TEMA 7 : PENINGKATAN TAMADUN
(PENINGKATAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN)
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah punca yang menyebabkan hampir semua negara kota di Yunani
memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan ?
[2 markah]
(b) Berikan dua faktor yang membolehkan tamadun India mencapai kemajuan dalam
bidang perdagangan.
[2 markah]
(c) Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh tamadun China dalam bidang pertanian.
[2 markah]
(d) Bagaimanakah sistem pendidikan awam dilaksanakan dalam tamadun China ?
[2 markah]
(e) Pendidikan di India pada Zaman Vedik memberikan penekanan kepada
pendidikan agama. Pada pendapat anda, mengapakah kita juga perlu berbuat
demikian ?
[2 markah]
JAWAPAN
(a) Punca Yang Menyebabkan Hampir Semua Negara Kota Di Yunani
Memberikan Tumpuan Kepada Kegiatan Perdagangan
· Muka bumi Yunani bergunung-ganang
- Tanahnya tidak sesuai untuk pertanian
- Kekurangan bekalan makanan
- Perlu mendapatkan bekalan makanan dari luar
- Wujudnya perdagangan dengan luar
- Menguasai jalan laut
- Kemunculan Athens sebagai pusat pengumpulan barangan dari Timur
- Memiliki pelabuhan yang baik
(b) Faktor Yang Membolehkan Tamadun India Mencapai Kemajuan Dalam Bidang
Perdagangan
- Hubungan perdagangan dengan luar
- Kemunculan pusat perdagangan
- Bekalan dagangan yang banyak
- Terdapat pelabuhan
- Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
- Pelaksanaan undang-undang yang menggalakkan perdagangan
- Penggunaan mata wang
- Kepesatan perusahaan membuat barangan
- Pelaksanaan sistem cukai
(c) Kemajuan Tamadun China Dalam Bidang Pertanian
- Penggunaan tenggala
- Penggunaan batas
- Penggunaan kolar kuda
- Penciptaan alat kegunaan pertanian
- Pengenalan teknik tanaman bergilir
- Pengenalan sistem teres
- Pembinaan terusan
(d) Pelaksanaan Sistem Pendidikan Awam Dalam Tamadun China
· Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat tinggi
· Pendidikan peringkat rendah belajar mengenal dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal buah buku suci
· Pendidikan peringkat menengah belajar menulis karangan dan mempelajari sastera
· Pendidikan peringkat tinggi belajar menterjemah buku suci.
· Dikehendaki lulus peperiksaan awam
(e) Sebab Kita Perlu Memberikan Penekanan Kepada Pendidikan Agama
- Melahirkan masyarakat yang bermoral
- Menjaga keharmonian masyarakat
- Melahirkan masyarakat yang mematuhi agama
- Membolehkan masyarakat mengamalkan nilai moral yang baik
- Sebagai persediaan menghadapi kematian
- Membentuk masyarakat yang patuh kepada Tuhan
- Mewujudkan masyarakat yang beragama
- Mana-mana jawapan munasabah
SOALAN STRUKTUR
(a) Apakah prinsip yang ditekankan dalam falsafah pendidikan Athens ?
[1 markah]
(b) Mengapakah pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang ketenteraan ?
[2 markah]
(c) Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh tamadun Rom hasil daripada penekanannya
terhadap ilmu yang praktikal.
[2 markah]
(d) Bagaimanakah tahap peperiksaan awam berikut dilaksanakan dalam tamadun
China ?
i. Tahap pertama (Hsiu Tai)
ii. Tahap kedua (Chun Jen)
iii. Tahap ketiga (Chin Shih)
[3 markah]
(e) Berikan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita ?
[2 markah]
JAWAPAN
(a) Prinsip Yang Ditekankan Dalam Falsafah Pendidikan Athens
· Melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
· Melahirkan manusia cemerlang
· Melahirkan manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negara
· Mementingkan kemahiran semua aspek
(b) Sebab pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang ketenteraan
· Melahirkan tentera yang gagah
· Melahirkan tentera yang berani
· Melahirkan tentera yang mahir menggunakan senjata
· Melahirkan masyarakat yang setia kepada negara
· Melahirkan masyarakat yang sanggup mempertahankan negara
(c) Kejayaan Tamadun Rom Hasil Daripada Penekanannya Terhadap Ilmu Yang
Praktikal
· Munculnya sekolah-sekolah falsafah
· Berkembangnya bidang falsafah
· Athens menjadi pusat cendekiawan
· Lahirnya sejarawan
· Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi
· Banyak infrastruktur awam dibina
· Masyarakat hidup sejahtera
· Lahir ramai jurutera
(d) Pelaksanaan Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China
i. Tahap pertama (Hsiu Tai)
- Dijalankan di peringkat daerah
- Layak menjadi pegawai kerajaan
- Diadakan dua kali dalam tiga tahun.
- Dikendalikan dengan ketat.
- Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab
ii. Tahap kedua (Chun Jen)
- Dijalankan di ibu kota daerah
- Lulusan tahap kedua layak mengambil peperiksaan tahap ketiga
- Diadakan tiga tahun sekali
- Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
- Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.
iii. Tahap ketiga (Chin Shih)
- Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja
- Lulusan tahap ketiga layak menjadi pendidik
- Diadakan tiga tahun sekali.
- Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
- Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.
(e) Langkah Meningkatkan Kualiti Pendidikan
- Pendidikan bermula pada usia enam tahun
- Penekanan kepada semua aspek kemahiran
- Menekankan aspek kemahiran
- Meningkatkan latihan praktikal
- Menambahkan bilangan pusat pengajian tinggi
- Meningkatkan kemahiran guru
- Mana-mana jawapan munasabah
SOALAN ESEI
(a) Huraikan faktor yang membantu perkembangan kegiatan perdagangan dalam tamadun
India.
[10 markah]
(b) Jelaskan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[6 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu memberikan
penekanan kepada pembangunan pendidikan ?
[4 markah]
JAWAPAN
(a) Faktor Perkembangan Kegiatan Perdagangan Dalam Tamadun India
- Kemunculan pusat perdagangan
- Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, belian dan mutiara
- Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa
- Mengadakan hubungan dengan negara luar
- Contohnya hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara
- Mempunyai pelabuhan
- menghubungkan India dengan negara luar
- Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay
- Kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan (Stresthin)
- Wujud di setiap bandar
- Persatuan itu mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
- Contohnya persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
- Pelaksanaan undang-undang
- Undang-undang diawasi oleh raja
- Penggunaan mata wang
- sebagai medium jual beli
- Contohnya wang emas
- Perkembangan perusahaan
- Berpusat di Benares dan Bengal
- Contohnya perusahaan berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata
- Pelaksanaan sistem cukai
- Dikenakan kepada pelbagai jenis hasil perdagangan
- Contohnya cukai hasil pertanian dan cukai hasil buah-buahan
(b) Ciri Pendidikan Agama Pada Zaman Vedik
- Mementingkan ilmu keagamaan
- Berteraskan agama Hindu
- Didominasi oleh kaum lelaki
- Wanita tidak berpeluang menerima pendidikan
- Mempelajari kitab Veda
- Menggunakan pengantar Bahasa Sanskrit
- Menggunakan kaedah hafalan
- Bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
- Mempelajari hukum agama
- Pendidikan diberikan di istana dan di rumah
(c) Sebab Sesebuah Negara Perlu Memberikan Penekanan
Kepada Pembangunan Pendidikan
- Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
- Melahirkan manusia berkemahiran tinggi
- Melahirkan masyarakat berakhlak mulia
- Melahirkan masyarakat yang boleh membuat keputusan yang tepat
- Melahirkan manusia yang patuh kepada agama / beriman
- Melahirkan masyarakat yang adil
- Mana-mana jawapan munasabah