Sabtu, 8 November 2014

FOKUS RAMALAN SPM 2014 (PART 2)

Tamadun Mesir Purba

Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba
  1. Berjaya membina sistem perparitan / pengairan
  2. Berjaya meningkatkan kesuburan tanah
  3. Wujud petempatan tetap berteraskan pertanian
  4. Petempatan tetap berkembang menjadi kampung
  5. Gabungan kampung wujudkan bandar
  6. Gabungan bandar menjadi Nome atau daerah
  7. Raja Menes satukan semua Nome membentuk kerajaan
  8. Pusat pentadbiran seperti Thinis/ Memphis /Thebes
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
 
Pendidikan
  1. Untuk kanak-kanak keluarga atasan
  2. Diberi pendidikan sejak umur rendah
Pengurusan
  1. lnstitusi pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
  2. Diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
Tujuan
  1. Melahirkan Pegawai kerajaan seperti juru tulis
  2. Bagi melahirkan golongan terlatih yang menguruskan
    1. membina piramid
    2. mengawal air Sg Nil
Subjek/Mata pelajaran
  1. Diajar ilmu geometri / matematik / sains
Tulisan
  1. Dikenali Hieroglif
  2. Bentuk gambar/ simbol berdasarkan bunyi
  3. Tulisan diguna untuk merekod aktiviti spt:
    1. keagamaan
    2. pertanian
    3. cukai
  4. Tulis pada makam dan batu
Perubatan
  1. Mahir dalam pengawetan mayat (memumiakkan mayat) dan mahir dalam pembedahan mayat
Sistem pengairan
  1. Kemajuan sistem pengairan / berjaya menukarkan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Senibina
  1. Pembinaan piramid
  2. terhasil dari ilham Imhotep
  3. Bina dengan guna blok batu-bata
Kemahiran astronomi
  1. menghasilkan kalendar
  2. 365 hari berdasarkan 12 bulan
  3. 12 bulan dalam 1 tahun
Penciptaan kertas
  1. daripada pokok papyrus
ATAU 
 
Perbezaan antara sumbangan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia
Makna tamadun manusia
  1. Pandangan Barat
    F1. Dari Perkataan Barat iaitu Civitas yang bermaksud bandar
    F2. Dari Perkataan Inggeris iaitu Civilization
    F3. Menekankan pembangunan lahiriah sahaja spt : Tulisan / Undang-undang / Kesenian / Bandar

  2. Pandangan islam
    F1. Perkataan Arab iaitu Madana / Mudun / Madain
    F2. Membawa pengertian tinggi budi bahasa & pembukaan bandar
    F3. Merangkumi rohaniah dan lahiriah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan