Sabtu, 5 November 2011

TAJUK PANAS SISIPAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011 (SET 3)

TAJUK PANAS SISIPAN
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011


TAJUK 1  : PIAGAM MADINAH
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTURI.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah Piagam Madinah ?
·         Nyatakan kandungan Piagam Madinah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
·         Jelaskan kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah.
·         Mengapakah kandungan Piagam Madinah dapat diterima oleh semua kaum ?

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud Piagam Madinah.
·         Terangkan kandungan Piagam Madinah.
·         Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang boleh dilaksanakan dalam negara berbilang kaum.


TAJUK 2  : PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan cara pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Jelaskan peranan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Nyatakan perbezaan antara sistem pondok dengan sistem madrasah yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pendidikan tidak formal dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ?
·         Sebutkan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk mengajar nilai-nilai moral masyarakat.
·         Nyatakan ciri sistem pondok.
·         Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan yang sistematik ?


TAJUK 3  : PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
·         Nyatakan fungsi bandar baru di Tanah Melayu.
·         Mengapakah pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat berbanding di bahagian pantai timur ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pembandaran ?
·         Nyatakan faktor yang membantu proses pembandaran.
·         Sebutkan dua peranan bandar baru di Tanah Melayu.
·         Apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang di negara ini ?


TAJUK 4  : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud nasionalisme ?
·         Berikan nama tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme Thailand.
·         Nyatakan faktor kemunculan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
·         Apakah langkah yang dilaksanakan untuk menghalang penyebaran kebudayaan Cina di Thailand ?
·         Mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan perbezaan ciri nasionalisme tahap pertama dengan ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
·         Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina atau di Indonesia.
·         Apakah langkah yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan nasionalisme bersifat radikal di tanah jajahannya di Asia Tenggara ?


TAJUK 5  : PAKATAN MURNI
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pakatan murni ?
·         Mengapakah pakatan murni diwujudkan ?
·         Apakah persetujuan yang dicapai melalui rundingan antara ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan UMNO ?
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni.
·         Apakah kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pakatan murni sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu.
·         Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil pakatan murni.


TAJUK 6  : DASAR PELAJARAN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Cadangan dalam Penyata Razak 1956 telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Terangkan cadangan tersebut.
·         Nyatakan syor dalam Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
·          Apakah kepentingan sistem persekolahan Aneka Jurusan yang diperkenalkan melalui Kajian Aminudin Baki 1965 ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah elemen penting yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ?
·         Nama jenis sekolah yang dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 ?
·         Nyatakan dua perkara yang menjadi dasar pelajaran dalam Akta Pelajaran 1961.
·         Berikan dua tujuan kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan pada tahun 1965 ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan