Jumaat, 6 April 2012

NASIONALISME DI FILIPINA (FOKUS SPM 2012)

 

Nyatakan ciri-ciri pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Sepanyol.
F1 terdiri dari daerah-daerah kecil dikenali sebagai Barangay
F2 diperintah oleh Datu
F3 di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam

Sebutkan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina semasa dikuasai oleh Sepanyol.
F1 memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat
F2 Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi
F3 Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah
F4 Gabenor kecil sebagai pentadbir bandar
F5 peringat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda
F6 Sistem Encomienda diketuai oleh Encomiendero
F7 penyatuan Barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan tradisional

Nyatakan tentang sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.
F1 pemerintah dikenali sebagai Encomiendero
F2 berperanan menjaga keamanan
F3 mengutip cukai yang tinggi
F4 mengkristiankan penduduk
F5 mengenakan kerahan tenaga kepada penduduk
F6 dibenci penduduk Filipina kerana mengenakan cukai tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan