Sabtu, 5 November 2011

RAMALAN SEJARAH 2011 ( SET 2)

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


Nyatakan peristiwa-peristiwa yang membuktikan orang Quraisy Makkah telah melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 134)

  • Orang Quraisy Makkah tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
  • Mereka tidak menghormati Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
  • Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah.
B. PERISTIWA PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


Apakah faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. bertindak menyerang kota Makkah pada tahun 630 Masehi ?

  • Pihak Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
  • Mereka tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui
  • Mereka membunuh orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
  • Merangka strategi meneruskan penyebaran Islam
  • Untuk memperkuatkan kerajaan Islam Madinah


Nyatakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menawan kota Makkah.

  • Merancang memasuki kota Makkah secara bijaksana
  • Berpegang kepada prinsip aman
  • Memberi jaminan keselamatan kepada penduduk
  • Tidak menggunakan kekerasan
  • Menyediakan empat pasukan tentera
  • Memasuki Makkah melalui empat arah berlainan


Terangkan peristiwa pembukaan semula kota Makkah oleh tentera Islam pada tahun 630 Masehi.

  • Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tentera Islam menyerang Makkah
      kerana orang Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
  • Nabi Muhammad s.a.w. membentuk empat pasukan tentera
           Diketuai Khalid  al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin Awwam.
  • Tentera Islam mengepung kota Makkah
      Mereka memasuki kota Makkah dari empat penjuru
  • Tentera Islam berpegang kepada prinsip aman
      Penduduk Makkah tidak dicederakan jika tidak melawan
  • Keselamatan penduduk Makkah terjamin
      Jika berlindung di dalam rumah, di rumah ibadat atau di  rumah Abu Sufyan dan Abbas
  • Tentera Islam berjaya menawan kota Makkah
      Tidak berlaku pertumpahan darah


Terangkan faktor yang menyebabkan tentera Islam berjaya menawan kota  Makkah tanpa pertumpahan darah.

  • Prinsip yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
      Baginda berpegang kepada prinsip aman.
      Baginda tidak akan menggunakan kekerasan.
  • Strategi ketenteraan yang berkesan.
      Baginda menyediakan empat pasukan tentera – pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin  Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
      Memasuki  Makkah melalui empat arah
  • Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Dikepung dari  empat arah
  • Semangat jihad yang tinggi
      Memberi keyakinan kepada tentera Islam
  • Ketakwaan orang Islam
      Menimbulkan kekaguman kepada orang Quraisy
  • Pengislaman Abu Suffian dan Abbas.
  • Jaminan keselamatan kepada mereka yang berlindung di rumah mereka
  • Jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.
menyebabkan orang Quraisy tidak menentang


Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.

  • Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam
      Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam
  • Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan
Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan
  • Nabi Muhammad s.a.w.  mengampunkan penduduk Makkah.
      Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
  • Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
      Amalan menyembah berhala terhapus
  • Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam
      Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam
  • Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
            Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia
  • Negara Islam Madinah begitu kukuh
      Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam
  • Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
      Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman
·         Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
      Wilayah Islam semakin luas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan