Isnin, 31 Oktober 2011

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - PIAGAM MADINAH

PIAGAM MADINAH (SHAHIFAH MADINAH)


Apakah maksud Piagam Madinah ?

·         Perlembagaan bertulis
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w
·         Perlembagaan yang berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Perjanjian bertulis antara ketua negara dan rakyatnya
·         Perjanjian bertulis antara orang Islam dan orang bukan Islam.


Jelaskan kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Politik
·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua
·         Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim.
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Semua rakyat wajib mempertahankan Madinah

            Ekonomi
·         Peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan.
·         Masyarakat Madinah bekerjasama majukan negara

            Sosial
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah
·         Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
·         Bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
·         Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah


Bagaimanakah kedudukan orang-orang Yahudi di dalam negara Islam Madinah mengikut Piagam Madinah ?

·         Diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Dibenarkan tinggal di Madinah.
·         Bebas mengamalkan agama mereka.
·         Tidak boleh menimbulkan huru-hara.
·         Keselamatan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
·         sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah


Jelaskan kepentingan Piagam Madinah

  • Kerajaan Madinah sebagai model kerajaan Islam
  • Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Islam
  • Menjelaskan tentang kaedah mendirikan kerajaan
  • Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
  • Dapat diterima oleh semua golongan masyarakat
  • Boleh dipraktikkan dalam negara berbilang kaum
  • Peraturan yang merangkumi dunia dan akhirat 
  • Ekonomi Islam dapat dipraktikkan
  • Riba, rasuah, penipuan dan penindasan diharamkan
  • Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
  • Dapat mengatasi masalah ekonomi masyarakat
  • Dapat meningkatkan ekonomi kerajaan
  • Dapat mewujudkan perpaduan
  • Memberikan keadilan sosial (persamaan hak dan taraf)
  • Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
  • Mengiktiraf hak asasi manusia
  • Mengajar masyarakat mematuhi peraturan
  • Menjadikan negara Madinah kuat dan disegani


Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai dalam Piagam Madinah yang boleh dipraktikkan di negara kita ?

  • Perpaduan kaum
  • Memberikan peluang ekonomi yang sama rata
  • Mematuhi peraturan
  • Mengharamkan riba dan penindasan
  • Mengiktiraf hak asasi manusia
  • Menghormati kaum lain
  • Menghormati agama dan budaya hidup kaumlain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan