Khamis, 18 Oktober 2012

TAJUK RAMALAN TEMA 11 TINGKATAN 5 SPM 2012 (HOT)



TEMA 11 (BAB 5) PEMBINAAN NEGARA & BANGSA YANG MERDEKA

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli ?

  • Kabinet bayangan yang dibentuk oleh
  • Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
[1 markah]
(b)  Nyatakan dua ciri Sistem Ahli.
  • Terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
  • Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
  • Terdiri daripada sembilan orang anggota
  • Bertaraf menteri
  • Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

[2 markah]
(c)  Namakan tokoh yang menjadi anggota Sistem Ahli pada   peringkat awal pelaksanaannya.

  • Dato Onn Jaafar                                   
  • O.A. Spencer                           
  • Tunku Yaakob Sultan Abdul Hamid       
  • Dr. Lee Tiang Keng                   
  • Dato’ E.E.C. Thuraisingam                    
  • J.D. Hodgkinson                                  
  • J.D. Mead                                
  • Dato’ Mahmud Mat                   
 [1 markah]

(d)  Senaraikan tugas Ahli.

  • Menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan
  • Menguruskan pentadbiran harian jabatan
  • Mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
  • Berbincang dengan pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama tentang cadangan undang-undang
  • Menerima arahan dan cadangan Pesuruhjaya Tinggi British dalam menyediakan undang-undang

[3 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara ?

  • Asas untuk melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
  • Memulakan proses perpaduan kaum
  • Asas yang menentukan kemerdekaan yang akan dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk
  • Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui kerajaan walaupun dikuasai oleh British
  • Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]

TAJUK: PAKATAN MURNI

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat pakatan murni ?

  • Menghasilkan kerjasama politik melalui rundingan
  • Menyelesaikan masalah setiap kaum
  • Menyelesaikan tuntutan setiap kaum
  • Menyatupadukan pelbagai kaum
  • Prasyarat untuk mendapatkan kemerdekaan
[2 markah]

(b)  Berikan dua kaum yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) di Tanah Melayu.

  • Melayu
  • Cina
  • India
[2 markah]

(c)  Nyatakan perkara yang dipersetujui dalam rundingan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

  • Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
  • Melantik Dato’ Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
  • Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
  • Memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
  • Memberi kerakyatan kepada imigran
  • Melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai
[2 markah]


(d)  Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah Dato’ Onn Jaafar mengambil langkah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) ?

  • Cadangan beliau membuka keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu ditolak
  • Beliau dikecam oleh orang Melayu
  • Dato’ Onn telah meninggalkan UMNO
  • Mahu membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
  • Mahu memulakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti
  • Supaya semua kaum dapat bekerja untuk mencapai kemerdekaan.
  • Perubahan politik yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu.
  • Mana-mana jawapan munasabah.

[2 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) gagal mendapat sambutan kaum Cina dan India ?

  • Orang Melayu tidak mahu mengubah struktur UMNO
  • Orang India dan Cina telah mempunyai parti kaum mereka
  • Hubungan antara kaum tidak rapat
  • Berprasangka buruk terhadap orang Melayu
  • Bimbang kepentingan mereka akan hilang
  • Mana-mana jawapan munasabah


[2 markah]
SOALAN ESEI

(    a)  Terangkan empat usaha yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni.
  • Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
JHAK dianggotai oleh kaum Melayu,Cina dan India..
            CLC mengutamakan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan
  • CLC mengadakan rundingan dengan UMNO.
Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri  Desa(RIDA)
            Bersetuju memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
            Bersetuju memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
            Bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran
            Bersetuju melaksanakan pilihan raya pada masa sesuai.
  • Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
            Beliau dikecam
            Orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO.
            Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
  • Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
            Membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
            Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
  • Pihak British mengadakan Persidangan Kebangsaan.
            Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan   perkauman.
  • Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
  • Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
            Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.

  [8 markah]

(b)  Jelaskan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni.

  • Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
  • Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
  • Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri 1954.
  • Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
  • PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
  • Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
  • PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
  • PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan
  • PERIKATAN dapat membentuk kabinet
  • Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
  • Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
  • Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.

[6 markah]

(c) Pada pandangan anda, apakah yang mungkin terjadi jika masyarakat di negara kita mengabaikan prinsip pakatan       murni?

  • Perselisihan kaum
  • Huru-hara
  • Politik tidak stabil
  • Ekonomi merosot
  • Rakyat hidup menderita
  • Kuasa asing campur tangan
  • Negara mungkin dijajah
  • Mana-mana jawapan munasabah

[6 markah]

TEMA 11 (BAB 6) PENGUKUHAN NEGARA & BANGSA MALAYSIA
SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah peranan JPPK ?
  • Menerangkan tentang gagasan Malaysia
  • Mengumpul pandangan             penduduk tentang gagasan Malaysia
  • Menggalakkan aktiviti ke arah pembentukan Malaysia
  • Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan penduduk
  • Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold

[2 markah]

(b)  Nyatakan dua tugas Suruhanjaya Cobbold.

  • Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
  • Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
  • Menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan.
  • Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan British.
  • Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia
           
[2 markah]

(c)  Apakah matlamat penubuhan JAK  ?

·         Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah.
·         Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold tentang Perlembagaan Malaysia.
·         Mengadakan mesyuarat bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia.
·         Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

2 markah]

(d)  Mengapakah UNMM dibentuk oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)  ?

  • Meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengkaji pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengesahkan pendirian rakyat Sarawak dan Sabah
  • Mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia

 [1 markah]

(e)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai persekutuan Malaysia ?

  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan perkembangan industri pertanian
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Mana-mana jawapan munasabah

[3 markah]
SOALAN ESEI

(a)  Terangkan usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penduduk Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan persekutuan Malaysia.
 
  • Menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK).
            Mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah.
            Menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
            Mengumpul pandangan penduduk
            Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
            Mengadakan mesyuarat mengkaji pandangan rakyat
            Mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold.
Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang     gagasan Malaysia.
            Menilai pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Mengemukakan cadangan rakyat Sarawak dan Sabah kepada pihak British.
            Menerima memorandum daripada  pelbagai pertubuhan.
            Mengemukakan laporan memorandum kepada kerajaan    British.
            Mengemukakan cadangan perlembagaan baru bagi Malaysia.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Mengadakan rundingan antara pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British di Sarawak dan Sabah.
            Memperincikan cadangan Suruhanjaya Cobbold.
Menerangkan penubuhan Malaysia kepada rakyat Sarawak dan Sabah..
Mengadakan mesyuarat membincang hak penduduk Sarawak dan Sabah.
  • Menubuhkan perwakilan Malaysia ke PBB.
            Ditubuhkan oleh Setiausaha Agung PBB U Thant
            Meninjau semula pendapat rakyat Sarawak dan    Sabah

[8  markah]

(b)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah faedah yang diperolehi Sarawak dan Sabah dengan menyertai persekutuan Malaysia ?
 
  • Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.
  • Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
  • Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.
  • Mewujudkan pasaran yang lebih luas
  • Menggalakkan perkembangan industri pertanian
  • Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu
  • Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggota
  • Mana-mana jawapan munasabah
[6  markah]
(c)  Jelaskan nilai moral yang boleh anda pelajari daripada peristiwa pembentukan persekutuan Malaysia 1963.
 
·          Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura
·          Berjaya menangkis tekanan pihak komunis
·          Menghadapi tentangan Indonesia dan Filipina melalui diplomasi politik
·          Memperlihatkan kerjasama serantau
·          Memperlihatkan kerjasama antarabangsa terutamanya PBB.
·          Memperlihatkan kerjasama pihak British dengan rakyat tempatan.
·          Mana-mana jawapan munasabah
[6  markah]

TEMA 11 (BAB 8) PEMBANGUNAN & PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ?

  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Melancarkan “Minggu Bahasa”
  • Melancarkan “Bulan Bahasa”
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada 1960
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah
[2 markah]
(b)  Berikan dua objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • Menjadi panduan dalam membentuk identiti negara
  • Menjadi panduan untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.

 [2 markah]

(c)  Nyatakan ciri Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

  • Kebudayaan Melayu sebagai tunjang
  • Unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur yang terpenting

 [2 markah]
(d)  Pada pandangan anda, mengapakah sukan boleh berperanan dalam memupuk perpaduan di negara kita ?

·         Sukan tidak mengira ideologi politik
·         Dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
·         Melibatkan kaum.
·         Tidak mengira peringkat umur
·         Menjadi aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Boleh dilaksanakan di semua peringkat
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]
(e)  Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda boleh berperanan memupuk perpaduan di sekolah ?

·         Bergaul dengan semua kaum
  • Sentiasa membantu rakan lain
  • Menyertai dalam kokurikulum
  • Melakukan aktiviti secara berpasukan
  • Sentiasa bermusyawarah untuk membuat keputusan
  • Mengamalkan budaya murni
  • Menghormati pendapat orang lain
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]
SOALAN ESEI

(a)  Terangkan langkah yang dilaksanakan oleh pemerintah negara kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
  
  • Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1965 untuk memajukan bahasa Melayu.
  • Melancarkan “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa”untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
  • Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”pada 1960 untuk memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan bahasa   
  • Menubuhkan sekolah menengah yang berpengantar bahasa Melayu.
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967.
  • Menukarkan bahasa pengantar di sekolah menengah Inggeris kepada bahasa kebangsaan pada 1970.
  • Menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1977. - Langkah ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah bermula pada tahun 1982.
  • Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah bermula pada 1990.

[10  markah]

(b)  Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat kerajaan melancarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
  
  • Untuk membentuk identiti negara
  • Untuk mengekalkan identiti negara Malaysia
  • Memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan.
  • Memelihara keperibadian kebangsaan.
  • Mempertingkatkan kualiti kehidupan.
  • Menseimbangkan aspek kemanusiaan dan kerohanian dengan pembangunan sosioekonomi.
  • Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]

(c)  Pada pandangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan supaya sukan boleh memupuk perpaduan di negara kita ?
  
·         Mengetepikan ideologi politik dalam kegiatan sukan
  • Libatkan semua kaum dalam kegiatan sukan
  • Sukan dilaksanakan di semua peringkat
  • Libatkan semua peringkat umur dalam kegiatan sukan
  • Jadikan kegiatan sukan sebagai kegiatan kokurikulum
  • Kekalkan pelaksanaan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
  • Terapkan semangat perpaduan dalam sukan
  • Mana-mana jawapan munasabah

[5  markah]

TEMA 11 (BAB 7) SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN

SOALAN STRUKTUR
(a)  Apakah tujuan pilihan raya didakan ?

  • Memilih wakil rakyat
  • Memilih kerajaan untuk memerintah
  • Melaksanakan sistem demokrasi           

[2 markah]
        (b)  Nyatakan dua bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
           
  • Menentukan sempadan pilihan raya
  • Menjalankan pendaftaran pemilih
  • Mengendalikan pilihan raya
  • Menjamin pilihan raya yang adil
  • Menjamin pilihan raya bebas daripada tekanan mana-mana pihak

[2 markah]
(    ( c) Jika anda berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya di Malaysia, apakah kelayakan yang  mesti anda penuhi ?
           
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun
  • Bermastautin di Malaysia
  • Sempurna akal
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
  • Tidak pernah didenda tidak kurang daripada RM 2 000.00
  • Tidak pernah dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
  • Tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
       (d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi dalam pilihan raya ?
           
  • Namanya terdapat dalam Senarai Daftar Pemilih.
  • Berumur 21 tahun.
  • Warganegara malaysia
  • Bermastautin atau tidak bermastautin di Malaysia
  • Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau DUN.
  • Boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
  • Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]
(    (e)  Sebagai sebuah negara demokrasi, apakah langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil di negara kita ?

  • Mematuhi peraturan pilihan raya
  • Akur dengan keputusan SPR
  • Mengadakan kempen secara bersih
  • Haramkan politik wang
  • Menggunakan dakwat kekal
  • Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)  Jelaskan tentang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di atas.
  
            Pilihan raya umum
  • Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
  • Diadakan serentak di seluruh Malaysia
  • Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

            Pilihan raya kecil
  • Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
  • Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
  • Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

[6 markah]
(b)  Terangkan proses pilihan raya di Malaysia.
  
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.
  • Penamaan calon yang bertanding
  • Parti yang bertanding menyediakan manifesto
  • Pihak yang bertanding melancarkan kempen pilihan raya.
  • SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.
  • Pemberian kertas undi kepada pengundi.  Kertas undi diberikan kepada pengundi di tempat pengundian.   Kertas undi mengandungi lambang parti calon yang bakal  dipilih oleh pengundi.
  • Pembuangan undi.  Calon akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi.  Kertas undi kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi.
  • Pengiraan undi.
  • Pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.

[8 markah]

(c)  Pada pandangan anda, mengapakah pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi ?
  
  • Memilih wakil rakyat
  • Memilih kerajaan
  • Memilih pemimpin yang berkebolehan
  • Menyemai tanggungjawab kepada rakyat
  • Memberi peluang kepada rakyat mengambil bahagian dalam memerintah negara
  • Meneruskan pembangunan negara
  • Mana-mana jawapan munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan