Khamis, 18 Oktober 2012

TAJUK RAMALAN TEMA 9 TINGKATAN 4 SPM 2012 (HOT)



TEMA 9

BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

ZAMAN GELAP

SOALAN STRUKTUR

(a)  Nyatakan dua ciri sistem feudal di Eropah pada Zaman Gelap.
  • Raja menjadi penaung utama dalam negara
  • Raja memiliki tanah secara mutlak
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah
  • Tuan tanah itu mendapat naungan daripada istana
  • Tuan tanah memberi khidmat kepada raja
  • Tuan tanah sangat berkuasa
  • Rakyat mendapat perlindungan daripada tuan tanah
  • Sebagai balasan, rakyat terpaksa membayar cukai
  • Rakyat yang tidak mampu membayar cukai dikehendaki menyerahkan tanah kepada tuan tanah
  • Terdapat rakyat yang menjadi hamba                            
 [2 markah]
(b)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faktor yang menyebabkan suasana politik di Eropah pada Zaman Gelap kucar-kacir ?

  • Empayar Rom Barat telah runtuh
  • Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah
  • Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain
  • Wujudnya sistem feudal
  • Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa
  • Perbalahan antara tuan tanah
  • Rakyat yang tertindas menentang tuan tanah
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(c)  Nyatakan dua keadaan yang menunjukkan Gereja mengongkong masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.

  • Gereja Katolik amat berkuasa
  • Kehidupan masyarakat ditentukan oleh Gereja
  • Masyarakat terpaksa patuh kepada Gereja
  • Gereja menekankan amalan agama sahaja
  • Gereja memberikan ilmu keakhiratan sahaja
  • Gereja memilki hartanah yang banyak
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(d)   Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan perdagangan di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat ?

  • Kegiatan perdagangan tidak meluas
  • Perdagangan diganggu orang gasar –  Viking dan Magyar.
  • Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh
  • Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam
  • Tidak dapat menyaingi pedagang Islam
  • Hanya menumpukan kepada kegiatan pertanian
  • Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
  • Terhad kepada perniagaan barangan pertanian sahaja
  • Menggunakan sistem tukar barang
  • Penggunaan mata wang sangat terhad
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]

(e)    Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kemerosotan ekonomi pada Zaman Gelap di Eropah ?

  • Meluaskan lagi kegiatan perdagangan
  • Menguasai laluan perdagangan antarabangsa
  • Menguasai perdagangan antarabangsa
  • Sanggup bersaing dalam bidang perdagangan
  • Jangan hanya tumpukan bidang pertanian sahaja
  • Perniagaan dijalankan secara besar-besaran
  • Mempelbagaikan hasil perdagangan
  • Menggunakan mata wang
  • Mana-mana jawapan munasabah
 [2 markah]
SOALAN ESEI

(a) Terangkan ciri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah.       
  
            Politik
  • Empayar Rom Barat telah runtuh.
            Tiada kerajaan pusat yang mentadbir wilayah di Eropah.
  • Keadaan politik tidak stabil.
            Berlakunya huru-hara – keadaan hidup tidak selamat.
            Kerajaan-kerajaan kecil berperang antara satu sama lain.
  • Wujudnya sistem feudal.
            Tuan tanah (Baron) sangat berkuasa.
            Tuan tanah mendapat perlindungan raja.
            Tuan tanah memberikan khidmat kepada raja.
  • Rakyat tertindas
            Petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
            Petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
            Petani yang tidak mampu terpaksa menyerahkan tanah.
            Mereka menjadi hamba kepada tuan tanah
.
            Ekonomi
  • Kegiatan perdagangan tidak meluas.
            Perdagangan diganggu orang gasar (Viking dan Magyar)
  • Orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh.
            Perdagangan dikuasai oleh pedagang Islam.
  • Orang Eropah tidak dapat menyaingi pedagang Islam.
Perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan
  • Masyarakat Eropah tumpukan kegiatan pertanian.
            Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
  • Penggunaan mata wang sangat terhad.
            Perniagaan dikendalikan menerusi sistem tukar barang.

            Sosial
  • Gereja Katolik amat berkuasa
            Gereja mengongkong kehidupan masyarakat
  • Gereja mengumpul kekayaan
            Gereja memilki hartanah yang banyak
  • Gereka hanya fokus kepada kegiatan amalan agama
            Gereja menekankan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja
 [8 markah]


(b) Jelaskan ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional ?
                                      
  • Raja menjadi penaung utama dalam negara.
  • Raja memiliki tanah secara mutlak.
  • Raja mempunyai pembesar-pembesar / tuan tanah.
  • Pembesar itu mendapat naungan daripada istana.
  • Sebagai tukarannya, pembesar berkhidmat kepada raja.
  • Rakyat mendapat perlindungan daripada pembesar.
  • Rakyat membayar cukai kepada tuan tanah / pembesar.
  • Terdapat juga rakyat yang menjadi hamba.                    
[6 markah]


(c)  Berdasarkan usaha orang Barat yang berjaya membawa    keluar   Eropah daripada Zaman Gelapnya,  apakah sikap mereka yang boleh ditiru untuk memajukan negara kita ?
                                   
  • Rajin berusaha meningkatkan ekonomi negara
  • Berani menceburi bidang perdagangan
  • Sanggup membuat perubahan untuk mengubah masyarakat
  • Kreatif menghasilkan produk baru dalam perdagangan
  • Inovatif untuk meneroka bidang baru
  • Bekerjasama untuk menghadapi persaingan
  • Mementingkan ilmu pengetahuan
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan