TAJUK PANAS SISIPAN
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011
TAJUK 1 : PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA
SOALAN ESEI
Jelaskan kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
· Dibawa oleh pedagang (Vaisya)
· Disebarkan melalui perdagangan
· Dibawa oleh tentera (Ksyatria)
· Disebarkan semasa menakluk tanah jajahan
· Dibawa oleh pendakwah (Brahmin)
· Disebarkan apabila Brahmin menyertai rombongan pedagang dan penakluk
· Dibawa balik oleh pedagang tempatan
· Mengamalkan budaya dari India
Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
· Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
· Meniru sistem beraja di India
· Raja berkuasa mutlak
· Raja menjadi ketua negara
· Raja menjadi ketua pentadbiran, keagamaan, kehakiman dan ketenteraan
· Raja adalah dewaraja
· Raja adalah bayangan tuhan
· Raja mempunyai kesaktian
· Titah raja adalah undang-undang
· Melanggar titah raja adalah derhaka
· Raja mempunyai taraf yang berbeza daripada rakyat
· Raja mengamalkan adat istiadat diraja
· Raja membina kompleks kota
Angkor Wat adalah candi Hindu manakala Borubudor ialah candi agama Buddha.
Nyatakan unsur agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam seni bina kedua-dua candi tersebut.
Angkor Wat
· Mempunyai dewan di tengah-tengah candi sebagai pusat pemujaan
· Patung dewa diletak berhadapan dewan
· Terdapat menara di tiap-tiap penjuru candi
· Dikelilingi tembok
· Cerita epik Ramayana dan Mahbharata diukir pada tembok
Borubudur
· Dibina tiga tingkat yang melambangkan sila, samadhi dan panna
· Terdapat lapan teres melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis
· Terdapat stupa sebagai tanda ingatan kepada orang mati
· Diletakkan patung Buddha di setiap tingkat sebagai ingatan kepada Gautama Buddha
· Riwayat hidup Gautama Buddha diukir pada dinding candi di tingkat bawah
SOALAN STRUKTUR
Apakah ciri pemerintahan beraja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara yang menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha.
- Meniru sistem beraja di India.
- Pemerintah menggunakan gelaran raja
- Raja berada di puncak pemerintahan.
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar.
- Raja berkuasa mutlak.
- Raja berkuasa dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara.
- Perintah raja menjadi undang-undang.
- Melanggar titah raja adalah derhaka.
- Raja dianggap bayangan tuhan
- Raja adalah dewaraja.
- Raja mempunyai kesaktian.
- Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja.
- Adat istiadat bertujuan membezakan kedudukan raja dengan rakyat.
- Raja membina kompleks kota.
Nyatakan peranan candi dalam masyarakat awal di Asia Tenggara.
- Tempat ibadat
- Tempat menyimpan abu mayat raja dan keluarganya.
- Tempat menyimpan patung dewa utama
- Menjadi lambang kehebatan pemerintah
- Menjadi lambang keagungan kerajaan
· Menjadi lambang kekayaan negara
· Menjadi lambang pegangan agama rakyat
· Melambangkan orde kosmos
Berikan dua fungsi bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
· Menulis batu bersurat
- Menulis kitab-kitab agama Hindu dan Buddha.
- Mendalami ajaran agama Hindu dan Buddha.
· Menulis kesusasteraan.
· Mempelajari ilmu
· Menjadi bahasa komunikasi kerajaan / bahasa diplomatik
- Menulis hal-hal agama
- Mencatat doa
- Mencatat salasilah raja
- Merekod urusan pentadbiran
Nyatakan pengaruh epik Ramayana dan Mahabharata yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat awal di Asia Tenggara.
· Menggunakan perkataan Sanskrit
· Disampaikan dalam bahasa Sanskrit
· Terdapat unsur mitos dan lagenda
· Jalan cerita berasaskan cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata
- Cerita teater wayang kulit berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
- Cerita-cerita lisan berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
- Cerita hikayat yang disadur daripada epik Ramayana dan Mahabharata.
TAJUK 2 : PIAGAM MADINAH
SOALAN STRUKTUR
Apakah Piagam Madinah ?
· Perlembagaan negara Islam Madinah
· Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
· Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah
· Perlembagaan yang menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
· Peraturan yang menjadi tanggungjawab ketua negara dan rakyat Madinah
· Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam
Nyatakan kandungan Piagam Madinah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Politik
· Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
· Baginda sebagai ketua hakim.
· Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
· Undang-undang Islam diguna pakai
· Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
· Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah
Ekonomi
· Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
· Unsur penipuan dan riba dihapuskan
· Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama memajukan negara
Sosial
· Masyarakat Madinah adalah satu ummah
· Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
· Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
· Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
· Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah
Jelaskan kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah.
· Orang Yahudi diiktiraf sebagai rakyat Madinah
· Mereka mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
· Mereka dibenarkan tinggal di Madinah.
· Orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.
· Mereka tidak boleh menimbulkan huru-hara.
· Kedudukan mereka terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
· Mereka sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah.
Mengapakah kandungan Piagam Madinah dapat diterima oleh semua kaum ?
· Semua kaum diiktiraf sebagai rakyat Madinah
· Mereka mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
· Mereka dibenarkan tinggal di Madinah.
· Orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.
· Keselamatan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
· Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
· Tiada unsur penipuan dan amalan riba
· Pemerintah menyelesaikan masalah rakyat
· Undang-undang Islam diguna pakai
· Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
· Masyarakat bersatu padu
SOALAN ESEI
Apakah maksud Piagam Madinah.
· Perlembagaan negara Islam Madinah
· Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
· Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah
· Perlembagaan yang menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
· Peraturan yang menjadi tanggungjawab ketua negara dan rakyat Madinah
· Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam
Terangkan kandungan Piagam Madinah.
Politik
· Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
· Baginda sebagai ketua hakim.
· Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
· Undang-undang Islam diguna pakai
· Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
· Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah
Ekonomi
· Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
· Unsur penipuan dan riba dihapuskan
· Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama memajukan negara
Sosial
· Masyarakat Madinah adalah satu ummah
· Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
· Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
· Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
· Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah
Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang boleh dilaksanakan dalam negara berbilang kaum.
· Mengiktiraf semua kaum diiktiraf sebagai rakyat negara
· Semua kaum mempunyai hak yang sama
· Semua kaum dibenarkan tinggal dalam negara
· Semua kaum bebas mengamalkan agama mereka.
· Semua kaum bebas mengamalkan budaya hidup masing-masing
· Keselamatan semua kaum terjamin
· Semua kaum menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
· Tiada unsur penipuan dan amalan riba terhadap semua kaum
· Pemerintah menyelesaikan masalah rakyat
· Undang-undang Islam diguna pakai
· Peraturan mana-mana kaum boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
· Masyarakat bersatu padu
TAJUK 3 : PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
SOALAN ESEI
Huraikan cara pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional.
· Disampaikan melalui pendengaran.
· Contohnya memberi nasihat supaya berkelakuan baik.
· Melalui penglihatan dan pemerhatian.
· Contohnya menguasai kemahiran dalam bertani, bertukang, menganyam dan mengurus rumah tangga.
· Melalui cerita.
· Contohnya Pak Pandir, Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang dll.
· Melalui pergaulan sosial.
· Contohnya kanak-kanak tidak menyampuk perbualan orang tua.
· Melalui adab sopan.
· Contohnya membongkok sambil meluruskan tangan sebelum lalu di hadapan orang tua.
· Melalui pantang larang.
· Contohnya kanak-kanak dilarang bermain di luar rumah pada waktu senja, anak dara tidak dilarang menyanyi di dapur dll.
· Melalui adat istiadat.
· Contohnya adat berziarah, adat makan, adat berjiran dsb.
· Melalui pantun.
· Contohnya Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama mencuri atau Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
· Melalui peribahasa.
· Contohnya Seperti anjing dengan bayang-bayang, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dll.
· Melalui teka-teki.
Jelaskan peranan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu tradisional.
· Tempat mengaji agama.
· Tempat ulama mengajar agama.
· Tempat ulama berbincang hal agama.
· Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
· Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
· Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.
Nyatakan perbezaan antara sistem pondok dengan sistem madrasah yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.
Sistem Pondok
· Memberi penekanan kepada ilmu agama.
· Bertujuan melahirkan guru agama.
· Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.
· Tidak mempunyai batasan waktu.
- Tiada had umur
- Mengambil tempoh masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
Sistem Madrasah
- Menggunakan sukatan pelajaran.
- Dijalankan secara kelas.
- Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
- Diawasi oleh mudir (guru besar)
- Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
SOALAN STRUKTUR
Apakah maksud pendidikan tidak formal dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ?
· Pendidikan awal
· Asuhan keluarga.
· Pendidikan secara tidak langsung
· Berlaku di peringkat institusi keluarga.
· Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
· Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
Sebutkan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk mengajar nilai-nilai moral masyarakat.
· Disampaikan melalui pendengaran.
· Melalui penglihatan dan pemerhatian.
· Melalui cerita.
· Melalui pergaulan sosial.
· Melalui adab sopan.
· Melalui pantang larang.
· Melalui adat istiadat.
· Melalui pantun.
· Melalui peribahasa.
· Melalui teka-teki.
Nyatakan ciri sistem pondok.
· Memberi penekanan kepada ilmu agama.
· Bertujuan melahirkan guru agama.
· Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.
· Tidak mempunyai batasan waktu.
- Tiada had umur
- Mengambil tempoh masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan yang sistematik ?
- Menggunakan sukatan pelajaran.
- Dijalankan secara kelas.
- Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
- Diawasi oleh mudir (guru besar)
- Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.
TAJUK 4 : PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU
SOALAN ESEI
Huraikan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
- Kekayaan sumber semula jadi.
- Faktor perlombongan
- Kesan pertambahan penduduk.
- Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
- Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
- Kedudukan yang strategik.
- Kemajuan dalam bidang perhubungan .
- Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
- Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
- Dasar penjajah British membangunkan kawasan tertentu.
Nyatakan fungsi bandar baru di Tanah Melayu.
- Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
- Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
- Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
- Menjadi pusat pentadbiran, pusat perniagaan, perbankan dsb.
- Menjadi pusat petempatan.
- Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
- Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
· Sebagai pelabuhan
Mengapakah pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat berbanding di bahagian pantai timur ?
- Pantai barat kaya dengan sumber semula jadinya.
- Kawasan pantai barat menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
- Kawasan perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat.
- Kegiatan pertanian komersil juga bertumpu di pantai barat.
- Dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat.
- Kawasan pantai barat menjadi tumpuan pusat perniagaan.
- Pantai barat juga merupakan pusat pentadbiran penjajah.
- Pantai Barat mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur.
- Pantai barat memilki pelabuhan.
- Pantai barat menjadi pusat tumpuan sistem perhubungan.
SOALAN STRUKTUR
Apakah maksud pembandaran ?
- Perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar.
- Perubahan itu berlaku hasil pertambahan fungsi ekonominya.
Nyatakan faktor yang membantu proses pembandaran.
- Kekayaan sumber semula jadi.
- Faktor perlombongan
- Kesan pertambahan penduduk.
- Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
- Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
- Kedudukan yang strategik.
- Kemajuan dalam bidang perhubungan .
- Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
- Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
- Dasar penjajah British membangunkan kawasan tertentu.
Sebutkan dua peranan bandar baru di Tanah Melayu.
- Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
- Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
- Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
- Menjadi pusat pentadbiran, pusat perniagaan, perbankan dsb.
- Menjadi pusat petempatan.
- Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
- Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
· Sebagai pelabuhan
Apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang di negara ini ?
- Mewujudkan zon perindustrian di kawasan pedalaman
- Menggalakkan pelaburan asing ke kawasan pantai timur
- Membuka bandar baru
- Membina pusat pemprosesan hasil pertanian di kawasan pertanian
- Menggalakkan pertanian secara ladang
- Membina lebuh raya merentasi kawasan pedalaman
- Membina institusi pendidikan
- Membuka tanah baru
TAJUK 5 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SOALAN STRUKTUR
Apakah maksud nasionalisme ?
· Perasaan cinta akan negara
· Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan kebudayaan asing.
· Gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing
Berikan nama tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme Thailand.
· Pridi Phanomyong
· Phibul Songram
Nyatakan faktor kemunculan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
· Rakyat menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak.
· Rakyat mahu membentuk sistem raja berperlembagaan
· Rakyat tidak puas hati terhadap kerabat diraja yang membolot kuasa politik.
· Rakyat tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros.
Apakah langkah yang dilaksanakan untuk menghalang penyebaran kebudayaan Cina di Thailand ?
· Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
· Menamatkan penerbitan akhbar
· Membubarkan sekolah Cina
· Beliau menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas).
Mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?
· Nasionalisme timbul bukannya kerana bencikan penjajah.
· Mereka bukannya menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
· Rakyat ingin menamatkan sistem pemerintahan beraja mutlak.
· Rakyat tidak suka kepada kerabat diraja yang membolot kuasa politik serta sikap raja yang boros.
· Mereka mahukan sistem raja berperlembagaan.
· Nasionalisme Thailand tidak menggulingkan raja.
· Nasionalisme juga bertujuan menyekat penguasaan golongan Cina dan kapitalis dalam ekonomi.
· Kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang menyekat penguasaan Cina dalam ekonomi dan pengaruh kebudayaan Cina.
- Nasionalismenya bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand.
SOALAN ESEI
Jelaskan perbezaan ciri nasionalisme tahap pertama dengan ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Pertama
· Penentangan bersifat setempat sahaja.
· Tiada organisasi.
· Dipimpin oleh golongan agama.
· Tidak bersifat politik
· Berkisar kepada isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.
· Tidak menuntut kemerdekaan segera
Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Kedua
· Bersifat radikal
· Menyeluruh di seeluruh negara.
· Mempunyai organisasi tersusun
· Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat
· Gerakan ini bersifat politik.
· Matlamatnya menuntut kemerdekaan.
· Mahu membentuk kerajaan sendiri
Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina atau di Indonesia.
Nasionalisme Tahap Pertama
· Dipimpin oleh Jose Rizal.
· Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
· Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
· Menubuhkan Liga Filipina.
· Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
· Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
- Beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh.
Nasionalisme Tahap Kedua
· Dimulakan oleh Andres Bonifacio.
· Berhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.
· Beliau menubuhkan Katipunan.
· Menerbitkan akhbar Kalayan
· Menyebarkan fahaman revolusi.
· Melancarkan revolusi bersenjata.
· Bonifacio dihukum mati.
· Diteruskan oleh Emilio Aguinaldo.
· Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol.
· Mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
· Meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat.
· Ditangkap pada 1901.
· Nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika menggunakan saluran undang-undang.
Apakah langkah yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan nasionalisme bersifat radikal di tanah jajahannya di Asia Tenggara ?
· Menjatuhkan hukuman bunuh.
· Menangkap dan memenjarakan
· Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana.
· Mengharamkan parti politik radikal.
· Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik
· Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
TAJUK 6 : PAKATAN MURNI
SOALAN STRUKTUR
Apakah maksud pakatan murni ?
- Usaha semua kaum menjalin kerjasama politik melalui rundingan.
- Usaha semua kaum menyelesaikan tuntutan masing-masing melalui rundingan.
- Usaha semua kaum mewujudkan perpaduan untuk mencapai kemerdekaan.
Mengapakah pakatan murni diwujudkan ?
- Menjalin kerjasama politik
- Menyelesaikan tuntutan kaum melalui rundingan
- Mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
- Pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
Apakah persetujuan yang dicapai melalui rundingan antara ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan UMNO ?
- Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
- Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.
- Memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
- Melantik Dato’ Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
- Memberikan kerakyatan kepada imigran melalui Kerakyatan Negeri 1951
· Mengadakan pilihan raya di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan pada masa yang sesuai
Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni.
- Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
- Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.
- Menjadi Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
- Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
- Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang menggunakan konsep kerjasama kaum.
- Membuka IMP kepada semua kaum.
· Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti sebagai dasar IMP.
Apakah kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni ?
- Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
- Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
- Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954.
- Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
- PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
- Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
- PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
- PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
- Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
- Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
- Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.
SOALAN ESEI
Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pakatan murni sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
- Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
- JHAK dianggotai oleh kaum Melayu, Cina dan India..
- JHAK mengutamakan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan
- JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
- Beberapa perkara dipersetujui iaitu penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) untuk memajukan masyarakat luar bandar, pemberian kerakyatan kepada imigran, dan pelaksanaan pilihan raya pada masa sesuai.
- Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
- Beliau dikecam kerana orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO.
- Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
- Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
- Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
- Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
- Pihak British menubuhkan Persidangan Kebangsaan.
- Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
- Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
- Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
- Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
- Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.
Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu.
- Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
- Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.
- Menjadi Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
- Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
- Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang menggunakan konsep kerjasama kaum.
- Membuka IMP kepada semua kaum.
· Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti sebagai dasar IMP.
Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil pakatan murni.
- Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
- Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
- Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954.
- Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
- PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
- Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
- PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
- PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
- Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
- Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
- Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.
TAJUK 7 : DASAR PELAJARAN
SOALAN ESEI
Cadangan dalam Penyata Razak 1956 telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Terangkan cadangan tersebut.
- Pendidikan adalah bermatlamatkan perpaduan.
- Dua elemen penting dalam dasar pedidikan negara iaitu :
- Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.
- Kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
- Penubuhan dua jenis sekolah rendah.
- iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum.
- Pembahagian sekolah Menengah kepada dua aliran
- iaitu sekolah menengah Melayu dan sekolah menengah Inggeris.
- Penggunaan bahasa pengantar di sekolah.
- Sekolah Umum menggunakan pengantar bahasa Melayu.
- Sekolah jenis umum menggunakan pengantar bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
- Sekolah Menengah Melayu menggunakan pengantar bahasa Melayu .
- Sekolah menengah Inggeris menggunakan pengantar bahasa Inggeris.
- Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris diwajibkan di semua sekolah.
Nyatakan syor dalam Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
- Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.
- Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
- Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.
- Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
- Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
- Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
- Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
- Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Apakah kepentingan sistem persekolahan Aneka Jurusan yang diperkenalkan melalui Kajian Aminudin Baki 1965 ?
- Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
- Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
- Memberikan pelbagai kursus kemahiran
- Melahirkan tenaga mahir
- Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
SOALAN STRUKTUR
Apakah elemen penting yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ?
· Sistem persekolahan yang sama
· Kurikulum yang seragam
· Kurikulum bercorak kebangsaan
Namakan jenis sekolah yang akan diwujudkan mengikut cadangan dalam Penyata Razak 1956.
· Sekolah Umum
· Sekolah Jenis Umum
Nyatakan dua perkara yang menjadi dasar pelajaran dalam Akta Pelajaran 1961.
· Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
· Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
· Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
· Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
· Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
· Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
· Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Berikan dua tujuan kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan pada tahun 1965 ?
- Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
- Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
- Memberikan pelbagai kursus kemahiran
- Melahirkan tenaga mahir
- Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan