Jumaat, 6 April 2012

KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDDIN

 

 Cara Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah :
  • dilantik hasil cadangan Saidina Umar al-Khattab dalam pertemuan antara golongan Ansar dan Muhajirin
  • sebelum itu, tidak dipersetujui oleh golongan Ansar kerana mereka bercadang melantik Saad bin Ubadah
  • dalam pertemuan tersebut kedua-dua belah pihak bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah

Sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq :
  • menyatupadukan umat Islam yang berpecah belah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan membentuk masyarakat Islam yang kuat
  • mengatasi masalah orang Islam yang murtad dengan mengembalikan mereka kepada Islam dan menghukum mereka yang ingkar
  • menangani masalah penyelewengan dan penyalahtafsiran al-Quran
  • mempertahankan Madinah daripada ancaman luar iaitu Parsi di sebelah Timur dan Rom Timur/Byzantine di sebelah Barat
  • menghantar panglima perang Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan, mereka berjaya mengalahkan musuh Islam
  • berusaha melicinkan pentadbiran dengan membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada 10 wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadramaut dan Nijran dengan melantik seorang ketua/amir untuk mentadbir wilayah tersebut
  • memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
  • memperkenalkan undang-undang tanah
  • mengumpulkan tulisan al-Quran dengan menyalin semula tulisan-tulisan tersebut daripada tulisan pada batu, kulit binatang dan kulit kayu

Tugas-tugas khalifah :
  • sebagai ketua negara
  • mentadbir negara Islam mengikut hukum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunnah
  • menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi untuk keseimbangan rohani dan jasmani
  • bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara
  • mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
  • bertanggungjawab melantik pegawai kerajaan
  • bertanggungjawab melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara jika perlu
  • beratnggungjawab menjaga kebajikan rakyat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat
  • beratnggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Islam
  • mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah/syura
  • memantapkan sistem perundangan Islam
  • menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara
  • mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat
  
Cara Pelantikan Khalifah :
  • musyawarah/syura - Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • cadangan satu nama oleh khalifah terdahulu - Khalifah Umar al-Khattab
  • pemilihan daripada beberapa calon - Khalifah Uthman bin Affan
  • percalonan oleh sekelompok masyarakat - Khalifah Ali bin Abu Talib


Tiada ulasan:

Catat Ulasan