Khamis, 26 Mei 2011

FORMAT ESEI UNTUK KERJA KURSUS SEJARAH PMR


Institusi Pentadbiran Tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional negara

            Institusi pentadbiran tempatan  antaranya Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah dan FELDA merupakan insitusi yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Oleh hal demikian, pentadbiran institusi tempatan ini akan mewujudkan unsur-unsur patriotisme dalam pentadbiran mereka.

            Antara unsur patriotisme yang wujud dalam pentadbiran mereka ialah  bertolak ansur dan bertoleransi dalam menjalankan pentadbiran. Contohnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam akan ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit dan agama.

            Selain itu, melalui pentadbiran tempatan konsep hormati raja dan pemimpin negara dapat diterapkan kepada semua penjawat awam. Setiap kakitangan awam akan menjadi contoh kepada orang lain dalam tindakan mereka menghormati raja dan pemimpin negara.

            Seterusnya, kakitangan institusi pentadbiran tempatan perlu berlaku adil dan bertimbang rasa. Setiap tindakan yang diambil hendaklah berteraskan keadilan dan kesaksamaan serta tidak membebankan penduduk tempatan. Contohnya, undang-undang yang digubal oleh mereka hendaklah mengutamakan kepentingan penduduk.

            Di samping itu, elemen bersatu padu dan berharmoni  dalam tindakan mereka akan melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Perkara demikian berlaku kerana setiap kakitangan akan bergabung tenaga dan berkongsi idea untuk menyelesaikan setiap masalah yang dikemukakan oleh rakyat.

            Bukan itu sahaja, kakitangan awam juga perlu bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Dalam hal ini, setiap kakitangan hendaklah mengelakkan daripada terjebak dalam kancah rasuah. Jika rasuah dihapuskan , maka rakyat akan hidup bersatu padu dan kecintaan kepada negara menjadi lebih tinggi.

            Kesimpulannya, unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran temptan perlu diterapkan agar rakyat dapat hidup dengan aman, bersatu padu dan harmoni. Oleh hal demikan, kakitangan awam perlu menunjukkan iltizam dan semangat yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat agar konsep 1 Malaysua dan Wawasan 2020 dapat dicapai.

5 ulasan: