Khamis, 18 Oktober 2012

TAJUK RAMALAN TEMA 12 TINGKATAN 5 SPM 2012 (HOT)



TEMA 12 MALAYSIA DALAMKERJASAMA ANTARABANGSA

SOALAN STRUKTUR
(a)  Sebutkan negara yang menjadi anggota pakatan negara    Eropah yang berikut :
Perikatan Kuasa Tengah
  • Jerman
  • Austria-Hungary
  • Itali
  • Turki Bulgaria
 [1 markah]
      Pakatan Bertiga
  • Britain
  • Perancis
  • Rusia

(       (b)  Pada pandangan anda, mengapakah kuasa-kuasa Besar Eropah mula bersaing antara satu sama  lain ?
  • Persaingan kuasa besar merebut peluang ekonomi
  • Bersaing mendapatkan bahan mentah
  • Memasarkan barang siap
  • Membuktikan kekuatan
  • Berusaha mendapatkan tanah jajahan
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(c)  Nyatakan dua peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 – 1918).
  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dan isterinya oleh pengganas Serbia.
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
  • Jerman menyerang Perancis yang menyokong Serbia.
  • Serangan Jerman ke atas Perancis
  • Britain meminta bantuan Amerika untuk menghadapi Jerman.
  • Jerman bertindak menyerang kapal dagang Amerika.

[2 markah]
(d)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan Perang Dunia Pertama dari segi politik dan ekonomi di Eropah ?
Politik
  • Menamatkan sistem beraja di Eropah.
  • Termeterainya Perjanjian Versailles.
  • Beberapa buah negara baru muncul di Eropah.
  • Pembentukan Liga Bangsa.
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [1 markah]
      Ekonomi
  • Negara-negara yang berperang dilanda inflasi.·                    
  •     Negara berperang menanggung hutang 
  • · Berlaku pengangguran.
  • Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. 
  •    Britain kehilangan perdagangan luarnya.
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [1 markah]
(e)  Sebagai individu yang cintakan keamanan, kemukakan cadangan anda untuk mengelakkan peperangan ?
  • Menghormati kedaulatan negara lain
  • Jangan menceroboh negara lain
  • Jaga kestabilan politik dalam negara
  • Jalinkan hubungan diplomatik
  • Berpegang kepada prinsip aman, bebas dan berkecuali
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a)  Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) berlaku disebabkan faktor politik dan ekonomi. Terangkan faktor tersebut.
      
Politik
  • Kemunculan nasionalisme di Eropah.Negara-negara kecil Eropah bersatu membentuk negara bangsa yang besar. Contohnya Jerman dan Itali.Kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.
  • Persaingan kuasa-kuasa Eropah . Persaingan berlaku akibat Imperialisme Baru.Kuasa Eropah bersaing mendapatkan tanah jajahan.
  • Wujudnya pakatan negara-negara Eropah.  Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.Persaingan antara pakatan ini mengancam perimbangan kuasa dunia.
            Ekonomi
  • Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Kuasa besar bersaing untuk mendapatkan bahan mentah.  Bersaing untuk mendapatkan pasaran.
[8 markah]
(b)  Jelaskan peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914 – 1918)
  • ·Archduke Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia.
  • Austria yang dibantu oleh Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
  • Serbia dibela oleh sekutunya Perancis.
  • Jerman menyerang Perancis.
  • Serangan Jerman ke atas Perancis menimbulkan kemarahan Britain.
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat
  • Amerika turut terlibat dalam peperangan itu.
 [6 markah]
(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) terhadap negara Eropah yang terlibat dalam perang tersebut ?
·         Jerman kehilangan tanah jajahan
  • Jerman dikenakan pampasan yang tinggi
  • Negara yang berperang menanggung hutang kerana perbelanjaan peperangan.
  • Negara-negara yang berperang dilanda inflasi.
  • Berlakunya kemelesetan ekonomi
  • Berlakunya pengangguran
  • Negara-negara Eropah tidak lagi menguasai pasaran dunia
  • Pasaran dunia mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
  • Kehilangan nyawa yang banyak.
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [6 markah]
DASAR LUAR MALAYSIA

SOALAN STRUKTUR
(a)  Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang bersifat pro-Barat ?
  • Ancaman komunis di Asia Tenggara dan di Malaysia.
  • Memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel
  • Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu (AMDA) untuk menghadapi ancaman komunis.
  • Mendapat bantuan British sekiranya Malaysia diserang.
  • Malaysia anggota blok sterling.
  • Konfrontasi Malaysia – Indonesia
  • Menjaga kepentingan ekonomi.
  • Menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan.
  • Mengharapkan permintaan Britain terhadap bahan mentah negara.
·         Pelabur Britain menguasai perladangan dan perindustrian di    Malaysia                                                                                 [2 markah]
(b)  Nyatakan usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam melaksanakan dasar luar di atas.
  • Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956.
  • Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Britain dan Amerika
  • Menjalankan perniagaan dalam nilai pound
  • Menggalakkan pelaburan Barat
[2 markah]
c)   Berikan dua usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat  dasar luar Malaysia tahap kedua.
·         Mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN.
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis
·         Menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara
·         Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam
·         Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia
[2 markah]
(d)  Pada pandangan anda, mengapakah dasar luar tahap ketiga lebih menekankan kepentingan ekonomi ?
·         Negara kita memberi penekanan kepada perdagangan
·         Menggalakkan pelaburan asing
·         Bertujuan untuk membangunkan ekonomi negara
·      Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
·         Menjadikan Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan.
·         Mempertingkatkan pelaburan negara ke negara-negara Afrika, Amerika
·          Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
·            Menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara maju dan    Negara Dunia Ketiga.
·         Memperluaskan kerjasama ekonomi ASEAN melalui EAEC (ASEAN + 3)
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah asas yang menjadi pertimbangan kerajaan dalam menggubal dasar luar ?
·         Pengalaman sejarah
·         Keanggotaan dalam pertubuhan Komanwel
·         Ancaman komunis
·         Kepentigan ekonomi
·         Pasaran bahan mentah negara
·         Pelaburan asing ke negara Malaysia
·         Kestabilan politik
·         Prinsip amalan demokrasi
·         Keamanan serantau dan antarabangsa
·         Kepatuhan kepada piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu
·         Kedudukan geografi
·         Agama Islam
·         Hak asasi manusia
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a)  Terangkan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
            Faktor Sejarah
Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan     negeri di Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
            Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu.
            Menyertai pertubuhan Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negaraKomanwel.
            Mengamalkan dasar pro-Barat kerana ancaman komunis.

Faktor Ekonomi
            Mengamalkan pasaran bebas.
Menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi.
            Malaysia negara pengeluar utama bijih timah dan getah.
            Mengharapkan pasaran dan modal dari Amerika dan Britain.
            Menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea .
Meningkatkan pasaran barangan Malaysia dan mengadakan pelaburan di Negara Membangun dan Negara Islam.

                        Faktor Politik
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen.
            Berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri.
            Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain.
Menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Berpegang kepada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan dunia.
            Menyokong resolusi PBB bagi mengekalkan keamanan dunia.
  • Faktor Geografi
            Kedudukan yang strategik
            Bersempadan dengan kebanyakan negara di rantau ini.
            Perairannya menjadi laluan perdagangan.
            Keselamatan negara serantau memberi kesan kepada Malaysia.

  • Demografi
            Menjalin hubungan diplomatik dengan negara Islam.
Tidak mengadakan hubungan dengan Israel yang menindas rakyat Palestin.
Tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar Apartheid.
 [10 markah]

(b)  Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia yang berikut :
     
      (i)   Dasar Luar Tahap Pertama (1957 – 1970)
   
·         bersifat pro-Barat serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel

            Bersifat Pro-Barat
  • Disebabkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi.
  • Malaysia adalah blok sterling.
  • Malaysia menjalankan perniagaan dalam nilai wang pound sterling.
  • Malaysia bergantung kepada hasil bijih timah dan getah.
  • Malaysia mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah
  • Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.


            Berbaik-baik Dengan Negara Komanwel.
  • Disebabkan ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara.
  • Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel terutamanya Britain, Australia dan New Zealand.
  • Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1956.
  • British akan memberikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana negara.
           
            Berbaik-baik Dengan Negara Jiran
  • Disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran.Contohnya Konfrontasi dengan Indonesia, terputus hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia
  • Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran.
  • Malaysia menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama Thailand dan Filipina pada tahun 1961.
  • Malaysia menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia.
  • Malaysia menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

[3 markah]

(ii)    Dasar Luar Tahap Kedua (1972 – 1981)

  • · Dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara
  • Disebabkan AMDA kurang memainkan peranannya.
  • Kurangnya pengaruh Britain di Timur.
  • Pergolakan di Vietnam melibatkan Amerika Syarikat dan China.
  • Perisytiharan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
  • Menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. 
  •   Untuk mengatasi masalah pelarian Vietnam di negara ini.

     [3 markah]
(   (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan dua hala terhadap masa depan politik dan ekonomi Malaysia ?
   
  • Dapat menangkis ancaman komunis
  • Dapat memelihara kedaulatan negara
  • Dapat menjalin hubungan baik dengan negara lain
  • Dapat meneruskan amalan sistem demokrasi
  • Dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara
  • Menggalakkan pelaburan asing
  • Dapat memasarkan barangan Malaysia
  • Dapat memajukan negara
  • Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
  • Mana-mana jawapan munasabah

          [6 markah]