Ahad, 15 April 2012

SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT

Makam Tok Janggut di Pasir Pekan. Di sinilah Tok Janggut disemadikan setelah* Keadaan makam Tok Janggut pada masa sekarang di Pasir Pekan. Foto dirakam pada awal Jun 2008. Kawasan di mana jasad Tok Janggut dikebumikan bukanlah tanah perkuburan.
Beliau ditanam bersendirian, jauh dari orang lain, di dalam sebuah liang lahad tanpa nisan (sehingga seseorang membuat keputusan untuk meletakkan sesuatu di kuburnya) jenazahnya di gantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu.
Wajah Jenazah 'Hero' Tok Janggut selepas syahid
Jenazah Tok Janggut gugur di dalam membela Agama dan Bangsanya Walaupun gugur tetapi terus dizalimi musuhnya.
TOK JANGGUT
Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran.

Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai.
Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.

Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.
Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Satu pertempuran telah berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh.
Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

Jenazah Tok Janggut

*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.

Jenazah tok janggut digantung

*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.

*Penduduk tempatan mahukan Tok Janggut dihormati.

Inilah wajah-wajah rangkaian Penjajah ketika Tok Janggut
* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini.
Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.
Sumber dari of Arkib Negara Malaysia ( National Archive ) search site.

12 ulasan:

  1. boleh tak beri pengajaran ats peristiwa penentangan ini.. terima kasih

    BalasPadam
  2. Tok Janggut kulitnya cerah. Tok Janggut di dalam gambar di sini adalah gelap. Mungkin yang digantung itu adalah mayat askar sikh.

    Ada cerita mengatakan bahawa Tok Janggut memang cedera tetapi tak mati dan sempat dilarikan ke Kuala Lipis, Pahang. Tok Janggut menghabiskan usia tuanya di Lipis secara rahsia kerana British juga sudah menjajah Pahang pada masa itu. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pahang. Kuburnya tak diketahui.


    BalasPadam
  3. Majoriti yang amat terbesar dpd rakyat Kelantan tidak sokong Tok Janggut. Sultan Kelantan dan para pembesar Kelantan sokong British.

    Umat Islam Kelantan yang sokong Tok Janggut hanyalah penduduk Jeram, Pasir Puteh, dan Padang Pak Amat saja.

    Seluruh rakyat Kalantan mengenali kebangkitan Tok Janggut sebagai Musuh Tok Janggut' yang bermaksud bahawa Tok Janggut memusuhi Sultan Kelantan yang sah.
    Tok Janggut pada masa itu sehingga tahun awal 1960 an dianggap sebagai orang jahat
    oleh rakyat Kelantan. Zaman akhir tahun 1960 an barulah beliau diterima oleh generasi baru Kelantan sebagai hero kita.

    Dulu Melayu kita bodoh kerana mudah ditipu oleh orang puteh dan talibarut mereka. Sekarang kita semakin bodoh kerana mudah ditipu oleh UMNO dan DAP. Hang Tuah sepatutnya berkata - "Tak akan Melayu hilang dpd sifat bodohnya!"

    BalasPadam
  4. Bleh x bgi nilai serta pngajaran tentang tok janggut

    BalasPadam
  5. boleh x bagi kejayaan yang dicapai?^~^

    BalasPadam
  6. boleh tak bagi pengajaran dan nilai murni dari kisah ni

    BalasPadam
  7. Betul tu please bagi pengajaran dan nilai

    BalasPadam
  8. boleh lahh bye

    BalasPadam
  9. Tok janggut tak mati dalam pertempuran tu.hanya waris dia saja yang tahu cerita sebenar

    BalasPadam
  10. British dia buat cerita bahawa tok janggut dah meninggal.. tapi gambar yang Kena gantung tu tok janggut... Tapi cerita mat kilau dengan tok janggut lebih kurang Sama je....

    BalasPadam