Isnin, 31 Oktober 2011

LATIHAN ULANGKAJI BAB 6 TING 4 (SUMBANGAN KERAJAAN ISLAM)

Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai dua fasa pemerintahan iaitu Damsyik dan Cordova, Spain iaitu bermula 661M hingga 1031 M.

a) Nyatakan dua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran sejurus sahaja menguasai kerajaan Islam.

i.......................................................................................
ii......................................................................................

b) Senaraikan tiga jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Bani Umaiyah untuk melincinkan pentadbiran.
i..................................................................................
ii................................................................................
iii...............................................................................

c) Apakah tujuan penubuhan Diwanul Jundi ?
................................................................................................................................................

d) Berikan dua sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah
i..............................................................................................
ii...........................................................................................

e) Berdasarkan kepada pengetahuan sejarah anda, apakah ciri pemimpin yang perlu ada untuk mengekalkan kegemilangan sesebuah kerajaan.
i......................................................................................
ii................................................................................

LATIHAN ULANGKAJI BAB 2 TING 4 (PENINGKATAN TAMADUN)

Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek serta memberi sumbangan kepada peningkatan dalam bidang lain.

a) Nyatakan matlamat pendidikan dalam negara kota Yunani berikut:

i.Athens
ii. Sparta

b) Nyatakan dua aspek yang diberi penekanan oleh pemerintah Rom dalam bidang pendidikan.
i.......................................................................................
ii......................................................................................

c) Apakah ilmu yang perlu dikuasai oleh bakal brahmin dalam sistem pendidikan tamadun India
i..................................................................................
ii.................................................................................

d) Senaraikan tiga ciri sistem peperiksaan awam yang dijalankan dalam tamadun China.
i..........................................................................
ii.........................................................................
iii.......................................................................

e) Dalam konteks masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa, pendidikan menjadi faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum.Nyatakan dasar pendidikan yang sesuai diamalkan untuk mengekalkan perpaduan kaum.
i...............................................................................
ii..............................................................................

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - PENYEBARAN ISLAM DAN PEPERANGAN

PENYEBARAN ISLAM SEMASA DI MADINAH

Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam semasa di Madinah ?

  • Menghantar utusan
  • Menjalinkan hubungan diplomatik
  • Menggunakan diplomasi
  • Menghantar warkah
  • Mewujudkan persefahaman (perjanjian)


Sebutkan peperangan yang melibatkan orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah

  • Perang Badar (624M / 2H)
  • Perang Uhud (625m / 3H)
  • Perang Khandak (627M / 5H)
  • Perang Tabuk (630M / 8H)
Nyatakan tujuan peperangan dalam Islam

  • mempertahankan diri
  • mempertahankan agama
  • mempertahankan negara
  • mencari keamanan
  • melindungi rumah ibadat
  • melindungi harta benda
  • melindungi manusia yang tidak berdosa
  •  menentang kezaliman


Nyatakan peraturan peperangan mengikut Islam

  • Boleh berperang jika diserang
  • Dilarang mulakan peperangan
  • Dilarang membunuh sesuka hati
  • Dilarang memusnahkan tanaman
  • Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang
  • Hentikan peperangan jika musuh inginkan perdamaian

Sejarawan Barat mendakwa agama Islam tersebar melalui peperangan dan keganasan. Berikan alasan anda untuk menyangkal dakwaan itu.

  • Orang Islam tidak pernah menganjurkan peperangan
  • Semua peperangan dicetuskan oleh orang Quraisy Makkah
  • Peperangan bukan untuk menyebarkan Islam
  • Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa
  • Islam tidak berkembang melalui paksaan
  • Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi
  • Nabi Muhammad s.a.w tidak memaksa tawanan perang memeluk Islam
  • Baginda mengampunkan tawanan perang
  • Dalam peperangan,  tentera Islam dilarang bertindak ganas
  • Mana-mana munasabah


Berdasarkan pengetahuan anda, apakah keburukan peperangan ?

  • Kemusnahan harta benda
  • Kehilangan nyawa
  • Kehancuran negara
  • Dibebani hutang
  • Kebuluran
  • Kemunduran
  • Wabak penyakit
  • Mana-mana munasabah
Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu berusaha mengelakkan berlakunya peperanga?

  • Memelihara keamanan dan kesejahteraan manusia.
  • Menjamin pembangunan yang berterusan.
  • Melindungi harta benda daripada musnah.
  • Melindungi nyawa manusia yang tidak berdosa.
  • Mewujudkan hubungan yang baik anta Negara.
  • Mana-mana yang munasabah.

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - PIAGAM MADINAH

PIAGAM MADINAH (SHAHIFAH MADINAH)


Apakah maksud Piagam Madinah ?

·         Perlembagaan bertulis
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w
·         Perlembagaan yang berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Perjanjian bertulis antara ketua negara dan rakyatnya
·         Perjanjian bertulis antara orang Islam dan orang bukan Islam.


Jelaskan kandungan Piagam Madinah dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Politik
·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua
·         Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim.
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Semua rakyat wajib mempertahankan Madinah

            Ekonomi
·         Peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan.
·         Masyarakat Madinah bekerjasama majukan negara

            Sosial
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah
·         Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
·         Bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
·         Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah


Bagaimanakah kedudukan orang-orang Yahudi di dalam negara Islam Madinah mengikut Piagam Madinah ?

·         Diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Dibenarkan tinggal di Madinah.
·         Bebas mengamalkan agama mereka.
·         Tidak boleh menimbulkan huru-hara.
·         Keselamatan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
·         sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah


Jelaskan kepentingan Piagam Madinah

  • Kerajaan Madinah sebagai model kerajaan Islam
  • Menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Islam
  • Menjelaskan tentang kaedah mendirikan kerajaan
  • Meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi
  • Dapat diterima oleh semua golongan masyarakat
  • Boleh dipraktikkan dalam negara berbilang kaum
  • Peraturan yang merangkumi dunia dan akhirat 
  • Ekonomi Islam dapat dipraktikkan
  • Riba, rasuah, penipuan dan penindasan diharamkan
  • Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
  • Dapat mengatasi masalah ekonomi masyarakat
  • Dapat meningkatkan ekonomi kerajaan
  • Dapat mewujudkan perpaduan
  • Memberikan keadilan sosial (persamaan hak dan taraf)
  • Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
  • Mengiktiraf hak asasi manusia
  • Mengajar masyarakat mematuhi peraturan
  • Menjadikan negara Madinah kuat dan disegani


Berdasarkan pengetahuan anda, apakah nilai dalam Piagam Madinah yang boleh dipraktikkan di negara kita ?

  • Perpaduan kaum
  • Memberikan peluang ekonomi yang sama rata
  • Mematuhi peraturan
  • Mengharamkan riba dan penindasan
  • Mengiktiraf hak asasi manusia
  • Menghormati kaum lain
  • Menghormati agama dan budaya hidup kaumlain

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


Nyatakan peristiwa-peristiwa yang membuktikan orang Quraisy Makkah telah melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 134)

  • Orang Quraisy Makkah tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui.
  • Mereka tidak menghormati Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
  • Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuzaah.

B. PERISTIWA PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH


Apakah faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. bertindak menyerang kota Makkah pada tahun 630 Masehi ?

  • Pihak Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
  • Mereka tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui
  • Mereka membunuh orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
  • Merangka strategi meneruskan penyebaran Islam
  • Untuk memperkuatkan kerajaan Islam Madinah


Nyatakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menawan kota Makkah.

  • Merancang memasuki kota Makkah secara bijaksana
  • Berpegang kepada prinsip aman
  • Memberi jaminan keselamatan kepada penduduk
  • Tidak menggunakan kekerasan
  • Menyediakan empat pasukan tentera
  • Memasuki Makkah melalui empat arah berlainan

Terangkan peristiwa pembukaan semula kota Makkah oleh tentera Islam pada tahun 630 Masehi.

  • Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan tentera Islam menyerang Makkah
      kerana orang Quraisy Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyah
  • Nabi Muhammad s.a.w. membentuk empat pasukan tentera
           Diketuai Khalid  al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin Awwam.
  • Tentera Islam mengepung kota Makkah
      Mereka memasuki kota Makkah dari empat penjuru
  • Tentera Islam berpegang kepada prinsip aman
      Penduduk Makkah tidak dicederakan jika tidak melawan
  • Keselamatan penduduk Makkah terjamin
      Jika berlindung di dalam rumah, di rumah ibadat atau di  rumah Abu Sufyan dan Abbas
  • Tentera Islam berjaya menawan kota Makkah
      Tidak berlaku pertumpahan darah


Terangkan faktor yang menyebabkan tentera Islam berjaya menawan kota  Makkah tanpa pertumpahan darah.

  • Prinsip yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
      Baginda berpegang kepada prinsip aman.
      Baginda tidak akan menggunakan kekerasan.
  • Strategi ketenteraan yang berkesan.
      Baginda menyediakan empat pasukan tentera – pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin  Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
      Memasuki  Makkah melalui empat arah
  • Orang Quraisy telah dikepung dengan rapi
Dikepung dari  empat arah
  • Semangat jihad yang tinggi
      Memberi keyakinan kepada tentera Islam
  • Ketakwaan orang Islam
      Menimbulkan kekaguman kepada orang Quraisy
  • Pengislaman Abu Suffian dan Abbas.
  • Jaminan keselamatan kepada mereka yang berlindung di rumah mereka
  • Jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.
menyebabkan orang Quraisy tidak menentang


Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.

  • Abu Sufian dan Abbas memeluk Islam
      Orang Arab Quraisy ikut memeluk Islam
  • Nabi Muhammad s.a.w. menekankan pentingnya perpaduan
Sifat baik sangka dapat mewujudkan perpaduan
  • Nabi Muhammad s.a.w.  mengampunkan penduduk Makkah.
      Sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam
  • Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
      Amalan menyembah berhala terhapus
  • Masyarakat Makkah mengamalkan ajaran Islam
      Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam
  • Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
            Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia
  • Negara Islam Madinah begitu kukuh
      Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam
  • Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
      Dakwah Islamiyah telah tersebar secara aman
·         Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam
      Wilayah Islam semakin luas

RAMALAN SEJARAH SPM 2011 - KERAJAAN BANI UMAIYAH

KERAJAAN BANI UMAIYAH

Jelaskan latar belakang pengasasan kerajaan Bani Umaiyah.

  • Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian.
  • Nama sempena keturunan Bani Umaiyah.
  • Menerima penyerahan kuasa daripada Hasan bin Ali.
  • Pemerintahan tahap pertama berpusat di Damsyik
  • Pemimpinnya memakai gelaran Khalifah.
  • Diasaskan semula oleh Abdul Rahman al-Dakhil.
  • Pemerintahan tahap kedua berpusat di Cordova, Sepanyol.
  • Pemimpinnya memakai gelaran Amir.
Sebutkan pemerintah kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.

  • Muawiyah bin Abu Sufian
  • Abdul Malik bin Malik
  • Umar bin Abdul Aziz
  • Hisyam bin Abdul Malik
  • Abdul Rahman al-Dakhil (Abdul Rahman I)


Mengapakah pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat di Damsyik telah berpindah ke Cordova ?

  • Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik telah runtuh
  • Gerakan Abbasiyah
  • Hampir semua kerabat Bani Umaiyah dibunuh.
  • Abdul Rahman melarikan diri ke Sepanyol
  •  Beliau mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Cordova
Huraikan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.

·         Memperkenalkan Sistem Khalifah.
Mengekalkan Khalifah sebagai ketua pemerintah.
      Perlantikan khalifah adalah melalui warisan.
·         Memperkenalkan Sistem Wazarah.
      Wazir mengetuai sistem pentadbiran pusat.
      Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.
·         Memperkenalkan Sistem Urus Setia.
Melantik pegawai menguruskan pentadbiran.
·         Mewujudkan bahagian pentadbiran
Membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian
bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian ketenteraan, bahagian polis dan bahagian kehakiman.
·         Memperkenalkan Sistem Hijabah.
      Memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.
      Pegawai dilantik mengawal keselamatan khalifah.
·         Menubuhkan jabatan kerajaan.
      Menubuhkan empat jabatan – Jabatan Cukai, Surat Menyurat, Urusan Am, dan Urusan Cop Mohor
·         Memperkemaskan sistem ketenteraan.
Menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan).
      Menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.
  • Memperkemaskan sistem perundangan
            Menetapkan peraturan menjatuhkan hukuman.
      Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan ijtihad.
      Ijtihad perundangan berpandukan al-Quran, Sunnah atau ijmak.
  • Menetapkan etika hakim.
      Mestilah bebas daripada mana-mana pengaruh.
      Tidak boleh melibatkan diri dalam politik.
      Tidak boleh cenderung kepada aliran politik pemerintah.
      Bersifat adil dalam penghakimannya.
      Tidak dipengaruh latar belakang orang yang diadili


Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial.

  • Kemajuan dalam ilmu pengetahuan.
      Kota Basrahdan Cordova  menjadi pusat penyebaran ilmu.
  • Lahirnya  tokoh ilmuan Islam
      Contohnya Khalil bin Ahmad (bahasa Arab), Sibawayhi (nahu Arab) dan al-Farazdaq, Jarir, Umar bin Abi Rabi’ah serta Jamil al-Uzri ( kesusasteraan).
  • Mengangkat taraf bahasa Arab.
      Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
  • Memperkenalkan tanda bunyi pada tulisan al-Quran.
Memudahkan orang bukan Arab membaca al-Quran.
  • Lahirnya tokoh agama.
      Urwah al-Zubair dan Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih ( tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil bin Atta (usuluddin).
  • Mempertingkatkan taraf kesihatan.
      Khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah membina hospital pertama di Damsyik.
      Khalifah Umar bin Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta
  • Menggalakkan kegiatan penterjemahan.
      Buku rujukan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
      Contohnya al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian UmumProfesion Kedoktoran)
  • Berkembangnya ilmu sains.
      Bidang kimia dan astronomi berkembang pesat.
  • Penubuhan pusat pengajian tinggi.
      Diasaskan oleh Abdul Rahman III.
      17 buah pusat pengajian tinggi di Cordova.
  • Pembinaan perpustakaan.
      Diasaskan oleh al-Hakam II.
      Terdapat 70 buah perpustakaan di Andalusia.
  • Menjadikan Cordova sebagai pusat penterjemahan.
      Sebuah pusat penterjemahan telah dibina di Toledo.
      Menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
  • Cordova sebagai pusat ilmu Eropah.
      Cordova menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam          dengan Eropah.


Apakah kejayaan yang dicapai kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ekonomi ?

  • Menubuhkan Baitulmal.
  • Menguruskan sumber pendapatan baitulmal iaitu kharraj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai sebanyak 1/10 d aripada hasil pertanian) dan ghanimah (harta rampasan melalui perang).
  • Cordova menjadi pusat ekonomi antarabangsa.
  • Cordova muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
  • Kemajuan dalam perusahaan pembuatan – perusahaan barangan tembikar, perhiasan daripada emas dan perak, memproses kulit dan membuat senjata.
  • Kejayaan dalam sektor pertanian.
  • Pembinaan sistem saliran
  • Penyelidikan benih berkualiti
Apakah faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ?

  • Penentangan dari dalam dan luar negara.
  • Perasaan tidak puas hati golongan mawali.
  • Golongan mawali (orang Islam bukan berketurunan Arab) didiskriminasikan.
  • Mereka tidak mendapat jawatan.
  • Mereka dikenakan cukai yang lebih tinggi.
  • Kelemahan pemimpin.
  • Khalifah telah mengabaikan tanggungjawabnya.
  • Khalifah mengabaikan ajaran Islam.
  • Masyarakat tidak puas hati terhadap cara pemilihan khalifah.
  • Penentangan terhadap cara pemilihan khalifah melalui warisan
  • Penentangan golongan syiah dan khawarij.

Isnin, 17 Oktober 2011

PERWIRAKU(LEFTENAN ADNAN SAIDI)

Keperwiraan Lt. Adnan bin saidi yang berasal dari kajang, Selangor menjadi satu lagenda keberanian anggota askar Melayu, walaupun ini merupakan kali pertama mereka menghadapi musuh dimedan perang. Mayat Lt. Adnan juga telah digantung pada salah satu pokok yang terdapat di Bukit Chandu, beliau telah digantung kaki ke atas dan kepala di bawa ( sama seperti mayat tuk janggut ) Perang Bukit Chandu pada 14 Februari yang begitu sengit merupakan satu titik tanda bersejarah yang membuktikan keperwiraan dan keberanian Askar Melayu. Mereka lebih sanggup bertahan hingga ke titisan darah yang terakhir daripada menyerah kalah, walaupun sudah disedari pihak musuh jauh lebih ramai daripada Askar Melayu.
Semangat yang ditunjukkan oleh Lt. Adnan patuh dicontohi oleh anak muda melayu hari ini, walaupun bukan dalam peperangan tetapi dalam perjuangan untuk memajukan diri sendiri demi bangsa, agama dan negara.