Khamis, 18 Oktober 2012

TAJUK RAMALAN TEMA 7 TINGKATAN 4 SPM 2012 (HOT)



TEMA 7


BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN (BIDANG EKONOMI)

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat China sejak zaman Dinasti Shang ?     

  • Penggunaan tenggala.
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan penggunaan kolar kuda.
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian.
  • Pengenalan penanaman secara bergilir.
  • Pengenalan sistem teres untuk pertanian
  • Pembinaan terusan untuk pengairan dan pengawalan banjir.
[2 markah]


(b) Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani  memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan ?

·         Keadaan muka bumi Yunani bergunung-ganang
  • Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian
  • Wujudnya hubungan perdagangan dengan luar
  • Penguasaan jalan laut
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Untuk mendapatkan makanan dari luar
  • Athens menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur
  • Memiliki pelabuhan yang baik
  • Terletak di tempat yang strategik
  • Memiliki barang dagangan yang banyak
[2 markah]


(c)  Berikan dua faktor yang membantu kepesatan perdagangan di China sejak zaman Dinasti Han.

·         Perkembangan perusahaan logam dan tembikar
  • Hubungan perdagangan dengan luar
  • Perkembangan perdagangan dalam negeri
  • Kemunculan persatuan perdagangan
  • Kelahiran golongan pertengahan yang besar
  • Perkembangan sistem perhubungan
  • Penggunaan jalan Sutera Darat
  • Penggunaan Jalan Laut
                ·         Perkembangan sistem pengangkutan
[2 markah]


(d)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) pada Zaman Vedik dalam tamadun India ?

·         Menjaga kebajikan pekerja
·         Menuntut gaji pekerja
·         Melindungi keselamatan pekerja
·         Memantau disiplin pekerja
·         Meningkatkan produktiviti pekerja
·         Mengawal jumlah pengeluaran barang
·         Mengawal kualiti barang
·         Mengawal harga barang
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
           
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita ?

·         Memajukan ekonomi negara
·         Menambahkan sumber ekonomi negara
·         Menggalakkan pelaburan asing
·         Mempelbagai kegiatan ekonomi negara
·         Menambahkan peluang pekerjaan
·         Membuka peluang perniagaan
·         Menggalakkan daya kreatif dan inovatif masyarakat
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
(a)  Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun  India pada abad ketiga sebelum masihi.

  • Kemunculan pusat perdagangan
Contohnya  Anga, Kalinga dan Karusa.

  • Mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak
            Seperti senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.
  • Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar
            Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul,         Kalyan dan Cambay.

  • Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
            Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit      dan sebagainya.
            Persatuan tersebut mengawal harga, kualiti dan gaji pekerja.

  • Terdapat undang-undang yang menggalakkan perdagangan.
            Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.
            Pelaksanaan undang-undang itu diawasi oleh raja
  • Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli
            Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.

  • Kepesatan perusahaan.
Contohnya perusahaan tekstil, kain kapas dan sutera, serta perusahaan berasaskan emas, mutiara dan batu permata.

  • Pelaksanaan sistem cukai.
            Cukai dikenakan terhadap hasil pertanian dan buah-buahan.
[8 markah]
(b)  Jelaskan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian.

  • Penggunaan tenggala
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan penggunaan kolar kuda
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian
  • Pengenalan penanaman secara bergilir
  • Pengenalan sistem teres untuk pertanian
  • Pembinaan terusan untuk pengairan dan pengawalan banjir

[6 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?

  • Mengusahakan pertanian secara skala besar
  • Menggunakan jentera moden dalam kegiatan pertanian
  • Mengamalkan teknik pertanian moden
  • Menumpukan kepada pertanian dagangan
  • Berorientasikan eksport
  • Memproses hasil pertanian menjadi barangan siap
  • Menjalankan penyelidikan benih
  • Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]
 



BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN (BIDANG PENDIDIKAN)


SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah matlamat pendidikan seimbang dalam falsafah pendidikan Yunani ?

·         Melahirkan insan seimbang dari segi rohani dan jasmani
·         Melahirkan insan cemerlang
·         Melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada negara
·         Melahirkan insan yang menguasai pelbagai kemahiran
·         Mempelbagaikan aspek dalam pendidikan

[2 markah]

(b)  Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.

·         Infrastruktur dibina dengan banyak
·         Masyarakat menikmati hidup sejahtera
·         Pendidikan Rom menyerap ilmu daripada tamadun Yunani
·         Pusat pendidikan bertambah
·         Ilmu pengetahuan berkembang
·         Ramai Jurutera dihasilkan
·         Ramai ahli falsafah dilahirkan
·         Sejarawan menulis tentang kehebatan Rom
[2 markah]

 (c) Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

·         Menekankan ilmu agama
·         Berteraskan agama Hindu
·         Mempelajari kitab Veda
·         Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.
·         Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan
·         Menggunakan bahasa Sanskrit
·         Menggunakan kaedah hafalan
·         Dijalankan di rumah dan di istana.
[2 markah]

(d)  Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam tamadun China pada peringkat pendidikan berikut :

(i)         Peringkat rendah

·         Mengenal tulisan ideogram
·         Menghafal tulisan ideogram
·         Menghafal buah buku suci.
[1 markah]
      (ii)  Peringkat menengah

·         Menulis karangan
·         Mempelajari sastera
[1 markah]

(e)  Pada pandangan anda, apakah matlamat kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya ?

·         Mewujudkan masyarakat berilmu
·         Mewujudkan masyarakat beragama
·         Melahirkan masyarakat yang hidup sejahtera
·         Membolehkan masyarakat menguasai kemahiran
·         Melahirkan cendekiawan
·         Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

SOALAN ESEI

(a)  Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :
      (i)   Falsafah pendidikan Athens
           
·         Bertujuan melahirkan insan seimbang
·         Seimbang dari segi rohani dan jasmani
·         Insan seimbang akan menjadi insan yang cemerlang
·         Insan cemerlang dapat memberi sumbangan kepada negara
·         Mementingkan kemahiran dalam semua aspek.
[3 markah]
      (ii)   Falsafah pendidikan Sparta
      
·         Bertujuan melahirkan tentera yang gagah
·         Melahirkan tentera yang berani
·         Tentera yang berani akan setia kepada negara kotanya
·       Mementingkan latihan fizikal
·     Menekankan kemahiran menggunakan senjata
[3  markah]
    
            (b)  Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.

  • Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap
            Tahap pertama (Hsiu Tai) setaraf dengan ijazah pertama
Tahap kedua (Chun Jen) setaraf dengan ijazah sarjanaTahap ketiga (Chin Shih) setaraf dengan ijazah doktor falsafah

  • Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahap peperiksaan
            Peperiksaan tahap pertama dijalankan di peringkat daerah
            Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah
      Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana /di hadapan
      maharaja



  • Lulusan peperiksaan boleh memegang jawatan tertentu
            Lulusan tahap pertama boleh menjadi pegawai kerajaan
            Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi pendidik

  • Tempoh peperiksaan adalah mengikut tahap peperiksaan
            Peperiksaan tahap ketiga diadakan dua kali dalam tiga tahun
            Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali

  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
            Mereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.
            Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.
[8  markah]

(c)  Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah    matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
                                                                                                                                        
·         Mempelajari hukum agama
·         Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
·         Membolehkan manusia mengamalkan nilai-nilai murni
·         Mendalami agama Hindu dan Buddha
·         Melahirkan Brahmin yang berilmu.
·         Menambahkan ilmu pengetahuan.
·         Mengatasi buta huruf.
·         Menjawat jawatan dalam pentadbiran.
·         Mana-mana jawapan munasabah

 [6  markah)



BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

SOALAN STRUKTUR

(a)  Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ?

·         Menulis batu bersurat
  • Menulis kitab-kitab agama Hindu dan Buddha.
  • Mendalami ajaran agama Hindu dan Buddha.
·         Menulis kesusasteraan.
·         Mempelajari ilmu
·         Menjadi bahasa komunikasi kerajaan / bahasa diplomatik
  • Menulis hal-hal agama
  • Mencatat doa
  • Mencatat salasilah raja
  • Merekod urusan pentadbiran
 [2 markah]

(b)  Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.

·         Dosa
  • Duka daripada perkataan dukkha
  • Derhaka
  • Manusia
  • Pahala
  • Rupa
  • Sengsara

 [2 markah]
(c)  Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.

        ·         Terdapat perkataan Sanskrit dalam kesusasteraan
        ·         Bahasa Sanskrit digunakan untuk menulis hasil kesusasteraan.
        ·         Terdapat unsur mitos dalam kesusasteraan
        ·         Terdapat unsur lagenda dalam kesusasteraan
        ·         Jalan cerita berasaskan cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata
·         Terdapat teater wayang kulit yang berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
·         Cerita-cerita lisan berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
·         Cerita hikayat disadur daripada epik Ramayana dan Mahabharata.

 [3 markah]
(d)  Pada pendapat anda, apakah peranan karya kesusasteraan dalam sesebuah masyarakat ?

·         Memberi hiburan
  • Membangkitkan semangat nasionalisme
  • Membentuk akhlak yang baik
  • Menyemai jati diri
  • Menghargai perjuangan pejuang silam
  • Mendedahkan kepincangan masyarakat
  • Mempertahankan nilai murni masyarakat
  • Mendorong semangat kerajinan
  • Memberikan teladan yang baik
               ·         Mana-mana jawapan munasabah

 [3 markah]
SOALAN ESEI

(a)  Terangkan cara penyebaran pengaruh agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.

  • Disebarkan oleh Ksyatria (tentera).
            Menyebarkan agama melalui penaklukan tanah jajahan.
  • Disebarkan oleh Vaisya (pedagang).
Menyebarkan agama sambil berdagang.
            India menjalin hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara.
            India mahu mendapatkan emas dari Asia Tenggara.
  • Disebarkan oleh golongan Brahmin atau pendeta.
Agama diterapkan dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
  • Disebarkan oleh pedagang tempatan
            Mengambil aspek kebudayaan India yang menarik.
            Menyesuaikannya dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
  • Dilakukan oleh pemerintah.
            Menganut agama Hindu atau Buddha.
            Menjadi ikutan rakyat.
 [6 markah]

(b)  Jelaskan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
  • Meniru sistem beraja di India
  • Pemerintah menggunakan gelaran raja
  • Raja menjadi ketua pemerintahan
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar
  • Raja berkuasa mutlak
  • Raja berkuasa dalam semua aspek meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
  • Perintah raja menjadi undang-undang
  • Perintah raja wajib dilaksanakan
  • Melanggar titah raja adalah derhaka
  • Orang yang menderhaka tidak akan diampunkan
  • Raja dianggap bayangan tuhan
  • Raja adalah dewaraja
  • Raja mempunyai kesaktian
  • Pelbagai adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja
  • Brahmin memimpin upacara keagamaan
  • Raja membina kompleks kota
[8 markah]

(c)  Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan   perlu disesuaikan dengan keadaan setempat ?

  • Mengekalkan pemerintahan beraja
  • Meneruskan tradisi
  • Mengekalkan institusi beraja
  • Menyesuaikan pemerintahan dengan perubahan masa
  • Mewujudkan kestabilan politik
  • Mewujudkan keharmonian masyarakat
  • Memelihara kedaulatan raja
  • Mewujudkan identiti negara
  • Menjamin pemerintahan yang adil
  • Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan
                ·         Mana-mana jawapan munasabah

 [6 markah]

Sabtu, 15 September 2012

PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang. Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka. Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan. Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu. Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’. Pejuang-pejuang Melayu yang menuntut kemerdekaan. Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”. Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini. Tunku Abdul Rahman bersama delegasi ke London untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah. Nyatalah, kemerdekaan yang dikecapi kini perlu dipertahankan kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Perjuangan menuntut kemerdekaan negara terpaksa melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang amat panjang. Justeru, semangat dan pengorbanan para pejuang lalu perlu dijadikan wadah untuk kita menghadapi cabaran mendatang demi mengekalkan maruah dan kedaulatan negara tercinta. 5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

Sabtu, 21 Julai 2012