Sabtu, 5 November 2011

RAMALAN SEJARAH 2011 (SET 5)

BAB 3 : PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA


Jelastkan cara kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

  • Disebarkan oleh Ksyatria (tentera)
  • Disebarkan melalui penaklukan
  • Disebarkan oleh Vaisya (pedagang)
  • Disebarkan sambil berdagang
  • Disebarkan oleh golongan Brahmin atau pendeta
  • Disebarkan oleh pemerintah
  • Diterapkan dalam pemerintahan
  • Diterapkan dalam kesenian dan kesusasteraan
  • Disebarkan oleh pedagang tempatan
  • Mengambil aspek kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan untuk diamalkan


Nyatakan ciri sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara yang menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha.

  • Meniru sistem beraja di India
  • Menggunakan gelaran raja
  • Raja di puncak pemerintahan
  • Raja dibantu golongan bangsawan dan pembesar
  • Raja berkuasa mutlak
  • Raja berkuasa dalam semua bidang
  • Perintah raja menjadi undang-undang
  • Perintah raja wajib dilaksanakan
  • Melanggar titah raja adalah derhaka
  • Raja dianggap bayangan tuhan
  • Raja adalah dewaraja
  • Raja mempunyai kesaktian
  • Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja


Senaraikan fungsi candi dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

  • Tempat ibadat
  • Tempat menyimpan abu jenazah raja
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Menjadi lambang kehebatan pemerintah
  • Menjadi lambang keagungan kerajaan
  • Menjadi lambang kekayaan kerajaan
·         Melambangkan orde kosmos


Apakah keunikan seni bina candi Angkor Wat yang menerima pengaruh agama Hindu.

  • Terdapat tempat pemujaan di tengah-tengah
  • Tempat pemujaan ber bentuk teres bertingkat empat
  • Setiap sudut mempunyai menara
  • Di kelilingi tembok
  • Dinding tembok diukir cerita epik Ramayana dan Mahabharata


Terangkan unsur agama Buddha Mahayana yang terserlah melalui binaan candi Borobudur di Jawa Tengah.

  • Dibina tiga tingkat
  • Setiap tingkat melambangkan kehidupan dalam ajaran Buddha - sila, samadhi dan panna.
  • Mempunyai lapan teres
  • yang melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis.
  • Tingkat pertama mempunyai tiga teres
  • Yang melambangkan 3 Jalan Mulia iaitu “berusaha dengan benar”, “membuat pertimbangan dengan benar” dan “memberi tumpuan dengan benar”.
  • Tingkat kedua mempunyai tiga teres
  • Yang melambangkan 3 Jalan Mulia iaitu “bertindak dengan benar”, “bercakap dengan benar” dan “mengamalkan cara hidup yang benar”.
  • Tingkat ketiga mempunyai dua teres
  • yang melambangkan 2 Jalan Mulia iaitu  “memahami dengan benar” dan “ berfikir dengan benar”.
  • Setiap tingkat terdapat stupa dan patung Buddha
  • Terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha


Nyatakan kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal.

·      Menulis batu bersurat

  • Menulis kitab-kitab agama Hindu dan Buddha.
  • Mendalami ajaran agama Hindu dan Buddha

·     Menulis kesusasteraan

·     Mempelajari ilmu

  • Menulis hal-hal agama
  • Mencatat doa
  • Mencatat salasilah raja
  • Merekod urusan pentadbiran
  • Menjalinkan hubungan diplomatik

Sebutkan perkataan Melayu yang mengalami penyesuaian daripada bahasa Sanskrit.

·     Dosa

  • Duka daripada perkataan dukkha
  • Derhaka
  • Manusia
  • Pahala
  • Rupa
  • Sengsara


Nyatakan pengaruh epik Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.

·         Terdapat penggunaan perkataan Sanskrit

·         Menggunakan bahasa Sanskrit

·         Terdapat unsur mitos

·         Terdapat unsur lagenda

·         Meniru jalan cerita epik Ramayana dan Mahabharata

  • Meniru cerita epik Ramayana dan Mahabharata
  • Cerita disadur daripada epik Ramayana dan Mahabharata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan