah]

(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam  Dinasti Shang ?
        
·          Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja.
·          Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
·          Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
·          Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
·          Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.
·          Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
·          Golongan bangsawan mentadbir wilayah.
·          Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri.
·          Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.
 [2 markah]

(c)  Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.

·           Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.
·          Mempercayai animisme
·          Menyembah sungai, bukit dan gunung.
·          Mengamalkan politeisme.
·          Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien)  dan tuhan bumi  (Tu).
·          Memuja roh nenek moyang.
·          Mempercayai ramalan.
·          Mempercayai konsep Yin dan Yang.
·          Mempercayai konsep Feng Hsui.
 [2 markah]

(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian?  Nyatakan kemajuan tersebut.

·          Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.
·          Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir.
·          Teknologi pembajakan.
·          Penciptaan cangkul.
·          Penciptaan sabit.
·          Penggunaan batas untuk penanaman.
·          Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.
 [2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?

·          Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian
·          Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian
·          Menjalin bekalan makanan mencukupi
·          Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk
·          Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan
·          Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan
·          Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat
·          Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran
·          Mana-mana jawapan munasabah
                                                                                                                                                                                                                                                                                         [2 markah ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan