Khamis, 18 Oktober 2012

TAJUK RAMALAN TEMA 10 TINGKATAN 5 SPM 2012 (HOT)


TEMA 10 KEMUNCULAN & PERKEMBANGAN NASIONALISME DI AT


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan semangat nasionalisme ?

·         Perasaan cinta akan negara
·         Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik dan ekonomi
·         Gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh kebudayaan asing.
[2 markah]

(b)  Berikan dua dasar penjajah yang menyebabkan munculnya semangat nasionalisme.

·         Tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam sistem birokrasi Barat
·         Mengekalkan rakyat tempatan dalam ekonomi tradisional
·         Melaksanakan dasar ekonomi yang menindas peribumi
·         Membawa masuk imigran
·         Membiarkan ekonomi dikuasai pendatang
·         Mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat
·         Mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
·         Mengutamakan sekolah pengantar bahasa penjajah
·         Menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja untuk rakyat tempatan.
·         Mendirikan sekolah di bandar sahaja
·         Mengasingkan anak bangsawan daripada anak orang kebanyakan
·         Memperkenalkan pendidikan sekular
·         Lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan

[2 markah]


(c)  Nyatakan ciri nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap berikut :
           
            Tahap pertama
·         Penentangan bersifat setempat sahaja.
·         Tiada organisasi.
·         Dipimpin oleh golongan agama
·         Tidak bersifat politik
·         Berkisar kepada  isu kebudayaan, agama dan hak peribumi
·         Tidak menuntut kemerdekaan segera
[2 markah]

Tahap kedua
·         Bersifat radikal
·         Menyeluruh di seeluruh negara.
·         Mempunyai organisasi tersusun
·         Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat
·         Gerakan ini bersifat politik.
·         Matlamatnya menuntut kemerdekaan.
·         Mahu membentuk kerajaan sendiri
[2 markah]


(d)  Pada pendapat anda, mengapakah setiap warganegara perlu memiliki semangat cinta akan negara ?

·         Sanggup membebaskan tanah air daripada penjajahan
·         Sanggup mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing
·         Pendorong untuk memajukan negara
·         Menyedarkan masyarakat akan ertinya kemerdekaan
·         Supaya mempunyai jati diri
·         Supaya sentiasa menyokong dasar  kerajaan
·         Supaya sentiasa berhasrat untuk menjulang nama negara
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat perjuangan Jose Rizal di Filipina ?

·         Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
·         Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol
·         Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial

[2 markah]

(b)  Nyatakan langkah yang dilakukan oleh Andres Bonifacio untuk menuntut kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.

·         Menubuhkan Katipunan.
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
·         Menyebarkan fahaman revolusi
·         Melancarkan revolusi bersenjata
[2 markah]


(c)  Berikan dua peranan Raden Adjeng Kartini untuk mengubah nasib rakyat Indonesia.

·         Berusaha memajukan taraf hidup rakyat
·         Berusaha memberi pendidikan kepada masyarakat
·         Membela nasib golongan wanita
·         Menghasilkan karya “Habis Gelap Terbitlah Terang” dan  “Penulisan Seorang Puteri Jawa”.
·         Mendedahkan kemunduran rakyat
·         Mendedahkan penindasan Belanda
·         Memberi inspirasi menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah

[2 markah]

(d)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tindakan yang dilakukan oleh penjajah Belanda untuk menangani gerakan radikal Soekarno di Indonesia ?

·         Menangkap Soekarno
·         Menangkap pemimpin yang berjuang bersama Soekarno
·         Memenjarakan Soekarno
·         Mengharamkan Parti Nasional Indonesia.
·         Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)  Sebagai generasi selepas merdeka, mengapakah kita harus menghargai perjuangan nasionalis silam ?

·         Membebaskan tanah air daripada penjajahan
·         Membentuk pemerintahan sendiri
·         Mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing
·         Membela nasib rakyat
·         Memajukan ekonomi negara
·         Mereka berusaha memajukan pendidukan rakyat
·         Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]
SOALAN ESEI

(a)  Terangkan faktor kemunculan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

·         Dasar Penjajah
Rakyat tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.
Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional.
Dasar ekonomi penjajah menindas penduduk peribumi.
Contohnya  Sistem Tanaman Paksa (indonesia) dan Sistem Polo (Filipina)
Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai pendatang.
Wujudnya jurang sosial dalam masyarakat.


·         Pengaruh Agama
Agama menyatukan rakyat menghadapi kebudayaan Barat dan agama Kristian.
Contohnya gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia serta Persatuan Belia Buddha di Burma.
Agama menyatukan penduduk menentang penjajah.
Contohnya rakyat Filipina beragama Kristian menentang Sepanyol mereka dianggap golongan kelas kedua.
Golongan agama menjadi pencetus nasionalisme.

·         Karya Kesusasteraan
Memaparkan kesengsaraan akibat penindasan penjajah.
Membangkitkan kecintaan kepada negara.
Contohnya Noli Me Tangere (Filipina),
Kerikil,Kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda (Indonesia),
Putera Gunung Tahan (Tanah Melayu) dan lain-lain.

·         Sistem Pendidikan
Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan.
Penjajah mengutamakan sekolah pengantar bahasa penjajah.
Penjajah hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja.
Sekolah didirikan di bandar sahaja.
Anak bangsawan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.
Pendidikan sekular memberi ancaman kepada sekolah agama.
Lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan.

·         Kemunculan Golongan Intelektual
Golongan berpendidikan Barat dan Asia Barat  terdedah kepada ideologi Barat dan Islam.
Mereka memimpin gerakan nasionalisme apabila kembali ke tanah air.

·         Pengaruh Media Massa
Akhbar dan majalah menyemarakkan semangat   nasionalisme.
Media menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.
Contohnya, Tribune Indigene dan Cloche Felee (Vietnam)
Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis (Tanah       Melayu)

·         Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.
Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya  terpisah.
Rakyat dan para pemimpin dapat berbincang idea-idea nasionalisme.

·         Pengaruh Luar
Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis.
Negara kecil boleh mengalahkan negara yang besar.
Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.

[8 markah]

(b)  Nyatakan ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara.

Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Pertama
·         Penentangan bersifat setempat sahaja.
·         Tiada organisasi.
·         Dipimpin oleh golongan agama.
·         Tidak bersifat politik
·         Berkisar kepada  isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.
·         Tidak menuntut kemerdekaan segera


Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Kedua
·         Bersifat radikal
·         Menyeluruh di seeluruh negara.
·         Mempunyai organisasi tersusun
·         Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat
·         Gerakan ini bersifat politik.
·         Matlamatnya menuntut kemerdekaan.
·         Mahu membentuk kerajaan sendiri

[6 markah]


(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah     kuasa   Barat menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara ?

·         Menjatuhkan hukuman bunuh
·         Menangkap dan memenjarakan
·         Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana
·         Mengharamkan parti politik radikal
·         Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik
·         Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri
·         Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

SOALAN ESEI

(a)  Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina atau di Indonesia.
 
            Nasionalisme di Filipina
           
            Tahap Pertama
·         Dipimpin oleh Jose Rizal.
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
·         Menubuhkan Liga Filipina.
Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
·         Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
Beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan
Djatuhi hukuman bunuh.

            Tahap Kedua
·         Dimulakan oleh Andres Bonifacio
Berhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.
Beliau menubuhkan Katipunan
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
menyebarkan fahaman revolusi
·         Melancarkan revolusi bersenjata
Bonifacio dihukum mati
·         Diteruskan oleh Emilio Aguinaldo.
Menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol dan Amerika.
Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol.
·         Mengisytiharkan kemerdekaan
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
Meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat
·         Ditangkap pada 1901
Nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika menggunakan saluran undang-undang.

[8 markah]
Nasionalisme di Indonesia

            Tahap Pertama
·         Dipelopori oleh Raden Adjeng Kartini.
Berusaha memajukan taraf hidup rakyat melalui   pendidikan.
Menghasilkan karya “Habis Gelap Terbitlah Terang” dan  “Penulisan Seorang Puteri Jawa”.
Mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda
·         Memberi inspirasi menubuhkan Pertubuhan Muhammadiyah.
Muhammadiyah menyebarkan Islam sebenar
Menghindari ancaman sekularisme dan agama Kristian
Muhammadiyah membina sekolah, klinik dan masjid.


            Tahap Kedua
·         Dipelopori oleh Soekarno.
Menuntut kemerdekaan daripada Belanda.
·         Menubuhkan parti radikal Parti Nasional Indonesia (PNI).
Parti tersebut berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
·         Melancar revolusi
Bersama Sarekat Islam dan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Belanda menangkap Soekarno dan pemimpin radikal.
Belanda mengharamkan parti-parti politik radikal.
[8 markah]

(b)  Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara ?
 
·         Nasionalisme timbul bukannya kerana bencikan penjajah
·         Mereka bukannya menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Rakyat ingin menamatkan pemerintahan beraja mutlak
·         Rakyat tidak suka kepada kerabat diraja yang membolot kuasa politik serta sikap raja yang boros
·         Mereka mahukan sistem raja berperlembagaan
·         Nasionalisme Thailand tidak menggulingkan raja
·         Nasionalisme juga bertujuan menyekat penguasaan golongan Cina dan kapitalis dalam ekonomi
·         Menguatkuasakan undang-undang menyekat penguasaan Cina dalam ekonomi dan pengaruh kebudayaan Cina
  • Bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand.
·         Mana-mana jawapan munasabah
             [6 markah]

(c)  Sebagai seorang nasionalis, apakah nilai murni yang perlu anda tunjukkan untuk menjamin kejayaan perjuangan ?
 
·         Melahirkan semangat cinta akan tanah air
·         Jujur dalam perjuangan
·         Ikhlas membela nasib rakyat
·         Tidak bersikap mementingkan diri
·         Berani menegakkan keadilan
·         Mementingkan semangat perpaduan
·         Bermusyawarah untuk membuat keputusan
·         Mempunyai matlamat perjuangan yang jelas
·         Bijaksana dalam merancang strategi
·         Sanggup menghadapi pelbagai risiko
·         Tidak akan lari daripada perjuangan
·         Mana-mana jawapan munasabah

 [6 markah]

TEMA 10 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PD 2

SOALAN STRUKTUR

(a)  Berikan judul akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1930-an.

·         Warta Malaya
·         Lembaga Malaya
·         Majlis
·         Utusan Melayu
·         Warta Negara
[2 markah]

(b)  Apakah isu yang disiarkan dalam akhbar tersebut.
           
            Sosial dan Pendidikan
·         Tudak ada pendidikan tinggi untuk orang Melayu
·         Tidak memberi peluang pendidikan untuk anak perempuan
·         Orang Melayu tidak menabung untuk pendidikan anak-anak
·         Melupakan kemahiran tradsional Melayu
·         Menganggap pendidikan bahasa Inggeris tidak penting
·         Taraf sekolah Melayu yang rendah
·         Sekolah Melayu tiada nilai ekonomi
·         Bahasa Melayu tidak dimartabatkan
·         Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa rasmi dalam pentadbiran.
·         Nilai-nilai baik masyarakat Melayu dilupakan.
                                                                                         [1 markah]

            Ekonomi
·         Orang Melayu tidak mempunyai syarikat kerjasama
·         Kemasukan orang dagang yang begitu banyak.
·         Orang Melayu tidak melibatkan diri dalam perniagaan
·         Orang Melayu bersikap memilih kerja
·         Orang Melayu malas berusaha
·         Orang Melayu suka menjual tanah
·         Orang Melayu tidak berjimat cermat / boros.
·         Orang Melayu tiada kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

[1 markah]

(c)  Nyatakan persoalan yang dibangkitkan oleh pengarang majalah Melayu pada tahun 1930-an.

            Majalah Guru
·         Pendidikan anak-anak Melayu
·         Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu
·         Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan
·         Membaiki taraf hidup orang Melayu
·         Memajukan bahasa dan sastera Melaytu
·         Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa

            Pengasuh
·         Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif
·         Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
·         Memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang
·         Memberikan pentafsiran terhadap persoalan orang Islam
·         Menggesa orang Melayu menjauhi sifat buruk

            Bulan Melayu
·         Menggalakkan perpaduan guru perempuan di Johor
·         Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
·         Mendorong wanita menjaga kesopanan  / nilai Islam dan budaya Timur
·         Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa.

[2 markah]


(d)  Berikan dua mesej tentang semangat kebangsaan yang terdapat dalam novel Melayu pada tahun 1920-an.

            Novel Keris Melaka oleh Ahmad Bakhtiar
·         Semangat perjuangan menentang penjajah Barat.
·         Menghargai tokoh Kesultanan Melayu Melaka
·         Menggunakan sejarah untuk mendorong semangat perjuangan bangsa

            Novel Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
·         Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
·         Menghargai warisan bangsa sendiri
·         Mencintai tanah air
·         Menolak kesenangan demi maruah bangsa

            Novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
·         Semangat pemuda menjaga maruah bangsa
·         Mencintai tanah air
·         Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
·         Sanggup menolak cinta pegawai penjajah kerana menjaga maruah bangsa

[2 markah]

(e)  Pada pandangan anda, apakah cara yang berkesan untuk menerapkan semangat kebangsaan generasi muda di negara kita pada masa kini ?
·         Menerapkan dalam filem dan drama
·         Membangkitkan kesedaran melalui karya kesusasteraan
·         Mewujudkan laman sosial berkaitan semangat kebangsaan
·         Mengadakan sayembara puisi bertemakan semangat cinta akan negara
·         Mengadakan kempen semangat kebangsaan melalui media
·         Pertandingan bertemakan semangat cinta akan negara
·         Mana-mana jawapan munasabah


(2 markah]
SOALAN ESEI
(a)  Isu berkaitan orang Melayu dibincangkan secara meluas dalam akhbar dan majalah berbahasa Melayu di negara ini pada tahun 1930-an. Terangkan isu tersebut.

            Politik
·         British mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
Pembesar dan Raja-Raja Melayu tidak memajukan rakyat.
·         Dasar pilih kasih British dalam pentadbiran.
Mengadakan Malay Administrative Service (MAS)
·         Menyeru orang Melayu bersatu
Menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan.

            Ekonomi
·         Menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan.
Menggalakkan syarikat kerjasama di kalangan orang Melayu.
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.
·         Menyeru orang Melayu berubah
Meninggalkan sikap memilih kerja
Meninggalkan sifat malas.
Melarang orang Melayu menjual tanah mereka.
Menyeru orang Melayu berjimat cermat.
·         Membela nasib orang Melayu di bandar
Meminta diadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.

            Sosial dan Pendidikan
·         Memajukan pendidikan orang Melayu
Mengadakan pendidikan tinggi Melayu
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak.
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris
·         Membaiki taraf sekolah Melayu
Memberi nilai ekonomi kepada sekolah Melayu.
·         Memartabatkan Bahasa Melayu
Mendesak BM dijadikan bahasa rasmi dalam pentadbiran.
·   Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu.
Mementingkan kemahiran tradsional Melayu.
 [10  markah]

(b)  Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan unsur semangat kebangsaan yang menjadi tema dalam novel Melayu pada tahun 1930-an.

·         Semangat perjuangan menentang penjajah Barat.
·         Menghargai tokoh Kesultanan Melayu Melaka
·         Pengalaman sejarah mendorong semangat perjuangan
·         Menghargai warisan bangsa sendiri
·         Mencintai tanah air
·         Menolak kesenangan demi maruah bangsa
·         Semangat pemuda menjaga maruah bangsa
·         Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
·         Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]

(c)  Pada pendapat anda, mengapakah wartawan pada tahun 1930-an menggunakan media cetak untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ?

·         Murah
·         Mudah
·         Digunakan dengan meluas
·         Digunakan oleh semua lapisan masyarakat
·         Cepat sampai kepada sasaran
·         Media lain sangat terhad
·         Boleh dibaca di mana-mana
·         Diminati oleh masyarakat
·         Boleh memuatkan banyak perkara dalam satu masa
·         Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan