Jumaat, 6 April 2012

NASIONALISME DI TANAH MELAYU

 

Jelaskan faktor pendudukan Jepun menjadi pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.
F1 konsep Kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara
F2 kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun
F3 penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan
F4 penduduk membenci penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur
 
Jelaskan faktor dasar British mentadbir Tanah Melayu menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 British menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk berdagang/bekerja/menetap di Tanah Melayu
F2 ramai orang asing datang dan menetap di Tanah Melayu
F3 jumlah imigran meningkat
F4 wujud persaingan dengan penduduk tempatan
F5 imigran menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan, perladangan dan perniagaan
F6 orang Melayu kekal dengan penanaman padi
F7 bandar baru dibuka sebagai pusat pentadbiran British
F8 orang Melayu kekal tinggal di kampung dengan segala kekurangan
F9 kemajuan ekonomi meningkatkan taraf hidup di bandar
F10 wujud jurang taraf hidup bandar dan luar bandar yang ketara
 
Jelaskan peranan faktor pengenalan sistem politik Barat menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 memusnahkan sistem politik tradisional
F2 Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
F3 para pembesar diberi pencen
F4 pembesar diganti oleh pegawai British
F5 ini mencabar sistem/amalan tradisi tempatan
F6 menjatuhkan maruah
F7 membangkitkan kebencian terhadap British
 
 Jelaskan faktor perkembangan sistem pendidikan menjadi pemangkin nasionalisme.
F1 melahirkan golongan intelektual Melayu
F2 mereka menyedari perlunya sumbangan untuk menyedarkan bangsa Melayu
F3 menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
 
Senaraikan faktor pemakin nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua.
F1 pengenalan sistem politik barat
F2 perkembangan sistem pendidikan
F3 dasar British
F4 penguasaan Parti Komunis Malaya
F5 kemunculan mesin cetak
F6 Gerakan Pan-Islamisme
F7 kesedaran politik serantau
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan