Khamis, 31 Mac 2011

SKOP SOALAN PEPERIKSAAN DIAGNOSTIK SPM 2011

SKOP SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH KERTAS 1 SPM 2011

BIL TAJUK KERTAS 1

1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

2 PENINGKATAN TAMADUN

3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

10 DASAR BRITISH

TINGKATAN 5

11 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

12 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

13 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA




JABATAN PELAJARAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SKOP SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

BIL TAJUK TINGKATAN
1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

2 PENINGKATAN TAMADUN

3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

7 ISLAM DI ASIA TENGGARA

8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

10 DASAR BRITISH

TINGKATAN 5

11 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

12 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

13 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

14 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Selasa, 29 Mac 2011

LATIHAN BAB 1 TINGKATAN 5 - PENTING

Soalan- Soalan Latihan Ulangkaji SPM 2011

Soalan 2 : Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan

1. Huraikan ciri-ciri umum system Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat

F2 Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahan

F3 Perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah Jajahan

F4 Pelaksanaan pentadbbiran melalui biro ( Jabatan )

F5 Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro

F6 Pengenalan undang-undang Barat.

1. Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia

F1 Kedatangan kuasa Belanda telah mengubah sistem pemerintahan tempatan dengan

membahagikan pentadbiran kepada dua

H1a iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

F2 Terdapat Pentadbiran peringkat Pusat

H2a Ia ketuai oleh Gabenor Jeneral

F3 Pentadbiran Tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dgn pengawasan pegawai

Belanda

F4 Penubuhan beberapa Jabatan Kerajaan

H4a Antara Jabatan tersebut ialah Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian

F5 Penubuhan Dewan Tempatan

H5a ia Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan

F6 Penubuhan Volksraad yang Merupakan Majlis Rakyat


Soalan 5 :

1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya nasionalisme tahap pertama di Thailand

F1 Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan

kuasa memerintah

F2 Ia juga bertujuan untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.

F3 Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat

H3a Ia telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem

raja berperlembagaan.

F4 Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh.

H4a Raja Vajiravudh juga mempunyai sifat yang boros

F5 Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah

menubuhkan Parti Rakyat.

H5a Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah

menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.


a. Bandingkan pengenalan birokrasi Barat di Thailand dengan di Burma

F1 Birokrasi Barat di Burma diperkenalkan oleh British

F2 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.

F3 British telah memperkenalkan Akta kampong Ulu Burma

dan Akta Perkampungan 1889

F4 Akta tersebut telah menghapuskan sistem pemerintahan tradisional di Burma.

F5 Begitu juga dengan pengaruh golongan agama yang semakin merosot

F6 fungi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

F7 Sistem undang-undang Barat telah diperkenalkan dengan menubuhkan Majlis Perundangan.

F8 Beberapa buah jabatan seperti Jabatan perhutanan, jabatan kesihatan dan jabatan

pelajaran telah ditubuhkan.

F9 Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat

F10 ia bertujuan untuk memodenkan Thailand.

F11 Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan

F12 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut

F1 Mmemperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.


Soalan 6 :

a. Galurkan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand pada tahap pertama

F1 Gerakan nasionalisme di Thailand adalah berbeza dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

F2 Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan kuasa memerintah

F3 Untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.

F4 Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat

H4a Memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem

raja berperlembagaan.

F5 Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh

F6 Raja Vajiravudh juga mempunyai sikap yang boros

F7 Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah menubuhkan Parti Rakyat.

F8 Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai

H8a Ini telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.


b. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme pada tahap kedua di Thailand

F1 Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua pula adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat

H1a cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

F2 Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan

penguasaan ekonomi oleh orang Cina.

F3 Sekolah dan akhbar Cina juga telah dibubarkan.

F4 Rakyat tempatan telah digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

F5 Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha sahaja.

Rabu, 23 Mac 2011

Khas Pelajar SPM 2010

LayoutGirl.com Make Your MySpace Profile Hot!
LayoutGirl.com

Gred A Bagi Mata Pelajaran Sejarah



Cikgu mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya A bagi mata pelajaran Sejarah.

Keputusan SPM 2010


Cikgu mengambil kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2010. Manakala, pelajar yang kurang berjaya diharapkan tidak berputus asa dan meneruskan pelajaran di mana-mana institusi pengajian swasta dan kolej yang diiktiraf oleh kerajaan.

Selasa, 15 Mac 2011

Nota Bab 1 Tingkatan 4

BAB1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

( 1 ) Zaman Prasejarah

a ) Apakah Zaman Prasejarah.

1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .

2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .

3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .

4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi
.
b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .

1. Hidup secara nomad – berpindah randah .

2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .

3. Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan

4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .

5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni

c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .

1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .

2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .

3. Mempunyai bahan tembikar .

4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.

5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.

6. Hasil artifak mereka lebih baik.

7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.

8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

d) Ciri – ciri Zaman Logam.

1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.

2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.

3. Mereka mula meneroka laut.

4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).

5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.

6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.

7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.

(2) Tamadun Manusia

a) Apakah makna tamadun.

1. Tamadun bererti peradaban.

2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.

3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.

4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran.

5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.

6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.

7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.

b) Ciri – ciri tamadun.

1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.

2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.

3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).

4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.

5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.

6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).

7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.

(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.

1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.

2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.

3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.

(3) Tamadun Mesopotamia

(a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia.

1. Tamadun paling awal.

2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.

3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.

4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.

b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku.

1. Bermula daripada zaman Neolitik.

2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.

3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(b) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.

1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.

2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.

3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.

4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.

5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :

* Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
* Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
* Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
* Pusat kota – ialah rumah ibadat.
* Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
* Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.

2. Organisasi sosial :

* Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
* Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
* Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .

3. Sistem pemerintahan :

* Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
* Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
* Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
* Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
* Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
* Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
* Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

4. Pengkhususan kerja :

* Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
* Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
* Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
* Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
* Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
* Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
* Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .

5. Sistem Tulisan :

* Ia bermula dalam bentuk gambar .
* Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
* Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia .

1. Kod Undang –undang Hammurabi :

* Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
* Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
* Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
* Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
* Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
* Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .

2. Hasil Tulisan :

* Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
* Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .

3. Ilmu pengetahuan :

* Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
* Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
* Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
* Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan :

* Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
* Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .

5. Seni bina :

* Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
* Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
* Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .

6. Empayar pertama dunia :

* Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
* Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja :

* Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .

( 4 ) Tamadun Mesir Purba

a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba .

1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .

2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .

3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan .

b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku.

1. Bermula daripada zaman Neolitik .

2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .

3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .

4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.

c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.

1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .

2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan .

3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .

4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .

5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .

d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun :

* Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
* Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
* Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .

2. Organisasi masyarakat.

* Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
* Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis .
* Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
* Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :

* Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
* Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
* Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
* Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan).
* Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
* Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :

* Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
* Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
* Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama

* Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
* Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan

* Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
* Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
* Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba.

1. Seni bina

* Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
* Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.

2. Kertas :

* Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
* Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata.

3. Tulisan :

* Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
* Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

4. Pendidikan ;

* Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
* Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
* Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.

5. Ilmu perubatan :

* Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
* Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
* Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.

6. Ilmu Matematik :

* Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
* Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
* Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan .
* Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun .

( 5 ) Tamadun Indus .
a ) Dimanakah lokasi tamadun Indus

1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).

2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .

3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .

4. Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .
b ) Bilakah tamadun Indus berlaku .

1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.

2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .
c ) Proses pembentukan tamadun Indus .

1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.

2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.

3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.
d ) Ciri –ciri tamadun Indus .

1. Bandar terancang :

* Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
2. Bahagian kedua – kawasan perumahan.

* Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
* Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
* Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
* Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.

2. Organisasi sosial :

* Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
* Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
* Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
* Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
* Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
* Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
* Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.

3. Pengkhususan pekerjaan :

* Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
* Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
* Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
* Petani menanam barli dan kacang.
* Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.

4. Amalan agama :

* Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
* Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.

5. Sistem tulisan :

* Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

e) Apakah sumbangan tamadun Indus.

1. Perancangan Bandar :

* Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
* Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
* Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.

2. Sifat keterbukaan :

* Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
* Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.

(6) Tamadun Hwang Ho
a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho

1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)

2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir.
b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.

1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).

2. Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak.

3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).

4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.
c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.

2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.

3. Mereka bertani, menternak dan berburu.

4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.

5. Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.

6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.
d) Ciri – ciri tamadun Hwang Ho.

1. Negara Kota :

* Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.
* Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
* Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini.
* Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani.

2. Organisasi sosial :

* Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar
* Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).
* Lapisan paling bawah – hamba.

3.Pengkhususan pekerjaan :

* Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.
* Petani memenuhi keperluan golongan atasan.
* Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
* Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.

4) Sistem pemerintahan Dinasti Shang :

Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.

Raja berkuasa di pusat pentadbiran.

Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.

Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang.

Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.

5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao :

* Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah.
* Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
* Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
* Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
* Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

6. Keagamaan :

* Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
* Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
* Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
* Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
* Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.

7. Sistem Tulisan :

* Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
* Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.

e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho.

1. Pemerintahan Monarki :

* Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.
* Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
* Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.

2. Kemajuan pertanian :

* Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
* Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
* Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
* Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.

3. Kemajuan tulisan :

* Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan.
* Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.

4. Kepercayaan :

* Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
* Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini.

5. Sistem kelendar :

* Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
* Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
* Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.

6. Falsafah perang Sun Tzu :

* Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.
* Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Pentadbiran di Negara Kota Athens dan Kota Madinah Makkah



Konsep Negara kota – perkataan Civitas dalam bahasa latin dan Greek yang bermaksud kota atau bandar.Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari dua perkataan Negara dan kota.Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai organisasi yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam sesebuah masyarakat.Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah, penduduk, pemerintah, undang –undang dan kedaulatan.

Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah

Athens mengamalkan sistem pemerintahan republic yang berkonsepkan demokrasi
warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi tempoh enam hingga setahun.Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri.

Madinah mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan musyawarah.
Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad saw) dan Khalifah (pada zaman Khulafa’ ar Rasyidin)Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi semasa zaman Umar al-Khattab)Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah Madinah

BENTUK PENTADBIRAN

i. Dewan Perhimpunan ( Athens )

Dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas dan bersidang tiga kali sebulan tempat dasar –dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal undang- undang dan polisi serta membincangkan hal – hal ekonomi seperti percukaian. Bertanggungjawab melantik pentadbir – pentadbir Negara dan ahli – ahli Majlis.bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.

ii.. Majlis ( Athens)

Jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh dewan perhimpunan. Mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Archon( bangsawan) yang merupakan golongan berada dan melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak)bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal – hal seperti polis dan percukaian

iii. Majlis Syura ( Madinah)

Majlis Syura terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan situasi politik semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk kemajuan Negara ( kecuali bidang agama)Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan mewujudkan dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am

Sumber perundangan

iv. Majistret dan Juri ( Athens )

-terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan Perhimpunan.-ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik
Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap kes bergantung pada jenis kesalahan.juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak berpeluang untuk merayu.

v. Piagam Madinah

Digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber perundangan di Madinah.
-perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah Madinah atau Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan Yahudi. Hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir.Pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari jabatan – jabatan lain dan membentuk mahkamah kadi – kadi khas bagi menguruskan perbicaraan dan peraturan – peraturan kehakiman yang tertentu.



Kedua- dua Negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem pentadbiran dan menjadi asas amalan demokrasi sehingga kini.

Siapa Asoka (Bab 2: Peningkatan Tamadun)




ASOKA

Asoka yang Agung (juga Ashoka, Aśoka, dilafazkan sebagai Asyoka) adalah penguasa Kekaisaran Maurya dari 273 SM sampai 232 SM. Seorang penganut agama Buddha, Asoka menguasai sebagian besar anak benua India, dari apa yang sekarang disebut Afganistan sampai Bangladesh dan di selatan sampai sejauh Mysore.

Nama "Asoka" berarti 'tanpa duka' dalam bahasa Sansekerta (a – tanpa, soka – duka). Asoka adalah pemimpin pertama Bharata (India) Kuno, setelah para pemimpin Mahabharata yang termasyhur, yang menyatukan wilayah yang sangat luas ini di bawah kekaisarannya, yang bahkan melampaui batas-batas wilayah kedaulatan negara India dewasa ini.

Sang penulis Britania H. G. Wells menulis tentang Asoka: "Dalam sejarah dunia, ada ribuan raja dan kaisar yang menyebut diri mereka sendiri ‘Yang Agung’, ‘Yang Mulia’ dan ‘Yang Sangat Mulia’ dan sebagainya. Mereka bersinar selama suatu waktu singkat, dan kemudian cepat menghilang. Tetapi Asoka tetap bersinar dan bersinar cemerlang seperti sebuah bintang cemerlang bahkan sampai hari ini"

KEHIDUPAN AWAL

Asoka adalah putra maharaja Maurya, maharaja Bindusara dari seorang selir yang pangkatnya agak rendah dan bernama Dharma. Asoka memiliki beberapa kakak dan hanya satu adik, Witthasoka. Karena kepandaian yang meneladani dan kemampuannya berperang, ia dikatakan merupakan cucu kesayangan kakeknya, maharaja Candragupta Maurya. Maka seperti diceritakan dalam bentuk legenda, ketika Candragupta Maurya meninggalkan kerajaannya untuk hidup sebagai seorang Jain, ia membuang pedangnya. Asoka menemukan pedangnya dan menyimpannya.

JALAN MENUJU KEKUASAAN

Maka sementara ia berkembang menjadi seorang prajurit ulung yang sempurna dan seorang negarawan lihai, Asoka memimpin beberapa regimen tentara Maurya. Popularitasnya yang naik di seluruh wilayah kekaisaran membuat kakak-kakaknya menjadi cemburu karena mereka cemas ia bisa dipilih Bindusara menjadi maharaja selanjutnya. Kakaknya yang tertua, pangeran Susima, putra mahkota pertama, membujuk Bindusara untuk mengirim Asoka mengatasi sebuah pemberontakan di kota Taxila, di provinsi barat laut Sindhu, di mana pangeran Susima adalah gubernurnya. Taxila adalah sebuah daerah yang bergejolak karena penduduknya adalah sukubangsa Yunani-India yang suka berperang dan juga karena pemerintahan kakaknya, pangeran Susima kacau. Oleh karena itu dalam daerah ini banyak terbentuk milisi-milisi yang mengacau keamanan. Asoka setuju dan bertolak ke daerah yang sedang dilanda huru-hara. Maka ketika berita bahwa Asoka akan datang menjenguk mereka dengan pasukannya, ia disambut dengan hormat oleh para milisi yang memberontak dan pemberontakan bisa diakhiri tanpa pertumpahan darah. (Provinsi ini di kemudian hari memberontak lagi ketika Asoka memerintah, namun kemudian ditumpas dengan tangan besi).

Keberhasilan Asoka membuat kakak-kakaknya semakin cemas akan maksudnya menjadi maharaja penerus, maka hasutan-hasutan Susima kepada Bindusara membuatnya membuang Asoka. Asoka kemudian pergi ke Kalinga dan menyembunyikan jatidirinya. Di sana ia bertemu dengan seorang nelayan wanita bernama Karubaki, dan ia jatuh cinta. Prasasti-prasasti yang baru ditemukan menunjukkan bahwa ia kelak menjadi permaisuri selirnya yang kedua atau ketiga.

Sementara itu, ada sebuah pemberontakan lagi, kali ini di Ujjayani (Ujjain). Maharaja Bindusara mengundang Asoka kembali setelah dibuang selama dua tahun. Asoka pergi ke Ujjayani dan pada pertempuran di sana terluka, tetapi para hulubalangnya berhasil menumpas pemberontakan. Asoka kemudian diobati secara diam-diam sehingga para pengikut setia pangeran Susima tidak bisa melukainya. Ia diurusi oleh para bhiksu dan bhiksuni beragama Buddha. Di sinilah ia pertama kalinya berkenalan dengan ajaran Buddha, dan di sini pula ia berjumpa dengan Dewi, yang merupakan perawat pribadinya dan putri seorang saudagar bernama Widisha. Maka setelah pulih, ia menikahinya. Hal ini tidak bisa diterima oleh Bindusara bahwa salah seorang putranya menikah dengan seorang penganut Buddha, maka beliau tidak memperbolehkannya tinggal di Pataliputra, tetapi mengirimnya kembali ke Ujjayani dan membuat menjadi seorang gubernur.

Tahun selanjutnya berjalan cukup tenang untuknya dan Dewi akan melahirkan putranya yang pertama. Sementara itu maharaja Bindusara mangkat. Sementara berita putra mahkota yang belum lahir menyebar, Pangeran Susima berniat untuk membunuhnya; namun si pembunuh justru membunuh ibunya. Menurut legenda, dalam keadaan murka, pangeran Asoka menyerang Pataliputra (sekarang Patna), dan memenggal kepala kakak-kakaknya semua termasuk Susima, dan membuangnya di sebuah sumur di Pataliputra. Pada saat tersebut banyak orang yang menyebutnya Canda Asoka yang artinya adalah Asoka si pembunuh dan tak kenal kasih.

Sementara Asoka naik takhta, ia memperluas wilayah kekaisarannya dalam kurun waktu delapan tahun kemudian dari perbatasan daerah yang sekarang disebut Bangladesh dan Assam di India di timur sampai daerah-daerah di Iran dan Afganistan di barat; dari Palmir Knots sampai hampir di ujung jazirah India di sebelah selatan India.

PENAKLUKAN KALINGA

Sementara tahap-tahap awal kepemimpinan Asoka terbukti cukup haus darah, ia kemudian menjadi pengikut ajaran Buddha setelah menaklukkan Kalingga, daerah yang sekarang adalah negeri bagian India Orissa. Kalingga adalah sebuah negeri yang bangga akan kemerdekaan dan demokrasinya; dengan demokrasi monarki dan parlementernya, negeri ini bisa dikatakan sebuah pengecualian di Bharata Kuna, karena di sana ada konsep Rajadharma, yang berarti kewajiban para pemimpin, yang secara dasar bersatu-padu dengan konsep keberanian dan Ksatriyadharma.

Asal mula Perang Kalingga (265 SM atau 263 SM) tidak jelas. Salah satu saudara Susima kemungkinan melarikan diri ke Kalingga dan mendapat suaka secara resmi di sana. Hal ini sangat membuat murka Asoka. Ia diberi saran oleh para menterinya menyerang Kalingga untuk tindakan pengkhianatan ini. Asoka kemudian meminta Kalingga untuk tunduk kepada kekuasaannya. Ketika mereka menolak diktatnya, Asoka mengirimkan salah seorang panglima perangnya supaya mereka tunduk.

Sang panglima perang dan pasukannya kalah dan melarikan diri berkat kepandaian panglima perang Kalingga. Asoka yang tercengang akan kekalahan ini, menyerang dengan sebuah pasukan yang terbesar pernah ada dalam sejarah India sampai saat itu. Kalingga melawan dengan sengit tetapi mereka bukan padanan pasukan perang Asoka yang sangat kuat. Seluruh wilayah Kalingga dijarah dan dihancurkan: piagam-piagam Asoka di kemudian hari menyebutkan bahwa di sisi Kalingga kurang lebih 100.000 jiwa tewas sedangkan jumlah prajurit Asoka yang tewas kurang lebih 10.000. Ribuan pria dan wanita dibuang pula.

ASOKA MASUK BUDDHA

Menurut cerita legenda, satu hari setelah peperangan usai, Asoka menjelajah kota dan yang bisa dilihat hanyalah rumah-rumah yang terbakar dan mayat-mayat yang bergelimpangan di mana-mana. Hal ini membuatnya muak dan ia berteriak dengan kata-kata yang menjadi termasyhur: "Apakah yang telah kuperbuat?" Kekejian penaklukan ini akhirnya membuatnya memeluk agama Buddha dan ia memakai jabatannya untuk mempromosikan falsafah yang masih relatif baru ini sampai dikenal di mana-mana, sejauh Roma dan Mesir. Sejak saat itu Asoka, yang sebelumnya dikenal sebagai “Asoka yang kejam” (Canda Asoka) mulai dikenal sebagai sang “Asoka yang Saleh” (Dharmâsoka).


Ia lalu mempromosikan aliran Buddha Wibhajyawada dan menyebarkannnya di dalam wilayahnya dan di seluruh dunia yang dikenal mulai dari 250 SM. Maharaja Asoka bisa dikatakan adalah yang pertama dengan serius mengusahakan pembentukan satuan politik Buddha.

Dalam usahanya ini, ia dibantu oleh putranya Mahinda yang mulia dan putrinya Sanghamitta (yang berarti “mitra Sangha”) dan yang membawa agama Buddha ke Sri Lanka. Asoka membangun ribuan stupa dan vihara bagi penganut Buddha. Stupa-stupa di Sanchi sangat termasyhur dan stupa bernama Sanchi Stupa I didirikan oleh Maharaja Asoka. Selama sisa masa pemerintahannya, ia menganut kebijakan resmi anti-kekerasan ahingsa. Bahkan penyembelihan dan penyiksaan sia-sia terhadap hewan pun dilarang. Margasatwa dilindungi dengan undang-undang sang maharaja yang melarang pemburuan untuk olahraga dan pengisian waktu luang. Pemburuan secara terbatas diperbolehkan untuk maksud konsumsi namun Asoka juga mempromosikan konsep vegetarianisme. Asoka juga menaruh belas kasihan kepada para narapidana di penjara. Mereka diperbolehkan mengambil cuti, sehari dalam waktu setahun. Ia berusaja meningkatkan ambisi profesional rakyat jelata dengan membangun pusat-pusat studi yang mungkin bisa disebut universitas. Ia juga mengupayakan system irigasi bagi pertanian. Rakyatnya diperlakukan secara sama, apapun derajat, agama, haluan politik, ras, sukubangsa dan kasta mereka. Kerajaan-kerajaan di sekeliling wilayahnya yang sebenarnya mudah ditaklukkan ia buat sebagai sekutu yang terhormat.

Asoka juga dipercayai membangun rumah-sakit untuk hewan dan merenovasi jalan-jalan utama yang menghubungkan daerah-daerah di India. Setelah perubahan dirinya, Asoka dikenal sebagai Dhammashoka (bahasa Pali), artinya Asoka, penganut Dhamma, atau Asoka yang Soleh. Bentuknya dalam bahasa Sansekerta adalah Dharmâsoka. Asoka kemudian mendefiniskan prinsip-prinsip dasar dharma (dhamma) sebagai tindakan anti-kekerasan, toleransi terhadap semua sekte atau aliran agama, dan segala pendapat, mematuhii orang tua, menghormati para Brahmana, guru-guru agama dan pandita, baik hati terhadap kawan, perlakuan manusiawi terahadap para pembantu, dan murah hati terhadap semua orang. Prinsip-prinsip ini menyinggung haluan umum etika berkelakuan terhadap sesama di mana tidak ada kelompok agama atau sosial yang bisa menentang.

Beberapa pengkritik perpendapat bahwa Asoka takut akan adanya lebih banyak peperangan. Namun sebenarnya negara-negara tetangganya, termasuk kekaisaran Seleukus dan kerajaan-kerajaan Baktria-Yunani yang didirikan oleh Diodotus I, tidak ada yang bisa menyamai kekuatan Asoka. Asoka hidup pada masa yang sama dengan Antiochus I Soter dan penerusnya Antiochus II Theos dari dinasti Seleukus seperti begitu pula Diodotus I dan putranya Diodotus II dari kerajaan Baktria-Yunani. Jika prasasti-prasasti dan piagam-piagamnya dipelajari dengan teliti, maka bisa disimpulkan bahwa ia mengenal Dunia Helenistik tetapi tidak pernah kagum. Piagam-piagamnya yang membicarakan hubungan persahabatan, memberikan Antiochus dari kekaisaran Seleukus dan Ptolemeus III dari Mesir. Tetapi kemasyhuran kekaisaran Maurya sudah tersebar semenjak kakek Asoka, Candragupta Maurya mengalahkan Seleucus Nicator, pendiri dinasti Seleukus.

Sumber banyak pengetahuan kita akan Asoka adalah prasasti-prasasti yang banyak ditinggalkannya dan dipahatkannya di pilar-pilar dan batu-batu di seluruh wilayah kekaisarannya. Maharaja Asoka juga dikenal sebagai Piyadasi (dalam bahasa Pali) atau Priyadarsi (dalam bahasa Sansekerta) yang berarti "berparas baik" atau "dikaruniai Dewa-Dewa dengan berkah baik". Semua prasastinya memiliki sentuhan kekaisaran dan menunjukkan rasa kasih sesama yang mendalam; ia menyapa rakyatnya dengan kata "anak-anakku". Prasasti-prasasti ini mempromosikan moral sesuai agama Buddha dan memberi semangat pada tindakan non-kekerasan serta keteguhan dalam melaksanan Dharma (kewajiban atau tindakan yang bajik). Prasasti-prasasti ini juga membicarakan ketenarannya dan negara-negara taklukkan serta juga negara-negara tetangga yang berusaha menghancurkannya. Informasi tentang peperangan Kalinga juga bisa didapatkan dan juga tentang sekutu-sekutu Asoka. Lalu informasi mengenai pemerintahan sipil juga ada. Pilar-pilar Asoka di Sarnath adalah peninggalan Asoka yang paling dikenal. Mereka dibuat dari batu granit dan merekam kunjungan Asoka kepada maharaja Sarnath pada abad ke-3 SM. Pilar ini memiliki pucuk berbentuk empat kepala singa yang berdiri membelakangi satu sama lain. Lambang India modern adalah keempat singa ini. Singa selain melambangkan kekuasaan Asoka, juga melambangkan sifat kerajaan sang Buddha (singa dianggap raja hutan yang merajai semua margasatwa dan Buddha adalah seorang pangeran mahkota). Dalam menerjamahkan teks-teks yang berada pada prasasti di pilar-pilar ini, para sejarawan bisa mempelajari banyak tentang Kekaisaran Maurya. Namun sulit apakah yang tertulis di situ benar semua atau tidak. Yang jelas ialah teks-teks ini menunjukkan kepada kita bagaimana maharaja Asoka ingin dikenang.

Kata-kata Asoka sendiri seperti diketahui dari piagam-piagamnya adalah: "Semua orang adalah anakku. Aku seperti ayah mereka. Seperti seorang ayah menginginkan kebaikan dan kebahagian untuk anaknya, aku ingin supaya semua orang selalu bahagia." Edward D'Cruz mentafsirkan dharma maharaja Ashoka sebagai "agama yang dipakai sebagai lambing dari sebuah persatuan kekaisaran dan semuah semen perekat untuk mempersatupadukan unsure-unsur heterogen dan berbeda-beda kekaisaran ini".

KEMATIAN DAN WARISNYA
Maharaja Asoka memerintah selama 41 tahun, dan setelah mangkatnya, dinasti Maurya masih bertahan selama lebih dari 50 tahun. Asoka memiliki banyak selir dan anak, namun nama-nama mereka tidaklah diketahui. Mahinda dan Sanghamitta adalah anak kembar yang dilahirkan istri pertamanya, Dewi di kota Ujjayini. Ia mempercayai mereka untuk menyebarkan agama Buddha di dunia yang dikenal dan tak dikenal. Mahinda dan Sanghamitta pergi ke Sri Lanka dan memasukkan Raja, Ratu dan rakyatnya agama Buddha. Mereka lalu berkeliling dunia sampai ke Mesir dunia Helenistik (Yunani). Sehingga mereka tidak bisa melaksanakan kewajiban pemerintahan. Beberapa arsip langka membicarakan penerus Asoka bernama Kunal, yang merupakan putra Asoka dari istri terakhirnya.

Masa kepemimpinan maharaja Asoka bisa saja mudah menghilang dalam sejarah, dengan berselangnya abad, jika ia tidak meninggalkan arsip sejarah apa-apa. Kesaksian maharaja ini ditemukan dalam bentuk pilar-pilar dan batu-batu karang besar yang dipahati secara megah menjadi prasasti. Isinya adalah ajaran-ajaran dan tindakan-tindakan yang ingin ia sebar luaskan. Selain itu Asoka juga mewariskan kita bahasa tertulis pertama di India setelah kota kuna Harrapa. Namun berbeda dengan di Harrapa, teks-teks Asoka bisa kita pahami. Bahasa yang dipakai Asoka dalam menuliskan teks-teks prasastinya adalah sebuah bentuk bahasa rakyat atau bahasa Prakerta/Prakrit dan bukan bahasa Sansekerta.

Pada tahun 185 SM, kurang lebih 50 tahun setelah mangkatnya Asoka, penguasa Maurya terakhir, Brhadrata, dibunuh secara keji oleh panglima perang Maurya, Pusyamitra Sunga, saat ia sedang menginspeksi pasukannya. Pusyamitra Sunga lalu mendirikan dinasti Sunga (185 SM-78 SM) dan hanya memerintah sebagian wilayah Kekaisaran Maurya yang telah runtuh.

Baru hampir 2.000 tahun kemudian di bawah kepemimpinan Akbar yang Agung dan cicitnya (buyutnya) Aurangzeb, sebuah bagian besar anak benua India yang pernah diperintah Asoka, dipersatukan lagi di bawah satu kepemimpinan. Tetapi akhirnya, orang Inggris di bawah Kekaisaran Britania Indialah yang menyatukan anak benua yang terpecah-belah ini menjadi sebuah satuan politik dan merintis jalan menuju munculnya kembali negara Bharata modern yang sembari memakai lambang Asoka, diilhami oleh ajarannya yang penuh dengan rasa kepemimpinan kuat dan rasa kasih sesama.

Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul Rahman

Merdeka 1957 (Color)

Attack on pearl harbor

Japanese occupation of Singapore

The Japanese Invasion of Malaya

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Malayan Union

Isnin, 14 Mac 2011

Carta Organisasi