Isnin, 17 Oktober 2011

PERWIRAKU(LEFTENAN ADNAN SAIDI)

Keperwiraan Lt. Adnan bin saidi yang berasal dari kajang, Selangor menjadi satu lagenda keberanian anggota askar Melayu, walaupun ini merupakan kali pertama mereka menghadapi musuh dimedan perang. Mayat Lt. Adnan juga telah digantung pada salah satu pokok yang terdapat di Bukit Chandu, beliau telah digantung kaki ke atas dan kepala di bawa ( sama seperti mayat tuk janggut ) Perang Bukit Chandu pada 14 Februari yang begitu sengit merupakan satu titik tanda bersejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Mereka lebih sanggup bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir daripada menyerah kalah, walaupun sudah disedari pihak musuh jauh lebih ramai daripada Askar Melayu.
Semangat yang ditunjukkan oleh Lt. Adnan patuh dicontohi oleh anak muda melayu hari ini, walaupun bukan dalam peperangan tetapi dalam perjuangan untuk memajukan diri sendiri demi bangsa, agama dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan