Sabtu, 5 November 2011

RAMALAN SEJARAH 2011 (SET 4)

PENYEBARAN ISLAM SEMASA DI MADINAH

Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam semasa di Madinah ?

  • Menghantar utusan
  • Menjalinkan hubungan diplomatik
  • Menggunakan diplomasi
  • Menghantar warkah
  • Mewujudkan persefahaman (perjanjian)


Sebutkan peperangan yang melibatkan orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah

  • Perang Badar (624M / 2H)
  • Perang Uhud (625m / 3H)
  • Perang Khandak (627M / 5H)
  • Perang Tabuk (630M / 8H)
Nyatakan tujuan peperangan dalam Islam

  • mempertahankan diri
  • mempertahankan agama
  • mempertahankan negara
  • mencari keamanan
  • melindungi rumah ibadat
  • melindungi harta benda
  • melindungi manusia yang tidak berdosa
  •  menentang kezaliman
Nyatakan peraturan peperangan mengikut Islam

  • Boleh berperang jika diserang
  • Dilarang mulakan peperangan
  • Dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tanaman
  • Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang
  • Hentikan peperangan jika musuh inginkan perdamaian
Sejarawan Barat mendakwa agama Islam tersebar melalui peperangan dan keganasan. Berikan alasan anda untuk menyangkal dakwaan itu.

  • Orang Islam tidak pernah menganjurkan peperangan
  • Semua peperangan dicetuskan oleh orang Quraisy Makkah
  • Peperangan bukan untuk menyebarkan Islam
  • Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa
  • Islam tidak berkembang melalui paksaan
  • Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi
  • Nabi Muhammad s.a.w tidak memaksa tawanan perang memeluk Islam
  • Baginda mengampunkan tawanan perang
  • Dalam peperangan,  tentera Islam dilarang bertindak ganas
  • Mana-mana munasabah
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah keburukan peperangan ?

  • Kemusnahan harta benda
  • Kehilangan nyawa
  • Kehancuran negara
  • Dibebani hutang
  • Kebuluran
  • Kemunduran
  • Wabak penyakit
  • Mana-mana munasabah
Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan berlakunya peperangan ?

  • Memelihara keamanan dan kesejahteraan manusia.
  • Menjamin pembangunan yang berterusan.
  • Melindungi harta benda daripada musnah.
  • Melindungi nyawa manusia yang tidak berdosa.
  • Mewujudkan hubungan yang baik anta Negara.
  • Mana-mana yang munasabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan