Sabtu, 12 November 2011

TAJUK/SUB TAJUK PENTING KERTAS 2 SPM 2011 (PREPARE)

TAJUK TUMPUAN KERTAS 2 SPM 2011

SEJARAH KERTAS 2 SPM 2011

TAMADUN INDUS
· Ciri bandar terancang
· Sebab berjaya bina bandar
· Nilai yang boleh dicontohi

KERAJAAN BANI UMAIYAH
· Pembaharuan dalam pemerintahan dan pentadbiran
· Pembaharuan dalam sistem perundangan & kehakiman
· Pencapaian dalam bidang ekonomi
· Sumbangan dalam bidang sosial dan keilmuan

PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN FORMAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
· Perubahan yang dibawa oleh Islam dalam pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional
· Institusi pendidikan formal masyarakat Melayu tradisional
· Peranan istana sebagai pusat pendidikan
· Ciri sistem pondok
· Pelaksanaan sistem madrasah

PENGGUNAAN BURUH LUAR
· Faktor kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu
· Cara kedatangan buruh Cina dan India
· Kesan pertambahan imigran Cina dan India ke atas Tanah Melayu
· Usaha mengurangkan kemasukan buruh asing

MALAYAN UNION
· Sebab British memperkenalkan gagasan Malayan Union
· Syarat perjanjian Malayan Union
· Sebab orang Melayu menentang Malayan Union
· Cara penentangan orang Melayu

PEMBENTUKAN MALAYSIA
· Keanggotaan Suruhanjaya Reid
· Peranan Suruhanjaya Reid
· Laporan Suruhanjaya Cobbold
· Peranan JPPK
· Usaha JAK ke arah pembentukan Malaysia
· Nilai daripada kejayaan pembentukan Malaysia

LAMBANG NEGARA
· Sejarah penciptaan lagu Negaraku
·Mesej yang disampaikan dalam lagu Negaraku
· Kepentingan lagu Negaraku
· Usaha membendung gejala menghina lagu Negaraku


Jumaat, 11 November 2011

Khamis, 10 November 2011

TAJUK PANAS DARI GURU SUMBER KELANTAN (HOT!HOT!HOT!HOT!)

TAJUK TINGKATAN 4


-          -TAMADUN INDUS/HWANG HO (BAB 1)
-          - CANDI BOROBUDUR & ANGKOR WAT
-          - PENDIDIKAN FORMAL MASY.MELAYU/TAK FORMALJ
-               CUKAI MELAKA (BAB 8)
-          - PEMBUKAAN KOTA MAKKAH/HIJRAH
-        -    KERAJAAN BANI UMAIYAH (SUMBANGAN)(BAB 6)
-          - CARA PERTEMBUNGAN TAMADUN
-          - CARA KEMASUKAN BURUH LUAR
-          AKTA TANAH /KESAN DASAR BRITISH/PEMBENTUKAN BANDAR BARU(BAB 10)


TAJUK TINGKATAN5


-          - MALAYAN UNION (BAB 4)
-         -  PEMBENTUKAN MALAYSIA( BAB 6)
-            - NASIONALISME FILIPINA/INDONESIA/THAI
-            CIRI NASIONALISME TAHAP DUA
-            SISTEM BIROKRASI BARAT DI AT (BAB 1)
-          GERAKAN ISLAH
-          - PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
-          WAWASAN 2020
-          - PENDIDIKAN MALAYSIA/BAHASA MELAYU/BUDAYA KEBANGSAAN/SUKAN 
-        -    LAGU NEGARAKU (BAB 7)
- OIC/NAM/KOMANWEL/PERANG(BAB 9)


######## YANG DI BOLD FOKUS 100%###########################


 

Rabu, 9 November 2011

TAJUK RAMALAN DARI CIKGU FIRDAUS WONG (SABAH)

TAJUK-TAJUK TUMPUAN SEJARAH SPM 2011(TERKINI)
TINGKATAN 4
1.         Tamadun Indus
2.         Tamadun Hwang Ho
3.         Perjanjian Aqabah
4.         Hijrah
5.         Piagam Madinah
6.         Pembukaan Kota Makkah
7.         Khalifah Uthman dan Ali
8.         Pertembungan Tamadun Islam dgn tamadun lain
9.         Kesan Tamadun Islam – pentadbiran,pendidikan,perdagangan dan gaya hidup
10.       Dasar British : Akta Tanah,Pekebun Kecil dan Sistem Pengangkutan
TINGKATAN 5
1.         Nasionalisme dan Sistem Birokrasi Barat di Indonesia,Thailand,Filipina dan Burma
2.         Penentangan tokoh-tokoh di Sarawak
3.         Gerakan Islah : Isu Akhbar dan Majalah
4.         Suruhanjaya Reid
5.         Persekutuan Tanah Melayu 1957
6.         Pembentukan Malaysia
7.         Perlembagaan
8.         Dasar Pelajaran,Bahasa Kebangsaan,Kebudayaan Kebangsaan
9.         Wawasan 2020
10.       OIC,NAM,Komanwel,Negara Selatan2
11.       Kesan Perang Dunia 1 dan 2

SEMOGA BERJAYA......AMIN....

Sabtu, 5 November 2011

RAMALAN SEJARAH 2011 (SET 6)

TEMA 7 : PENINGKATAN TAMADUN
                 (PENINGKATAN EKONOMI DAN PENDIDIKAN)


SOALAN STRUKTUR

(a)       Apakah punca yang menyebabkan hampir semua negara kota di Yunani       
            memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan ?
[2 markah]

(b)       Berikan dua faktor yang membolehkan tamadun India mencapai kemajuan dalam 
            bidang perdagangan.
[2 markah]

(c)        Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh tamadun China dalam bidang   pertanian.
[2 markah]

(d)       Bagaimanakah sistem pendidikan awam dilaksanakan dalam tamadun          China ?
[2 markah]

(e)       Pendidikan di India pada Zaman Vedik memberikan penekanan kepada      
            pendidikan agama. Pada pendapat anda, mengapakah kita juga perlu berbuat
            demikian ?
[2 markah]


JAWAPAN

(a)       Punca Yang Menyebabkan Hampir Semua Negara Kota Di Yunani       
            Memberikan Tumpuan Kepada Kegiatan Perdagangan

·        Muka bumi Yunani bergunung-ganang

  • Tanahnya tidak sesuai untuk pertanian
  • Kekurangan bekalan makanan
  • Perlu mendapatkan bekalan makanan dari luar
  • Wujudnya perdagangan dengan luar
  • Menguasai jalan laut
  • Kemunculan Athens sebagai pusat pengumpulan barangan dari Timur
  • Memiliki pelabuhan yang baik


(b)       Faktor Yang Membolehkan Tamadun India Mencapai Kemajuan Dalam Bidang
            Perdagangan

  • Hubungan perdagangan dengan luar
  • Kemunculan pusat perdagangan
  • Bekalan dagangan yang banyak
  • Terdapat pelabuhan
  • Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin).
  • Pelaksanaan undang-undang yang menggalakkan perdagangan
  • Penggunaan mata wang
  • Kepesatan perusahaan membuat barangan
  • Pelaksanaan sistem cukai


(c)       Kemajuan Tamadun China Dalam Bidang Pertanian

  • Penggunaan tenggala
  • Penggunaan batas
  • Penggunaan kolar kuda
  • Penciptaan alat kegunaan pertanian
  • Pengenalan teknik tanaman bergilir
  • Pengenalan sistem teres
  • Pembinaan terusan


 (d)      Pelaksanaan Sistem Pendidikan Awam Dalam Tamadun China

·        Dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat tinggi
·        Pendidikan peringkat rendah belajar mengenal dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal buah buku suci
·        Pendidikan peringkat menengah belajar menulis karangan dan mempelajari sastera
·        Pendidikan peringkat tinggi belajar menterjemah buku suci.
·        Dikehendaki lulus peperiksaan awam


(e)       Sebab Kita Perlu Memberikan Penekanan Kepada Pendidikan Agama

  • Melahirkan masyarakat yang bermoral
  • Menjaga keharmonian masyarakat
  • Melahirkan masyarakat yang mematuhi agama
  • Membolehkan masyarakat mengamalkan nilai moral yang baik
  • Sebagai persediaan menghadapi kematian
  • Membentuk masyarakat yang patuh kepada Tuhan
  • Mewujudkan masyarakat yang beragama
  • Mana-mana jawapan munasabah



SOALAN STRUKTUR

(a)       Apakah prinsip yang ditekankan dalam falsafah pendidikan Athens ?
[1 markah]

(b)       Mengapakah pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang  ketenteraan ?
[2 markah]

(c)        Nyatakan kejayaan yang dicapai oleh tamadun Rom hasil daripada penekanannya
            terhadap ilmu yang praktikal.
[2 markah]

(d)       Bagaimanakah tahap peperiksaan awam berikut dilaksanakan dalam  tamadun
           China ?
            i.   Tahap pertama (Hsiu Tai)
            ii.  Tahap kedua (Chun Jen)
            iii. Tahap ketiga (Chin Shih)
 [3 markah]

(e)       Berikan cadangan anda, apakah langkah yang boleh dilaksanakan untuk      
            meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita ?
[2 markah]


JAWAPAN

(a)       Prinsip Yang Ditekankan Dalam Falsafah Pendidikan Athens

·        Melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
·        Melahirkan manusia cemerlang
·        Melahirkan manusia yang dapat memberi sumbangan kepada negara
·        Mementingkan kemahiran semua aspek


(b)       Sebab pendidikan Sparta lebih menekankan kepada bidang  ketenteraan

·        Melahirkan tentera yang gagah
·        Melahirkan tentera yang berani
·        Melahirkan tentera yang mahir menggunakan senjata
·        Melahirkan masyarakat yang setia kepada negara
·        Melahirkan masyarakat yang sanggup mempertahankan negara


(c)       Kejayaan Tamadun Rom Hasil Daripada Penekanannya Terhadap Ilmu Yang
            Praktikal

·        Munculnya sekolah-sekolah falsafah
·        Berkembangnya bidang falsafah
·        Athens menjadi pusat cendekiawan
·        Lahirnya sejarawan
·        Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi
·        Banyak infrastruktur awam dibina
·        Masyarakat hidup sejahtera
·        Lahir ramai jurutera


(d)       Pelaksanaan Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China
           
            i.   Tahap pertama (Hsiu Tai)

  • Dijalankan di peringkat daerah
  • Layak menjadi pegawai kerajaan
  • Diadakan dua kali dalam tiga tahun.
  • Dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab


                ii.  Tahap kedua (Chun Jen)

  • Dijalankan di ibu kota daerah
  • Lulusan tahap kedua layak mengambil peperiksaan tahap ketiga
  • Diadakan tiga tahun sekali
  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.


                iii. Tahap ketiga (Chin Shih)

  • Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja
  • Lulusan tahap ketiga layak menjadi pendidik
  • Diadakan tiga tahun sekali.
  • Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat.
  • Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk  menjawab.


(e)       Langkah Meningkatkan Kualiti Pendidikan

  • Pendidikan bermula pada usia enam tahun
  • Penekanan kepada semua aspek kemahiran
  • Menekankan aspek kemahiran
  • Meningkatkan latihan praktikal
  • Menambahkan bilangan pusat pengajian tinggi
  • Meningkatkan kemahiran guru
  • Mana-mana jawapan munasabah


SOALAN ESEI

           
(a)       Huraikan faktor yang membantu perkembangan kegiatan perdagangan dalam tamadun
            India.
[10 markah]
           
(b)       Jelaskan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
[6 markah]

(c)        Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu memberikan            
            penekanan kepada  pembangunan pendidikan ?
[4 markah]

JAWAPAN
           
(a)       Faktor Perkembangan Kegiatan Perdagangan Dalam Tamadun India

  • Kemunculan pusat perdagangan
  • Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, belian dan mutiara
  • Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa

  • Mengadakan hubungan dengan negara luar
  • Contohnya hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara

  • Mempunyai pelabuhan
  • menghubungkan India dengan negara luar
  • Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul,     Kalyan dan Cambay

  • Kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan (Stresthin)
  • Wujud di setiap bandar
  • Persatuan itu mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
  • Contohnya persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit

  • Pelaksanaan undang-undang
  • Undang-undang diawasi oleh raja

  • Penggunaan mata wang
  • sebagai medium jual beli
  • Contohnya wang emas

  • Perkembangan perusahaan
  • Berpusat di Benares dan Bengal
  • Contohnya perusahaan berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata

  • Pelaksanaan sistem cukai
  • Dikenakan kepada pelbagai jenis hasil perdagangan
  • Contohnya cukai hasil pertanian dan cukai hasil buah-buahan


(b)       Ciri Pendidikan Agama Pada Zaman Vedik

  • Mementingkan ilmu keagamaan
  • Berteraskan agama Hindu
  • Didominasi oleh kaum lelaki
  • Wanita tidak berpeluang menerima pendidikan
  • Mempelajari kitab Veda
  • Menggunakan pengantar Bahasa Sanskrit
  • Menggunakan kaedah hafalan
  • Bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Mempelajari hukum agama
  • Pendidikan diberikan di istana dan di rumah


(c)       Sebab Sesebuah Negara Perlu Memberikan Penekanan
            Kepada  Pembangunan Pendidikan

  • Melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
  • Melahirkan manusia berkemahiran tinggi
  • Melahirkan masyarakat berakhlak mulia
  • Melahirkan masyarakat yang boleh membuat keputusan yang tepat
  • Melahirkan manusia yang patuh kepada agama / beriman
  • Melahirkan masyarakat yang adil
  • Mana-mana jawapan munasabah